Selasa, 10 Januari 2012

Eksklusif : Pengawal peribadi Wan Jijah dah keluar dan tiada racun ditemui


Berbagai ragam dan cara orang-orang didalam Parti Kencing Rakyat. Selepas bosnya kononnya ditumbuk oleh polis ketika Bersih 2.0 hingga lah diikuti oleh anak-anak kopi boinya pada demo UPSI baru ini walaupun dia melanggar pagar tetapi menuduh polis bertindak kejam.

Dan baru-baru ini berlaku lagi adegan yang tak berapa nak glamer iaitu pengawal Wan Jijah dicucuk dengan racun pada perhimpunan di Galeri Pejuang, Cherok To'kun, Bukit Mertajam.

Sinar Harian
Melaporkan

GEORGETOWN - Pengawal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek sudah keluar dari Hospital Seberang Jaya, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, Fayyadh keluar atas kehendak sendiri kerana ingin mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital pakar.

Beliau berkata, atas permintaan sendiri pegawai perubatan memberi kelulusan untuknya keluar dengan alasan mendapatkan rawatan di hospital pakar.

"Jabatan Kimia juga sudah menjalankan analisis ke atas contoh darah dan air kencing mangsa.

"Keputusan mendapati ia bebas daripada sebarang jenis dadah dan racun,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, keputusan ujian terhadap sampel darah dan air kencing Fayyadh sudah diterimanya kelmarin.

Menurutnya, keputusan ujian itu adalah negatif, darah dan air kencingnya tidak ada kesan benda asing termasuk racun atau dadah.

Bagaimanapun, Ayub berkata siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kecederaan dialami mangsa.

Fayyadh cedera di tangan kiri dipercayai dicucuk ketika mengawal Wan Azizah naik ke pentas untuk memberi ucapan di Galeri Pejuang, Cherok To'kun, Bukit Mertajam dalam satu ceramah Ahad lalu.


P/S:Banyak duit ye buat rawatan kat hospital swasta.

1 ulasan:

  1. SALAM, LAYAK PUNGKOK BIAR DISONDOL LAKI JIJAAHHH JER MAMAT NI

    BalasPadam