Selasa, 3 Januari 2012

Gempar !!! Ustaz Azhar Idrus dalam tandas wanita?? Benarkah??


NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaku hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piano dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

UNTUK CERITA SELANJUTNYA KLIK SINI

P/S:Ustaz Azhar Idrus perlu menjawab isu ini bagi mengelakkan aib.

0 ulasan:

Catat Ulasan