Sampah tak dikutip sudah menjadi satu fenomena biasa di Selangor.Di sesetengah tempat sampah dibiarkan dan tidak diambil peduli oleh PBT yang menggantikan tanggungjawap Alam Flora untuk memungut sampah dan dihantar ke pusat pelupusan sampah.
Apa yang kita dapat lihat adalah kegagalan kontraktor kroni Khalid Gagap memenuhi tanggungjawap yang ditinggalkan oleh Alam Flora selepas kontraknya ditamatkan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Gagap pada 16 Oktober 2011.
Tetapi yang menjadi persoalan adalah mengapa perkhidmatan pemungutan sampah oleh Alam Flora diturun tarafkan dan diberikan kepada PBT seperti di tahun 70an dan 80an?. Kegagalan kontraktor mengutip sampah bukan hanya disebabkan tiada kreabiliti akan tetapi beberapa perubahan yang dibuat oleh kerajaan Khalid Gagap telah menjadi "backfire" kepada mereka.
Antara fakta kegagalan tersebut adalah:
1. Kelemahan kontraktor dari segi menyediakan jumlah kakitangan pemungutan sampah dan juga lori
2. Selangor negeri yang menghasilkan sampah tertinggi di Malaysia dengan kadar 3000 tan sehari
3. Sikap sambil lewa sesetengah PBT yang gagal memantau aktiviti pemungutan sampah yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik
4. Pertumbuhan kawasan baru yang cepat menambahkan lagi kadar penghasilan sampah tetapi tiada penambahan perkhidmatan dalam aktiviti pemungutan sampah
5. Perubahan drastik dari segi harga yang ditetapkan oleh kerajaan Khalid Gagap menyebabkan kontraktor tidak dapat menyaingi perkhidmatan Alam Flora sebelum ini.
6. Kejayaan menjimatkan RM20 juta selepas penamatan kontrak Alam Flora jelas satu bencana kepada rakyat Selangor. Apa rasionalnya berjimat cermat tetapi mengadaikan keselesaan rakyat Selangor? Bukankah ada perkara lain yang boleh dijimatkan tanpa mengganggu keselesaan hidup rakyat.
Kesimpulannya jika aktiviti pemungutan sampah masih gagal di lakukan dengan sempurna mungkin beberapa tahun lagi Selangor akan menjadi negeri sampah memandangkan kawasan-kawasan perumahan baru tumbuh bagaikan cendawan dan setiap kawasan menghasilkan lebih kurang 100 hingga 200 tan sampah sehari.
Tidak mustahil pada 2015 sampah yang dihasilkan di Selangor mungkin akan meningkat kepada 5000 tan sehari.Jika fenomena ini terjadi adakah kita mahu hidup didalam longgokan sampah yang mampu menghasilkan pelbagai jenis haiwan merbahaya dan juga penyakit berjangkit yang mampu memganggu gugat kehidupan kita seharian.
Apa pun kita patut berterima kasih kepada Menteri Besar kerana telah berjaya menternak lalat dan juga langau taik untuk rakyat Selangor. Kita kini boleh bermandikan lalat dan berlaukkan sampah atas sikap diktator dan kronisme Khalid Gagap.
Fikirkan Bersama
Sumber KGC
P/S:Sampah kat area rumah PB dah jadi gunung everest dah bila mau angkat..
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan