Melalui Press Conference yang baru tamat sebentar tadi Ummi Hafilda akan menarik laporan yang dilakukan kepada abangnya Azwan Ali.
Menurut Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Umi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini.
Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.
"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.
Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir.
Menurut sahabat blogger Azwan Ali juga dilihat menangis bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis.
Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup.
Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau.
P/S:Kami doakan semoga Azwan dan Ummi berbaik semula dan bersatu sebagai keluarga.Tinggal sorang lagi tak tau bila nak insaf.
jangan kerana makhluk asing kita adik beradik bermusuh..... bukan permusuhanyang di impikan dari anak-anak nya oleh seorang IBU... Aku tetap sokong pekara yang baik-baik... terus berjuang kamu Umi...yang jahat tetap akan musnah 1 hari nanti....
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam