
KOTA KINABALU - Keputusan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk
Seri Lajim Ukin untuk meletakkan semua jawatan dalam parti didakwa
kerana terpengaruh dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang
kononnya akan membentuk kerajaan akan datang selepas pilihan raya umum
akan datang.
Menyifatkan keyakinan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita
mereka itu hanya sekadar propaganda politik, Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno...