Khamis, 19 Julai 2012

TAK CUKUP LAGI KER ARTIS NAK MASUK DALAM PAS SAMPAI TERPAKSA MAIN PETIK JE NAMA

Kerana terlalu ghairah ingin menarik sokongan orang muda dengan menggunakan artis, Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian diselar kerana menyebarkan fitnah kononnya Ning Baizura bakal menyertai PAS.


Foto Ning Baizura memakai tudung juga disebarkan bagi menguatkan khabar angin itu. Ning Baizura secara tegas menafikan berita tersebut dan melarang sesiapapun mengeksploitasikan dirinya untuk kepentingan politik mereka.
Selebriti menyertai parti politik bagaikan sebuah isu semakin hangat diperkatakan hari ini. Bermula dari pengakuan terbuka oleh Abby Abadi dan Hairie Othman, ramai lagi artis yang didakwa akan menyertai PAS sepertimana didakwa oleh barisan kepimpinannya.
Namun penyanyi popular Ning Baizura menyelar secara terbuka di laman sosial Twitter 'fitnah' yang dilemparkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengaitkan dirinya dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut.


P/S: Suka-suka hati je main petik

0 ulasan:

Catat Ulasan