Isnin, 30 Julai 2012

WAJIB BACA !!! ANTARA SYRIA DAN MYANMAR MANA LAGI KEJAM

Ketika dunia Arab mengalami pergolakan yang disebut sebagai Arab Spring dan Syria berada diambang peperangan ramai yang amat bersimpati dengan nasib pelarian Syria yang terpaksa berlindung di kem pelarian di sempadan negara mereka

Pergolakkan berlaku di Syria kerana pemberontakkan oleh pasukan revolusi di Syria yang mahukan Bashar Al-Assad berundur dari pemerintahan Syria.


Malah wartawan asing dari barat juga membuat liputan dan sanggup meredah lautan peluru demi membongkarkan nasib yang diterima oleh rakyat Syria diatas pemerintahan Bashar Al-Assad


TETAPI

Pergolakkan yang berlaku di kawasan kejiranan negara kita dipandang rendah oleh sesetengah pihak

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka




The photo below was taken on 14th June
 Monks involved in attack in Sittway….but Muslims are considered as Terrorists if they protect their own houses and property.
 
The link of above photo: http://www.flickr.com/photos/thesail
 



PB dulu pernah berkawan dengan seorang Myanmar di sebuah kilang pembuatan di Selangor. Dia pernah bercerita orang Rohingya diberi gelaran Kelah atau Kelar yang bermaksud orang kulit hitam.

P/S: Syukur umat Islam di Malaysia masih lagi hidup dengan aman jangan sampai ada anasir kotor yang cuba menghancurkan Islam dengan menyerap kedalam ideologi politik kotor. 

1 ulasan:

  1. ASSALAM, MOHON PD ALLAH S.W.T AGAR SELAMATKAN UMAT ISLAM DI KEDUA2 NEGARA,
    MOHON JUGA HINDARI DARI BERLAKU DI MALAYSIA, SEDARLAH WAHAI BANGSA KU BALA INI TIDAK MUSTAHIL BOLEH BERLAKU DI NEGARA KITA JIKA KITA TERUS BERCAKAR SESAMA BANGSA. TOLAK ANU WAR!!!!! JIKA MAHU SELAMAT.

    BalasPadam