Gua sebenarnya malas nak bising-bising bulan puasa ni tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri gua terpaksa bersuara dan menegur tentang isu ini
Gua pada hari Sabtu lepas saja berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah di kawasan Subang Jaya. Lepas puas ronda-ronda untuk survey apa barang yang best dibeli untuk hari raya gua pun rasa hari dah petang dalam pukul 4.30 gua pun cabut la.
Di sebabkan gua ni takde kereta jadi gua pun naik la pengangkutan awam. Mula-mula ingat nak naik bas tapi tunggu punya tunggu bas tak datang-datang jadi gua amik keputusan nak naik teksi je kang tak sempat nak pusing-pusing bazaar.
Banyak jugak teksi kat perhentian depan ni jadi aku pun tanya la salah satu teksi yang ada... tapi macam hampeh jarak tak sampai 5km charge sampai 25 ringgit giler ke hapa..
Tanya teksi yang lain semua yang duk melepak main nego2 harga sampai 30 ringgit pun ada. Last-lat gua malas nak melayan buang duit je nasib baik bas dah sampai. Baik gua naik bas bikin panas je bulan-bulan puasa ni.
Tapi apa yang buat gua tak puas hati kenapa tetap berlaku haggling walaupun dah tertera kat tepi pintu teksi tu haggling is prohibited
Adakah tiada pemantauan atau penguatkuasaan dari pihak yang berwajib iaitu SPAD. Diharap perkara seperti ini dapat dibendung walaupun memakan masa yang lama. Disebabkan tabiat sebegini mungkin ia akan memberi perspektif buruk kepada sektor pengangkutan awam di negara ini. Tetapi ada jugak pemandu teksi yang begitu amanah dan menggunakan meter dan mesra pengguna.
ASSALAM BRO, PENGUATKUASAAN SETAKAT BERUBAH BARU DARI NAMA LAMA LPKP KE NAMA BARU SPAD, KROJER NYA NGANGKANG JER BRO MAKAN GAJI BUTA.
BalasPadam