Selasa, 3 Mei 2011

Selangor?? Janji tinggal janji...


Manifesto diatas merupakan manisfesto pilihanraya umum ke12 dari Pakatan Rakyat untuk Selangor. Berapa banyak janji-janji yang telah ditunaikan seperti yang dijanjikan pada manifesto ini?Yang paling ketara ialah 20 milimeter padu air percuma.

Adakah manifesto ini dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat?Setelah lebih 4 tahun berkuasa di selangor tidak banyak perubahan yang dilakukan. Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan penipuan selama 4 tahun ini terutama berkaitan air. Adakah mereka lupa yang boleh menerima air percuma itu adalah rumah yang mempunyai meter individu.Bagaimana dengan keluarga miskin dan sederhana yang tinggal di flat dan apartment yang mengunakkan meter pukal?Adakah air percuma ini hanya untuk kroni yang kaya sahaja?

Dibawah adalah senarai perbelanjaan kerajaan negeri selangor yang tidak munasabah

Baru-baru kerajaan negeri selangor telah meluluskan RM600,000 daripada duit rakyat untuk kempen Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di negeri Selangor merupakan satu tindakan paling bodoh dan tidak masuk akal selain satu pembaziran wang rakyat untuk tujuan politik.
  
Kos penyenggaraan dan membaiki kenderaan Yayasan Selangor yang dilaporkan berjumlah RM6 juta sepanjang 11 bulan tahun lalu.
  
Kerajaan Selangor bercadang nak tubuh Cybertrooper dan satu kursus akan diadakan pada 14 dan 15 Mei nanti. Lecture adalah Rafizi Ramli , Hisyamuddin Rais dan pakar IT Ramli Ishak. Dikatakan Anwar Ibrahim akan hadir untuk pemberian sijil.

Sekarang terpulang kepada rakyat Selangor untuk menilai kerajaan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ini. 

0 ulasan:

Catat Ulasan