Laporan oleh Utusan Malaysia 04/05/2011
Exco cuba tutup kelemahan
PULAU PINANG 3 Mei - Tindakan Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) cuba mengelak soalan lisan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pada sidang Dewan Undangan Negeri menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua selama kira-kira 15 minit.
Hon Wai sedaya-upaya enggan mengakui kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah membina kediaman kos rendah untuk rakyat sepanjang 2009 dan 2010.
Tindakan itu menyebabkan Ariff Shah mendesak Hon Wai bertubi-tubi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
"Saya tanya Yang Berhormat (Hon Wai), benarkah sepanjang 2009 dan 2010 kerajaan negeri tidak bina rumah kos rendah dengan menggunakan dana sendiri?,'' ujar Ariff Shah.
Namun Hon Wai menjawab: "Pemaju menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iaitu anak syarikat kerajaan negeri ada membina rumah kos rendah untuk rakyat."
Soalan dan jawapan tersebut diulangi berkali-kali sehinggalah Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain mencelah supaya perbuatan tersebut dihentikan.
Abdul Halim kemudian memutuskan apa yang diperkatakan oleh Hon Wai dianggap jawapan kepada soalan Ariff Shah.
Berdasarkan soalan yang cuba dielak oleh exco tersebut kerajaan DAP Pulau Pinang gagal dalam menjaga kebajikan rakyat. Kerana DAP Pulau Pinang telah gagal untuk membina rumah rakyat.
Kita imbas balik ketika era pemerintahan Barisan Nasional dulu. Kerajaan Barisan Nasional membina banyak unit rumah unutk rakyat berdasarkan laporan tahunan PDC pada 2007 sebanyak 22 618 unit rumah telah dibina. Halaman 18 KLIK SINI
Manakala semasa DAP memerintah, Laporan Tahunan PDC 2009 pula menunjukan sejumlah RM 137.5 M hilang daripada akaun PDC, manakala Tanggungan Semasa bertambah ke RM 129 juta.Ini bermakna duit lesap,, hutang bertambah, tiang rumah pun tak Halaman 56 KLIK SINI
Lihat balik pembangunan terbaru di Tg Tokong, Feringghi & Tanjung Bunga....semuanya bertaraf tinggi....memang org Melayu takkan mampu....bukan mcm Bayan Baru, Seberang Jaya and Batu Kawan...Kebanyakkan flat PDC buat untuk rakyat biasa...
Ini namanya Menglegalisasikan Jenayah terhadap rakyat Pulau Pinang. Mana ada kerajaan yang mampu membina 22 000 unit rumah dalam masa 2 tahun
Terpulang pada rakyat untuk menilai siapa pemerintah Pulau Pinang sekarang ini. Hanya rakyat Pulau Pinang yang mampu menjatuhkan rejim yang menekan mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan