Harga minyak mentah dunia setakat semalam menunjukkan harga setong minyak mentah mencecah $104.47 setong.
Semalam tepat pukul 12 malam minyak Ron 97 telah mengalami peningkatan sebanyak 20 sen iaitu dari 2.70 ke 2.90 seliter manakala Ron 95 kekal seperti biasa.
Pihak pembangkang mula memain kan isu harga barangan komoditi dan minyak sebagai modal kempen untuk PRU akan datang. Alasan mereka cukup mudah Malaysia merupakan pengeluar minyak dunia.
Malaysia bukan lah pengeluar minyak utama dunia dan minyak malaysia di beli dari pasaran minyak dunia. Ini kerana telaga rizab simpanan Malaysia hanya mampu bertahan selama 19 tahun sahaja lagi.
Graf diatas menunjukkan Penggunaan dan pengeluaran hampir sejajar pada 2009. Jadi jika Malaysia tidak mengimport minyak dari pasaran dan menggunakan 100 peratus minyak keluaran negara, rakyat Malaysia akan mengalami kekurangan bekalan minyak. Harga minyak dipasaran dunia bergantung kepada kestabilan sesebuah ekonomi dan sosial negara pengeluar minyak.Jika minyak mentah naik ke tahap yang tertinggi kerajaan tiada pilihan selain menanggung kos kenaikan tersebut yang disebut sebagai SUBSIDI bagi mengurangkan beban rakyat. Tetapi akibat kenaikan yang terlampau tinggi kerajaan telah mengurangkan subsidi bagi membolehkan wang hasil pengurang tersebut disalurkan kepada projek infrastruktur yang lain seperti jalan raya dan kemudahan awam.
Jadi jangan kita cepat melatah apabila minyak.Kerajaan telah mewujudkan pilihan iaitu mewujudkan Ron 95 bagi rakyat Malaysia. Jika kita memilih Pakatan Rakyat adakah mereka mampu memberikan pilihan diatas seperti mana kerajaan Barisan Nasional. Lihat lah sendiri negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka. Mereka hanya ingin mengambil kesempatan atas hasil negara kita untuk diri sendiri dan bukannya untuk rakyat
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan