Takkan Melayu hilang didunia itu lah kata-kata azimat dari pahlawan lagenda Melayu bernama Hang Tuah.Cuba kita fahami betul-betul kata-kata itu dan apakah maksud yang tersurat dan tersirat didalam perkataan itu.Cuba kita renungkan sejenak dan fikirkan.
Ketika zaman ini ramai orang Melayu yang tidak bangga dengan kemelayuannya. Adakah disebabkan oleh bagnsa Melayu yang lemah atau ada perkara lain yang membuatkan mereka malu untuk mengaku mereka ini bangsa melayu?.Nabi Muhammad Saw juga berbangga dengan bangsanya Klik Sini Apatah lagi kita bangsa Melayu ini.
Jangan kerana kita taksubkan dengan seseorang kita terlupa dengan asal usul kita seolah-olah kacang lupakan kulit.Bangsa lain bangga dengan bangsanya tak kira apa agamanya tetapi kita bangsa Melayu beragama Islam malu dengan bangsa sendiri.
Hanya UMNO sahaja yang mampu mempertahankan kedaulatan agama dan raja-raja Melayu seperti yang termaktub didalam perlembagaan UMNO
FASAL 3 – Asas & Tujuan
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan