Rabu, 18 April 2012

WAJIB BACA !!! PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH DARI SEGI AKIDAH SEPERTI YANG DITERANGKAN DAN DIULAS OLEH ULAMA-ULAMA’ DI JABATAN AGAMA ISLAM


PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH DARI SEGI AKIDAH SEPERTI YANG DITERANGKAN DAN DIULAS OLEH ULAMA’ ULAMA’ DI JABATAN AGAMA ISLAM

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia.
Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.

3.2.1 PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH.

i. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas

Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam KitabAqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78:

Terjemahannya:

Akidah Kami Tentang Imam Itu

Telah Sabit Secara Nas.

Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah, sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan Imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: ” Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada”.

Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal. 136:

Terjemahannya:

Maka kita hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang dipegang oleh Syiah Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah mempercayai bahawa Allah S. W. T tidak mengosongkan dunia daripada hamba yang dapat berhujah daripada kalangan nabi atau orang yang memegang wasiat yang nyata masyhur atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah menentukan dan mewasiatkan kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina Hasan mewasiatkannya pula kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada Imam Dua Belas iaitu Mahdi al-Muntazar. Ini merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi daripada Adam sehinggalah nabi yang terakhir.

ULASAN

Tidak terdapat nas dari al-Quran atau Hadith-hadith sahih yang j elas maksudnya bahawa Saidina Ali itu ditentukan sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah s.a.w.
Oleh kerana itu, para sahabat telah bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan Saidina Ali pun sendiri telah bermubaya’ah dengan Saidina Abu Bakar.

ii. Imam adalah maksum

Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail al-Maqalat yang dipetik oleh Muhamad Jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan hal. 38.
Terjemahannya:

Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak mendapatpujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumn a dan sampai ke martabat yang tidak mela’Kukan kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada imam-imam secara seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid berkata di dalam kitab Awail al-Maqalat babperbincangan mengenai Imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada keseluruhan mazhab Syiah Imamiah, kecuali sedikit sahaja yang bersifat ganjil daripada mereka.

Hal ini juga dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72:

Terjemahannya:

Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum

Kami mempercayai bahawa imam-imam itu sepetti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Kerana imam-imam itu merupakan pemelihara syariat dan orang-orang yang menegakkan hukum syariat. Keadaan mereka seperti nabi. Bukti yang mendorong kami berpegang bahawa Imam itu maksum ialah dalil yang mengatakan nabi-nabi itu maksum. Tidak ada perbezaan (di antara nabi dan imam).

ULASAN

Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadith-hadith sohih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbia’ sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat’ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud:

“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. “
(An-Najm ayat 3 – 4)

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
(AI-Ahzaab ayat 21)

“la memasamkan muka dan berpaling, kerana ia di datangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran Ugama yang didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfa’at kepadanya.”
(Surah Abasa ayat 1-4)

iii. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada’)
Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada’ ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini j elas menganggap Allah itu j ahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1 hal 146.

Terjemahannya:

“AI-Bada” ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada’ itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)”.
Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan keadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu’ 1, hal. 146:

Terjemahannya;

Bab al-Bada’

Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin Isa, daripada al-Hajjal daripada Abu Ishak Tha’labah daripada Zararah bin Ayun daripada salah seorang daripada keduanya a.s. katanya, “Tidak ada ibadat yang paling utama seperti al-Bada’. Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abdullah a.s., “Tidak ada perkara yang paling agung di sisi Allah seperti al-Bada’.

Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham bin Salim dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada Abu Abdullah a.s. katanya mengenai ayat ini maksudnya; “Allah menghapuskan apa yang ia kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki”.
Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada’, An-Naubakhti menyebut bahawa Ja’far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja’far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:

Terjemahannya:

“An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, “Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku Ismail”.
(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)

ULASAN

Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud:

“Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”
(Surah al-Mukmin ayat 19)

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit”.
(Surah A-li Imran ayat 3)

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.”
(Surah al-An’am ayat 59)

“Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. “
(Surah Saba’ayat 3)

“Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”
(Surah al-Ikhlas ayat 2)

iv. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (ar-Raj’ah)

Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka terinasuk para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.

Terjemahannya;

Akidah Kami Tentang Raj’ah

“Sesungguhnya pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu ialah kerana mengambil daripada Ahli Bait a.s., di manaallah S. W. E akan mengembalikan sesuatu kaum yang telah mati ke dunia ini di dalam bentukyang asa4 Ialu sebahagian daripada golongan memuliakan satu puak dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan mana golongan yang benar dan mana golongan yang salah dan menunjukkan golongan yang melakukan kezaliman. Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat imannya ataupun orang yang paling jahat. Kemudian mereka akan mati semula. Begitulah juga dengan orang-orang yang selepasnya sehinggalah dibangkitktin semula dan mereka akan menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana Allah S.W.T menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang akan dikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan mereka itu tidak boleh kembali lagi ke dunia ini. Mereka akan mendapat kemurkaan Allah bahawa mereka akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan harapan mereka dapat berbuat kebaikan.”

Firman Allah yang bermaksud..

” Mereka berkata, wahai tuhan kami engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami, maka adakah jalan keluar (daripada neraka?)”
(Surah al-Mukmin ayat 11)

ULASAN

Konsep raj’ah Syiah ialah mereka mempercayai Allah akan menghidupkan semula Ahli Bait dan Imam-imam mereka untuk menghukum para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap telah melakukan kezaliman. Kemudian mereka mempercayai orang-orang yang telah dihukum ini akan mati semula dan akan menerima pembalasan daripada Allah S.W.T. Ini berdasarkan firman Allah surah al-Mu’min ayat 11 yang bermaksud:

“Mereka menjawab; Wahai Tuhan kami Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?”

Sebenarnya ayat ini menjelaskan dialog di antara orang-orang kafir dengan Allah S.W.T. di akhirat di mana mereka ingin mencari jalan keluar daripada seksaan api neraka dengan memohon kepada Allah supaya diberi peluang hidup semula ke dunia, mereka mengaku dan insaf terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan dahulu. Pengertian ini diperkukuhkan melalui firman Allah yang bermaksud:

“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia memati;L-an kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)”
(Surah al-Baqarah ayat 28)

Kebangkitan dan hukuman di padang Mahsyar adalah hukuman Allah yang akan dikenakan kepada semua orang, bukan hukuman para Imam, ini telah dijelaskan oleh surah-surah berikut:

“Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata, dan Kami himpunkan mereka (dipadang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.”

(Surah al-Kahfi ayat 47)

Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum .”
( Surah al- Waqiah ayat 49)

Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa dalam ayat tersebut tidak ada konsep raj’ah iaitu menuntut bela dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman ke atas Ahli Bait. Fahaman ini jelas menunjukkan golongan Syiah salah memahami ayat al-Quran tersebut dan salah memahami terhadap ayat-ayat al-Quran boleh membawa kepada penyelewengan akidah.

v. Berpura-pura (al-Taqiyyah)

Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu’ 2 oleh Abu Ja’far Muhammad bin Ya’kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:

Terjemahannya:

Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A’jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf”.

ULASAN

Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu, perkara yang benar. Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sifat ini perlu dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri sifat nifaq berdasarkan firrnan Allah yang bermaksud:

” Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan), yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti datipihak mereka (yang kafir itu)…..
(Surah A-li Imran ayat 28)

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menetima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dadallah dan merekapula beroleh azab yang besar.
(Surah al-Nahl ayat 106)

Tidak ada Taqiyyah seperti ini dalam ajaran Islam, yang ada di dalam Islam ialah masalah rukhsah, umpamanya jika seseorang itu dipaksa dan diugut dengan kekerasan supaya melafazkan kata-kata kafir, maka waktu itu diharuskan orang itu melafazkannya, tetapi hatinya tetap dengan iman yang sebenar, tidak ada ragu sedikit pun sebagaimana yang berlaku kepada Ammar bin Yasir, sehingga Allah menurunkan ayat 106 Surah al-Nahl memperakui kebenaran beliau, firman-Nya yang bermaksud:
“Kecuali orang-orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman.”

vi. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.

Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu’ oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 61:

Terjemahannya;

Syiah Imamiah mempercayai bahawa Imam Hasan al-Askari itu ialah imam yang kedua belas bagei Syiah. Ketika wafat tahun 260H, beliau mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad berumur lima tahun, dialah Imam Mahdi al-Muntazar. Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain menyatakan bahawa Imam Mahdi itu lahir selepas wafat bapanya Imam al-Askari. Sekalipun berkeadaan begitu, maka sesungguhnya Imam Mahdi tetap menerima jawatan imam selepas ayahnya dan telah ditentukan oleh ayahnya kepadanya. Kekallah ia tersembunyi selama 65 tahun. Golongan Syiah sentiasa berhubungdengan Imam Mahdi dalam tempoh ini melalui wakil-wakil yang telah ditentukan bagi tujuan ini. Wakil-wakil itu ialah Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman, Husain Ibnu Ruh dan akhirnya ialah Ibnu Muhammad al-Saimiri.

Kesemua wakil-wakil yang empat ini digelar sebagai wakil-wakil khas. Tempoh ini diberi nama “Ghaibah Sughra”. Dalam tahun 229H sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad al-Samiri beberapa bulan, sampailah secebis surat kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di dalamnya “Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna. Maka ia tidak akan muncul kecuali dengan izin Allah, maka sesiapa yang telah mendakwa melihatku maka dia adalah seorang pendusta lagi penipu”.
Tahun inilah bermulanya “al-Ghaibah al-Kubra”. Semenjak daripada masa itu terputuslah perhubungan golongan Syiah dengan imam secara langsung. Sehinggalah apabila ada berlakunya dakwaan seperti itu, maka Syiah menganggap perkara itu dustadengan sebab nas dengan sebab nas yang terdapat di akhir surat yang datang daripada imam Mahdi itu. Ini adalah ringkasan akidah Syiah Imamiah berhubung dengan Imam Mahdi al-Muntazar.

ULASAN

Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud:

“Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah”

(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud,

“Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama 7 tahun”.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

“Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.
(Riwayat al-Tirmidhi)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. Jelas daripada hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.

vii. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali

Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi oleh al-Kulaini, jld. 1 hal.197:
Terjemahannya;

Saidina Ali ra. telah berkata: “Akulah pembahagi ahli syurga dan neraka bagi pihak Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang Tongkat Nabi Musa dan Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang mukmin dan munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi orang yang munaftk). Sesungguhnya para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan terhadapku sebagaimana mereka telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi Muhammad s.a.w. senditi, dan sesungguhnya Allah telah mempertanggung-jawabkan ke atasku sama sepertimana yang telah dipertanggungiawabkan ke atas Nabi Muhammad untuk mendidik umat manusia. Nabi Muhammad dipanggil, diberi pakaian dan disuruh bercakap. Lalu ia pun menyeru, memakai pakaian dan bercakap. Dan sesungguhnya aku dibeilkan beberapa sifatyang tidak diberikannya kepdda seseorang sebelumku. Aku mengetahui kematian dan bala, keturunan dan percakapan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tidak luput kepadaku apa yang telah Ialu. Tidak hilang daripadaku apa yang ghaib, aku diberi khabar gembira dengan izin Allah dan aku melaksanakan daripada Allah. Kesemuanya itu diberi kedudukan yang tinggi kepadaku dengan izin Allah.

ULASAN

Tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah apatah lagi lebih daripadanya. Dengan kepercayaan yang keterlaluan terhadap Saidina Ali ini adalah amat menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata.
Nama Saidina Ali tidak terdapat di dalam al-Quran, kerana beliau bukan seorang nabi atau seorang Rasul, tetapi hanya sebagai sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga. Namun Nabi Muhammmad s.a.w. sendiri tidak disanjung-sanjung dan dipuja-puja oleh para sahabat secara berlebih-lebihan sehingga melampaui batas. Ini bertepatan dengan hadith:

Al-Zuhri berkata; Urwah bin al-Zubair memberitahuku datipada al-Miswar bin Makhramah bin Urwah berkata ” Wahai kaum, demi Allah sesungguhnya aku diutuskan kepada raja-raja dan aku sendiri diutuskan kepada raja Kaisar Kisra dan raja Najasyi, demi Allah jika engkau lihat, seseorang raja sahaja yang disanjung oleh rakyatnya, tetapi para sahabat Nabi Muhammad s.a. w. tdak menyanjung Nabi Muhammad s.a.w.”
(RiwayatAhmad)

viii. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.

Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66:
Terjemahannya;

Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapiapabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; ” Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi”.

ix. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka Adalah Musuh Allah

Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6.

Terjemahannya;

Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata ” Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka adapun mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah selain Allah. Perbuatan sedemikian adalah sesat.” (Aku)Abu Hamzah menjawab; “Semoga Allah memberikan kebaikan kepada engkau.” Apakah yang dimaksudkan dengan mengenalallah itu? Jawab Abu Jafar; “Membenarkan Allah dan Membenarkan Nabi Muhammad Rasulullah tentang perlantikan Ali dan menjadikannya sebagai imam dan imam-imam yang mendapat pertunjuk selepasnya dan berlindung kepada Allah daripada musuh-musuh mereka”. Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah. Kata Abu Jafar lagi, aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; “Semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau”. Apakah sesuatu yang apabila aku amalkannya pasti aku dapat menyempurnakan hakikat iman?. Jawab Abu Jafar, “Hendaklah engkau melantik wali-wali Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau bersama orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan engkau ‘t Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah waliallah dan siapakah musuh Allah itu? Lalu ia menjawab, “Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad RasuluIlah, Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah perkara itu tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua anak lelaki Ja’far, Ialu ia mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu Ja’far dalam keadaan duduk. Maka siapakah yang melantik mereka? “Allahlah yang melantik mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.”
Aku bertanya lagi, “Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau.” Iajawab, “Empat berhala.” Ia bertanya lagi “Siapa empat berhala itu”? Ia menjawab, “Abu Fusail (Abu Bakar) Rama’ (Umar) Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah.”

ULASAN

Terdapat di dalam al-Quran dan Hadith yang menjelaskan tentang keadilan dan sanjungan terhadap para sahabat yang membersihkan mereka daripada sebarang tuduhan yang tidak benar. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat). Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia serta la menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya, itulah kemenangan yang besar”.
(Surah al-Taubah ayat 100)

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak melihatnya.”
(Surah al-Taubah ayat 40)

“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang betiman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiah), maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati meraka, Ialu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.
(Surah al-Fath ayat 18)

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).”
(Surah al-Nur ayat 11)

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.”
(Surah al-Ahzab ayat 58)

Sabda Nabl s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Jangan kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat “.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:
“Daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak masuk neraka orang-orangyang telah melakukan bai’ah semasa di bawah pokok .”
(Riwayat al-Tirmidhi)

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:
“Daripada Ibnu Umar ra. katanya kami memilih memilih para sahabat di zaman Nabi s.a.w., Ialu kami memilih Abu Bakar, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian Uthman bin Affan ra..”
( Riwayat al-Bukhati)

x. Hanya Ali dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna.
Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, juzu’ 1, hal. 228.

Terjemahannya;

Tidak Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali Imam-imam a.s. dan Sesungguhnya Mereka itu Mengetahui Ilmu al-Quran Kesemuanya.

“Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub dadpada Amru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; ” Aku mendengarabu Ja far a.s. berkata, ” Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa ia telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang diturunkan, melainkan pendusta dan tidak menghimpun, menghafaz sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan imam-imam selepasnya a.s.”
Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin Sinan daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada Jabir daripada Abu Ja far a.s. Bahawasanya ia berkata, “Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa di sisinya ada keseluruhan al-Quran zahir dan batinnya selain dadpada para wasi.”

Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1 hal. 238 – 240.

Terjemahannya:

Abu Abdullah berkata,

Kami mempunyai mashaf Fatimah dan mereka tidak mengetahui apa dia mashaf Fatimah itu. Abu Basir bertanya, “Apakah dia mashaf Fatimah itu? Abu Abdullah menjawab, ” Mashaf Fatimah sama seperti al-Quran kamu ini. Tiga kali ganda besarnya. Demi Allah tidak ada satu huruf pun seperti al-Quran kamu ini.” Abu Basir berkata lagi demi Allah sahaja yang mengetahui mengenai perkara ini. Abu Abdullah berkata; “Sesungguhnya Allah itu mengetahui, tetapi tidaklah yang sedemikian itu. (tidak seperti al-Quran Ahli Sunnah Wal Jamaah)
Kemudian Abu Abdullah diam sebentar, kemudian dia berkata, “Sesungguhnya kami mempunyai ilmu yang telah berlaku dan yang akan berlaku sehingga kiamat” Abu Basir bertanya, “Aku jadikan tebusan engkau ini, demi Allah sahaja yang mengetahui. Abu Abdullah menjawab, “Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui, tetapi tidaklah seperti yang demikian.”
Yang dimaksudkan dengan Abu Abdullah ialah Ja’far bin Muhammad al-Sadiq.
Abu Basir berkata lagi, Aku jadikan tebusan engkau, maka apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu? Abu Abdullah menjawab, “Apa yang b~ di waktu malam dan siang, terjadi sesuatu perkara selepas sesuatu perkara sehinggalah hari kiamat.”
Beberapa orang daripada sahabat kami dadpada Ahmad bin Muhammad daripada Umar bin AbdulAziz daiipada Hammad bin Uthman, katanya, “Aku pernah men-dengar Abu Abdullah berkata, “Orang-orang Zindiq akan muncul tahun 128H. Ini berdasarkan bahawa aku pernah melihat dalam mashaf Fatimah a.s. ” Hammad bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan mashaf Fatimah itu?” Abu Abdullah menjawab, “Sesung-guhnya Allah S. W. T apabila ia mengambil nyawa nabi s.a. w, terdengar sesuatu di telinga Fatimah yang ketika itu merasa dukacita di atas kewafatan nabi s.a.w yang tidak diketahui melainkan Allah S.W.T Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya yang dapat menghiburkan kedukaannya.” Lalu Fatimah mengadu perkara yang demikian kepada Amirul Mukminin Ali, Alipun berkata, “Apabila engkau merasai demikian dan engkau mendengar suara demikian, maka beritahulah kata-kata itu kepadaku. Maka akupun diberitahu yang demikian. Lalu Amirul Mukminin a.s. pun menulis setiap apa yang ia dengar, sehinggalah menjadi satu mashaf .” Kemudian Hammad berkata, Abu Abdullah berkata, “sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dalam mashaf itu perkara yang halal dan haram, tetapi terdapat di dalam mashaf itu ialah mengenai ilmu yang akan berlaku.”
Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Husain Ibnu Abu ‘Ala’ katanya, aku mendengar Abu Abdullah berkata, ‘Bersamaku ialah al-jafr al-Abyad “,,Abu ‘Ala’bertanya, “Apakah yang ada di dalam al-jafr al-Abyad?”. Jawabnya, “di dalamnya ada kitab Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa, Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan hukum halal haram dan mashaf Fatimah dan tidak terfzkir terdapat di dalamnya al-Quran (tak ada), malah di dalamnya terdapat apa saja yang diperlukan oleh manusia sehingga kami tidak perlu lagi kepada seseorangpun, walaupun satujildah atau setengah atau seperempat atau sekecil-kecil perkara.”

Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, Wa – ilmi oleh al-Kulaini hal 443-446

Terjemahannya:
Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain daripada Abdul Rahman bin Abu Hashim daripada Salim bin Salamah katanya;

“Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah a.s (Ja’far bin Muhammad al-Sadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran (yang dibacanya) itu bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang ramai. Lalu Abu Abdullah a.s. berkata; Berhentilah daripada membaca Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah al-Quran sepertimana orang ramai membacanya. Sehingga munculnya Imam Mahdi al-Muntazar a.s. Apabila telah muncul Imam Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan membaca kitab Allah (al-Quran) mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah) pun mengeluarkan Mashaf yang ditulis oleh Ali a.s. sambil berkata; Ali a.s. telah menunjukkan kepada orang ramai ketika beliau selesai (menulis mashaf tersebut). Sambil berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah (al-Quran) sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya aku telah mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran itu mereka berkata; Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di dalamnya al-Quran yang kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut. (mashaf Uthmani) Lalu Saidina Ali berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan melihatnya selepaa hari kamu ini selama-lamanya. Hanya sesungguhnya menjadi tanggungiawabku untuk memberitahu kamu semua ketika aku mengumpulkannya supaya kamu dapat membacanya.”
Ali bin al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu Abdullah a. s. katanya;
“Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi 17,000 ayat.”

ULASAN

Golongan Syiah menganggap hanya Ali dan para Imam sahaj a yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempuma. Perkara seumpama ini jelas bertentangan dengan al-Quran, Firman Allah yang bermaksud:

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu danaku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.
(Surah al-Maidah ayat 3)

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”
(Surah al-Hijr ayat 9)

Mashaf yang ada pada hari ini telah dikumpul di zaman para sahabat dan sampai kepada tabi’in dan atba’ tabi’in dengan cara mutawatir. Para sahabat telah ijmak menerimapakainya dengan sebulat suara. Dalam masa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak menolak penyusunan al-Quran atau membuat sebarang tokok tambah dan perubahan yang ada pada zaman sahabat itu. Malah beliau menerima dan memperakuinya, serta beliau menyuruh Abu Aswad Ad-Duali meletakkan baris dan titik pada huruf al-Quran mashaf Uthmani untuk lebih mudah membacanya.

xi. Menghalalkan Nikah Mut’ah.

Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja’far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babawaih al- , Juzu’ 1 hal. 358:
Terjemahannya:

Adapun mut’ah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat.
Abu Ja’far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja’far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal: 358

Terjemahannya:
“Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai AI-Raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”.
Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan Mut’ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Kenyataan ini disebutkan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’far Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, hal. 489:

Terjemahannya:
“Adapun saksi dan pengisytiharan nikah kedua-keduanya bukan dapipada syarat-syarat mut’ah dalam apa keadaan sekalipun. Kecuali jika seseorang itu dituduh berzina, maka disunatkan pada ketika itu ia mengadakan dua orang saksi ketika akad.”

ULASAN

Nikah Mut’ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

Daripada Ali bin Abu Talib katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging kaldai jinak”.
(Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)

Daripada al-Rabi’ bin Sabrah daripada bapanya katanya, kami keluar bersama-sama Nabi s.a. w.
semasa haji Wida’ di mana Baginda bersabda: “Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut’ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut’ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya.
(Riwayat Ibnu Majah)

Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut’ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut’ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah mengharamkannya.”
(Riwayat Ibnu Majah)

“Daripada Rabi’ bin Sabran daripada bapanya bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengharamkan nikah mut’ah.”
(Riwayat Abu Daud)

xii. Menambah Syahadah.
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu’ 1, hal. 441:

Terjemahannya:
Sahal bin Ziad daripada Muhammad bin al-Walid katanya aku mendengar Yunus bin Yaacob daripada Sinan bin Tarif daripada Abu Abdullah a.s. katanya Abu Ja’afar berkata, “Sesungguhnya kami ialah Ahli Bait yang pertama yang disebutkan oleh Allah nama-nama kami. Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi. Ia menyeru malaikat lalu ia menyeru “Asyhadu alla ilaha illAllah” tiga kali “wa asyhaduanna Muhammadan rasulullah” sebanyak 3 kali.

ULASAN

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah. Perkara ini jelas bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah yang menyebut bahawa syahadah hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja, tidak kepada Saidina Ali. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad) mereka berkata, “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya serta sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”
(Surah al-Munaftqun ayat 1)

Nabi Muhamad s.a.w. ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)…..
(Surah al-Fath ayat 29)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,
Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakatt, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”
(Riwayat Ahmad, al-Bukhati, Muslim, Tirmidhi dan al-Nasai)

Sabda Nabi lagi bermaksud:
“Daripada Umar ra. katanya Rasuluilah s.a. w. ditanya tentang Islam Ialu baginda menjawab,”Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata “Engkau benar… “
(Riwayat Muslim)

Jelas daripada hadith-hadith di atas bahawa tidak ada langsung penambahan nama SaidinaAli selepas nama nabi Muhammad s.a.w.
Oleh yang demikian menambah nama Saidina Ali di dalam syahadah, tidak boleh diterimapakai di dalam ajaran Islam.

xiii. Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja. Pegangan ini disebut di-dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita’ halaman 149:
Terjemahannya:
Di antaranya bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali hadith yang sah disisi mereka ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait daripada datuk mereka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Jafar al-Sadiq daripada bapanya al-Baqir daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain al-Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah s.a.w. (Allah meredai mereka semua).
Syiah juga tidak menerima hadith-hadith Yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah khalifah al-Rasyidin (kecuali Saidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al-Khariji dan Amru bin al-As. Apa yang mereka terima ialah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Ahli Bait. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Aslu al-Syiah Wa-Usuluha oleh Muhammad Husain Ali Khasif al-Ghita’, hal. 149:
Terjemahannya:
Adapun hadith yang diriwayatkan umpamanya oleh Abu Hurairah, Samurah Ibnu Jundub, Marwan bin al-Hakam dan Umran bin Hattan al-Khariji dan Amru bin al-As dan orang-orang yang seperti mereka, mereka ini tidak diktiraf walaupun sekadar seekor nyamuk dan perkara ini sudah diketahui ramai tanpa perlu disebut-sebut. Mejoriti Ulama Sunnah telah mengecam mereka dan menunjukkan kesalahan-kesalahan mereka yang buruk ini.

ULASAN

Syiah meyakini para sahabat telah murtad, dengan demikian kedudukan mereka sebagai perawi hadith adalah tidak adil. Perkara ini bertentangan dengan al-Quran dan Hadith-hadith sohih kerana al-Quran sendiri telah menyebut para sahabat adalah adil dan diberi pujian yang tinggi. Oleh yang demikian segala periwayatan yang dibawa oleh mereka hendaklah diterimapakai dan dihayati oleh seluruh umat Islam sepanjang zaman.

2 ulasan: