Selasa, 10 April 2012

PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-14 KALI KEDUANYA !!! DAULAT TUANKU !!!


Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.

Merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, patik menyembah tahniah kali kedua Tuanku menjadi Payung Rakyat, Payung Negara !!!

DAULAT TUANKU !!! 

DAULAT TUANKU !!!

DAULAT TUANKU !!!





Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan