Rabu, 4 April 2012

Panas !!! Majlis peguam mengatakan laporan PSC tidak lengkap (sebelum PSC diluluskan majlis peguam buat apa)


SHAH ALAM – Majlis Peguam menyifatkan laporan akhir Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam tanpa bahas, tidak lengkap dan tidak cukup untuk mencapai pilihan raya adil dan bebas.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, walaupun syor yang disenaraikan PSC adalah positif, dan memperlihatkan langkah yang betul, tetapi jawatankuasa itu telah melepaskan satu peluang ideal untuk menyediakan syor-syor komprehensif lagi menyeluruh bagi merealisasikan pilihan raya yang adil dan bebas.

“Sementara Majlis Peguam mengakui bahawa beberapa (syor) daripada 22 syor PSC adalah positif dan mewakili arah tuju yang betul, PSC telah keciciran peluang yang ideal untuk menyediakan syor-syor yang komprehensif dan menyeluruh untuk merealisasikan aspirasi bagi pilihan yang adil dan bebas,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Chee Wee berkata, kelemahan pertama dan yang amat ketara ialah kegagalan PSC untuk menangani isu-isu berkaitan dengan daftar pemilih.

“Ini adalah isu utama yang membawa kepada Bersih 2.0,” kata beliau sambil menambah bahawa pendekatan-pendekatan yang disyorkan oleh PSC tidak membantu memulihkan keyakinan dan kepercayaan ke atas integriti daftar pemilih.

Sehubungan itu kata beliau, PSC hanya melakukan perubahan yang nominal berkaitan dengan isu daftar pemilih.

Selain itu kata beliau, laporan PSC tidak menyediakan langkah untuk menangani keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak sebagai agensi yang membawa perubahan.

“Ini terbukti apabila ia (SPR) menolak enam daripada 10 syor awal dibuat oleh PSC,” katanya lagi.

“Yang ketiga, sementara SPC menetapkan tempoh tiga bulan bagi sekurang-kurangnya tiga daripada 22 syor, ia telah gagal untuk menetapkan tempoh bagi pelaksanaan sembilan syor.

“Malah, ia juga gagal mengesyorkan dasar atau perincian berkenaan beberapa syor, sebagai contoh yang berkaitan dengan akses kepada media,” katanya.

Laporan akhir PSC yang membawa 22 syor dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam dan ia diluluskan.SH

Apa motif sebenar majlis peguam dengan mengatakan laporan PSC tidak lengkap sedangkan ianya telah diluluskan.

Malah PSC sendiri dianggotai oleh ahli dari parti pembangkang. Kadang-kadang muak dengan gelagat pemimpin pakatan haram ini.

Sebab apa?

Kata ingin mengadakan pilihanraya yang Bersih - Kerajaan tubuhkan PSC bagi mencari jalan terbaik bagi mendapatkan pilihnaraya yang adil walaupun pada hakikatnya pada 2008 mereka telah memenangi 5 buah negeri.

Masih tak Bersih kah?????

P/S: Kalau kerajaan sekarang ni mengencing masa pilihanraya jangan haraplah pembangkang nak menang dekat Selangor dan Pulau Pinang


0 ulasan:

Catat Ulasan