500,000 rakyat Malaysia dijangkakan akan menyertai perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April ini di ibunegara, kata pengerusinya Datuk A Samad Said.
Sasterawan Negara itu berkata, jangkaan itu berdasarkan maklum balas serta desak orang awam yang diterima sejak penganjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas.
"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0.
"Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidaknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)
"Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi.
Perhimpunan aman di Kuala Lumpur bermula pada jam 2 petang, Sabtu tersebut.
"Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambilserius terhadap tuduhan penipuan.
"Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," katanya
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
Siapa dia tokoh hebat??? Tak ada tokoh langsung dikalangan mereka tu...tak boleh pakai semuanya...hancusssssssssssssssss
BalasPadam