Sabtu, 22 Oktober 2011

Islam apakah dimata PAS???



Kecewa dengan kenyataan PAS Pusat yang tidak menyokong untuk menyertai HIMPUN.Sikap ego dan sekular yang menular dalam segelintir pemimpin PAS pusat yang beranggapan HIMPUN ini tiada apa-apa untuk kepentingan parti.

Pelik dengan sikap-sikap pemimpin PAS ini.Pada nama mereka Parti Islam Semalaysia sudah mengambarkan mereka ini berjuang atas agama islam tetapi mengapa menyatakan himpunan ini tiada apa-apa kepentingan untuk parti.Tujuan HIMPUN adalah untuk menyelamatkan akidah umat islam tetapi apa yang dinyatakan oleh pemimpin PAS pusat amat mengecewakan


Tetapi dalam setandan pisang yang busuk masih ada yang elok,Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali hadir dan terlibat dalam menjayakan HIMPUN kali ini kerana beliau berkata



Saya akan hadir,melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah,saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah,tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah,kalau bola,Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir.”


Apa pun tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Hassan Ali kerana hadir sebagai seorang muslimin yang bertanggungjawab terhadap akidah umatnya.

Tetapi dalam HIMPUN yang berlangsung secara aman terdapat pulak ada pihak cuba mencetuskan provokasi dengan mengedarakn risalah



“Ini adalah perhimpunan yang aman.Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis,” kata pengerusi majlis Badrul Sani Baharuddin ketika membuat pengumuman di Stadium itu.

Perhimpunan Sejuta Umat anjuran NGO Islam bertujuan mengajak umat Islam berhimpun bagi menolak murtad serta menyeru mereka agar tidak melayan tanggapan negatif mengenai Islam.Program yang bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 6 petang.

P/S: Islam dan Melayu tak dapat dipisahkan

0 ulasan:

Catat Ulasan