Relevankah jika pakatan rakyat memerintah Malaysia jika berjaya memenangi pilihnaraya ke 13 ini?
Adakah mereka layak untuk menerajui pemerintahan negara ini dan siapakah antara mereka yang layak menerajui negara ini?
Jika diimbas kembali gabugan Parti dalam Pakatan tak ubah seperti tangkap muat asalkan boleh menentang musuh mereka yang sangat kuat dan sukar digugat.
Mari kita lihat kembali siapa mereka dan apa tujuan mereka
1.PAS tujuan penubuhan untuk mendirikan negara Islam (walaupun telah ditukar kepada negara kebajikan
2.DAP tujuan penubuhan untuk memperjuangkan Prinsip Malaysia Malaysian iaitu konsep yang sama seperti sosialisme dan DAP merupakan satu-satunya Parti di Malaysia yang menyertai Socialist International yang merupakan sebuah badan untuk Parti-parti di seluruh dunia
3.PKR tujuan penubuhan adalah kononnya untuk menuntut keadilan terhadap undang-undang negara yang tidak adil dan penuh korupsi walaupun pada hakikatnya penubuhan parti ini hanya untuk kepentingan individu tertentu sahaja.
Jadi adakah kerajaan campuran ini akan berjaya? Jawapan tidak sama sekali kerana ideologi yang berbeza dalam pakatan akan membuatkan pentadbiran lebih huru-hara umpama tidur sebantal mimpi lain-lain
Jika mahukan bukti lihat sahaja pentadbiran negeri yang diperintah oleh mereka, ketika hendak pilihanraya pelbagai manifesto dan janji dicanang tetapi bila sudah menang ke mana perginya janji-janji itu. Bila kuasa telah berada ditangan rakyat ditindas.
Jadi kita sebagai rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen selayaknya memilih siapakah Parti yang selayaknya memerintah negara kita berdasarkan rekod cemerlang selama 54 tahun
P/S: Manifesto PRU lepas banyak tunggang langgang lagi sibuk nak bentang bajet
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan