Rabu, 26 Oktober 2011

FAM cekik darah kerajaan negeri bagi subsidi


Final Piala Malaysia yang bakal menjelma pada hari sabtu ini bakal menyaksikan pertembungan Negeri Sembilan dan Terengganu. Kedua-dua pasukan dikatakan mempunyai kekuatan seimbang dan bakal memberikan tentangan senget antara kedua-dua pasukan

Tetapi....

Berita yang menyebabkan terbantutnya keghairahan penonton untuk menonton perlawanan akhir tersebut apabila FAM menaikkan harga tiket dari 30 ringgit ke 50 ringgit. Kenaikkan yang mendadak dibimbangi bakal merencatkan sokongan penonton untuk hadir ke stadium.

Adakah FAM tidak berfikir kos setiap penonton yang ingin hadir untuk menonton perlawanan tersebut? Perlawanan bakal diadakan di stadium Shah Alam dan kedua-dua pasukan adalah luar dari kawasan lembah Klang.Dan yang paling terasa kenaikkannya ialah pasukan dari pantai timur kerana kos pengangkutan juga perlu diambil kira.

Mujur...

Atas keprihatinan kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan subsidi 25 peratus harga tiket.Keratan dari akhbar Kosmo,

KERAJAAN negeri Terengganu mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus terhadap 30,000 keping tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada penyokong Terengganu.

Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata, dengan pemberian subsidi hampir RM750,000 itu, penyokong skuad Penyu hanya perlu membayar RM25 sekeping tiket, berbanding harga jualan yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin iaitu RM50.

"Saya sendiri terkejut apabila mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) pagi ini (semalam) mengenai perkara itu dan kita sangat bersyukur.

"Ia adalah hadiah istimewa untuk peminat Terengganu," kata Che Mat ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, sebahagian peminat sudah membuat tempahan daripada PBSNT semalam untuk mendapatkan tiket berkenaan yang dijangka dibuka untuk dijual secara runcit bermula pukul 9 pagi ini di pejabat PBSNT di Kuala Terengganu.

"Walaupun esok (hari ini) cuti sempena Deepavali, namun pejabat kita akan terus dibuka untuk membolehkan peminat membeli tiket yang dihadkan 10 keping sahaja setiap seorang," katanya.

Che Mat menambah, pihaknya turut memperuntukkan 500 keping tiket untuk setiap pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya tiket tersebut dapat dibahagikan sama rata untuk semua peminat bola sepak negeri itu

"Setakat ini, saya telah menerima bayaran daripada DUN Tepoh dan kemungkinan dalam masa terdekat wakil pejabat DUN lain akan turut membuat perkara sama," katanya.

Che Mat berkata, beliau dan seluruh peminat bola sepak Terengganu sangat berterima kasih kepada Menteri Besar dengan pemberian subsidi tersebut dan berharap ia juga akan menaikkan semangat skuad Penyu.

Terengganu kembali beraksi di pentas final Piala Malaysia buat kali pertama sejak edisi 2001 yang menyaksikan jaguh Pantai Timur itu muncul juara.

- KOSMO!


Dan perkara ini juga diikuti oleh Kerajaan Negeri Negeri Sembilan apabila Menteri Besar dan juga Presiden PBNS mengumumkan subsidi sebanyak 20 ringgit jadi penonton hanya membayar 30 ringgit harga tiket berkenaan. Keratan dari Bernama

SEREMBAN, Oct 26 (Bernama) -- The Negeri Sembilan Football Association (NSFA) will reduce the price of tickets allotted to it for the final of the Malaysia Cup at Shah Alam Stadium on Saturday from RM50 to RM30.

Its president Datuk Seri Mohamad Hasan said the decision was arrived at a meeting of the NSFA tonight after his appeal to the Football Association of Malaysia (FAM) to review the price of the ticket was rejected.

"Loyal Negeri Sembilan supporters can get the tickets at RM30 each from 10am tomorrow at Tuanku Abdul Rahman Stadium, Paroi," he told a press conference, here.

Mohamad, who is also Negeri Sembilan Menteri Besar, said NSFA would cover the balance of RM20 through the net income of the final match from FAM and would not use a single sen of the state government's fund.

"This means we have to sacrifice the income, and are also forced to come up with our own funds, to pay back the balance of the price of the ticket to FAM," he said.

With this decision, he asked fans to buy the tickets to the match and fuel the spirit of the Negeri Sembilan players at the final match, this Saturday.

-- BERNAMA


Tahniah kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan kerana prihatin kepada masalah ini.

P/S: Harga tiket tak setaraf dengan padang.....

0 ulasan:

Catat Ulasan