KUALA LUMPUR: Bukit Aman menahan seorang pelajar kolej swasta di
Taman Maluri, Cheras pada jam 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan
berhubung perbuatan menghina gambar pemimpin negara pada malam sambutan
Kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.
Pelajar terbabit yang berusia 19 tahun ditahan di kolejnya sejurus
tiba dari kampungnya di Batu Pahat, Johor dengan diiringi ibu bapanya.
Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua
Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7)
Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Md Hassan.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan
lanjut.
Turut dibawa bersama suspek, dua rakan sekuliahnya yang merakamkan
perbuatan melampau suspek pada malam kejadian.
Abd Jalil berkata, polis turut memeriksa unit kondominium yang
disewa suspek di Cheras bagi mencari bahan bukti berkaitan.
Suspek adalah pelajar jurusan multimedia kreatif sebuah kolej di
Taman Maluri.
Kesalahan menunjukkan punggung pada gambar pemimpin negara yang
dianggap sebagai satu penghinaan dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta
Hasutan.
Pelajar terbabit dipercayai melarikan diri ke kampungnya di Batu
Pahat selepas menyedari diburu polis.
Bagaimanapun, atas desakan ibu bapanya, suspek menyerah diri pada
kira-kira jam 11 pagi sebelum ditahan sejam kemudian.
P/S: Tu la sapa suh jadi sakai sangat pandai buat pandai tanggung la...
ASSALAM, KECIK2 TAK MAU MAMPUS DAH BESAR MALUKAN MAK BAPAK
BalasPadamP lah minta tolong kat anuar..,..otak letak kat lutut tu jd bodoh
BalasPadamtau pulak takut~... pukimak punye budak mentah~!!... skang pak nuar ko ada nk bantu ko???... si nuar bahlol tu plak dh elok sgt laa kepimpinan ko tu, mengajar budak2 generasi akn dtg cara begini??!!!
BalasPadamhampeh ko mat.. Kasi malu batu pahat je.. Thuiiii....
BalasPadamSekali budak batu pahat daaa.... Klu aku jumpa ko kat batu pahat siap ko bikin malu org Johor je.
BalasPadam