Malaysia dah berusia 55 tahun? Betulka? Kalau dibanding dengan negara
seperti Amerika Syarikat, Malaysia sebenarnya masih muda..namun
kematangan kepimpinan negara memastikan Malaysia tetap aman, makmur dan
sejahtera..meskipun 'tercalar' sedikit pada tahun 1969.
Sejak itu keamanan dan perpaduan ada prioriti kepimpinan negara supaya
Malaysia tidak menjadi 'mangsa' manipulasi dan eksploitasi negara-negara
yang berkuasa seperti Amerika Syarikat dan juga Britain.
Apapun kebelakangan ini, keamanan dan perpaduan negara seolah-olah
dicabar oleh segelintir manusia dan parti politik demi kepentingan
survival politik mereka. Isu-isu sensitif kembali diperkatakan, fitnah
dan tohmahan menjadi 'senjata' utama untuk memburukkan nama-nama
pemimpin..samada dalam negara dan luar negara..segelintir 'budak-budak'
terpelajar tetapi bodoh menjadi alat mempropagandakan hasrat dan
matlamat orang-orang yang hanya mementingkan kuasa politik. Terbaru ada
lagi 'budak-budak bodoh' terjerumus dalam permainan politik kotor
..sayang sekali..
Betulkah kita Merdeka? Kalau kita merdeka 55 tahun kenapa masih belum
matang berfikir dan berpolitik? Kalau seorang manusia berusia 55
tahun..memang dah banyak pengalaman..dan dah sedia nak berpencen
(sebelum umur berpencen dilanjutkan ke 60 tahun). Merdekakah pemikiran
orang Malaysia nie? Merdeka ertinya bebas..bebas dari penjajahan secara
fizikal..tapi secara mentalnya..adakah kita bebas? Kalau bebas sekali
pun tidak bererti kita bebas melakukan apa sahaja..termasuk melanggar
undang-undang negara? Betul ka kita bebas dari penjajahan? Kalau tengok
'aksi' terbaru..kita sebenarnya masih dijajah..iaitu pemikiran kita
masih dijajah oleh budaya barat. Kita nak tunjukkan ketidakpuashan hati
dengan 'demonstrasi'...ada yang tunjuk 'hero' ..dengan sekeping
gambar..tapi tunjuk 'malu' pulak bila kena gambar semasa ditangkap
polis..
Merdekakah kita? Ada sebilangan warganegara yang masih tak Merdeka dari
segi pemikiran..kerana masih ada yang persoalkan 'orang Sarawak' dah
majukah belum? Kalau nak kata buku-buku sejarah tak betul..yang
menulisnya dikatakan 'pakar-pakar' sejarahwan negara..kalau nak kata
tidak berpelajaran..tidak ada orang Malaysia 'buta huruf' sejak tahun
1970an lagi..kalau nak kata tidak berpengetahuan..sekarang ini zaman
IT..maklumat boleh diakses dimana-mana dan bila-bila sahaja... SUMBER
P/S: Adakah benar kita sudah Merdeka??
0 ulasan:
Catat Ulasan