Malah bukan sahaja periuk nasi peniaga terganggu tetapi juga privasi dan masa berharga rakyat untuk keluar beriadah pada hari berkenaan turut terjejas.
Bayangkan masa berharga anda untuk bersama keluarga berjalan-jalan pada hari berkenaan diganggu oleh
sekumpulan orang yang sibuk berdemo tanpa mengetahui niat sebenar perhimpunan tersebut diadakan.
Sehubungan itu pihak peniaga telah membuat bantahan didepan rumah Ambiga dengan mendirikan kedai burger dan memberikannya secara percuma simbolik kepada kerugian yang dialami
Kemudian dikuti pulak oleh senaman punggung oleh bekas tentera yang tidak berpuas hati dengan Ambiga selaku Pengerusi Bersih 3.0
Adakah ambiga semakin tertekan apabila privasinya diceroboh?
Kemudian yang akan datang
Perkhemahan Rakyat Depan Rumah Ambiga 26 Mei
Satu perkhemahan rakyat akan diadakan pada 26 Mei di hadapan rumah Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara sebagai tanda bantahan terhadap keganasan yang berlaku sewaktu perhimpunan haram tersebut berlangsung tempohari.
Menurut jurucakap penganjur yang hanya mahu dikenali sebagai Zaman, perkhemahan itu akan diadakan mulai pukul 9 pagi di atas jalan raya di hadapan rumah pemimpin itu melibatkan sebanyak 100 buah khemah.
‘’Perkhemahan ini akan disertai oleh mereka yang terjejas pendapatan akibat rusuhan Bersih 3.0 seperti peniaga, pemandu teksi dan mereka yang tinggal berhampiran Dataran Merdeka.
‘’Kami juga ingin menjemput semua rakyat yang cintakan keamanan untuk hadir bagi memberikan mesej yang jelas kepada Ambiga tentang rasa tidak puashati rakyat kepada beliau’’ katanya.
Menurut Zaman, pihaknya yakin perkhemahan itu tidak akan diganggu oleh polis dan pihak berkuasa tempatan kerana ia adalah perhimpunan aman.
Adakah Ambiga semakin tertekan???
P/S: Rasakan akibatnya apabila privasi dan periuk nasi orang lain diganggu. OccupyAmbiga#
0 ulasan:
Catat Ulasan