Ahad, 6 Mei 2012

Wajib Baca !!! Pudin over suruh orang sumpah sedangkan bos dia sendiri pun takut nak sumpah



Wah dah pandai dah main sumpah-sumpah apa kata kita suh bos dia sumpah dulu.Bukti dah depan mata apa pudin ni nak lagi




PASIR MAS - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar.

Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan.

Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu.




PUTRAJAYA – “Saya yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya, bukan seperti dakwaan dalam sebuah blog,” kata Abd Aziz Mohd Yusof, 53.
Pemandu di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu menganggotai Umno 30 tahun lalu dan memegang jawatan di cawangan berkenaan dua penggal dalam tempoh 10 tahun itu.

Abd Aziz yang sama nama dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tampil menafikan tuduhan­ di blog bahawa Pengerusi SPR itu memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya.

Beliau terkejut ia dijadikan isu oleh pembangkang, sedangkan ia tidak benar.
“Ini permainan biasa pembangkang yang cuba menjatuhkan imej Umno dan mengelirukan rakyat.
“Saya menasihatkan mereka (yang terlibat) hentikan fitnah ini,” katanya.
Anak kelahiran Pedas, Negeri Sembilan ini berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan sejak 1979

P/S: Apa lagi bukti mau dah terang lagi bersuluh kalau nak sumpah suruh Bos hang sumpah dulu

0 ulasan:

Catat Ulasan