Jumaat, 25 Mei 2012

Wajib Baca !!! Kronologi Muzakarah PAS kejap nak kejap tak nak (macam biskut lak)


Sikap acuh tak acuh dan pelbagai pendirian ahli majlis tertinggi PAS membuatkan muzakarah PAS dengan UMNO sukar untuk direalisasikan.

Pada 16 Mei yang lalu Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat berkata pintu muzakarah PAS sentiasa terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO.Beliau juga bersetuju untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO bagi menyelesaikan pelbagai isu.

Walau bagaimana pun.

Pada 23 Mei terdapat tentangan dari Presiden dan juga beberapa ahli tertinggi PAS dengan menegaskan ini adalah keputusan beliau dan tidak ada kena mengena dengan orang lain.Beliau bertegas dengan keputusan beliau untuk bermuzakarah dengan UMNO.Beliau juga meletakkan kan syarat jika ingin bermuzakarah perlu la bermuzakarah bersama DAP dan juga PKR.

Dan pengakhiranya

Mursyidul Am PAS akur dengan keputusan Presiden dan juga ahli majlis tertinggi dan membatalkan hasrat untuk bermuzakarah dengan UMNO kerana wujud terlalu banyak pandangan yang bercanggah.

Hasilnya

Sikap flip-flop Musrsyidul Am yang tidak tegas dalam membuat keputusan yang tegas memgambarkan sikap lemah Mursyidul Am terbabit. Gagal menetapkan pendirian dan sikap acuh tak acuh dalam isu muzakarah membuatkan ramai yang melihat isu ini sebagai mainan politik PAS semata-mata dalam meraih undi.

P/S: Kalau betul nak muzakarah tak payah banyak songeh..

0 ulasan:

Catat Ulasan