Sabtu, 10 September 2011

Caj 6 peratus syarikat telekomuniskasi


Minggu lepas pembangkang dengan bersorak gembiranya mempolitik kenaikan caj perkhidmatan syarikat telekomunikasi sebanyak 6 peratus. Keputusan syarikat telekomunikasi ini mendapat pelbagai respon daripada masyarakat khususnya golongan pelajar dan berpendapatan rendah. Isu ini di manfaatkan sepenuhnya oleh pihak Pakatan dengan mengatakan caj 6 peratus itu adalah caj perkhidmatan untuk kerajaan.

Tetapi hakikat sebenarnya sebelum kenaikan caj perkhidmatan ini memang sudah ada caj ini pada kadar 5 peratus tetapi telah diserap nilai ini oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi selepas kenaikan 1 peratus caj perkhidmatan, syarikat telekomunikasi bertindak dengan mengeluarkan caj ini dan ia perlu dibayar oleh pengguna.

Sehubungan dengan perkara ini, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula pelaksanaannya kerana ia jelas sekali menjejaskan rakyat yang rata-ratanya yang berpendapatan rendah. Ia sekaligus melanggar prinsip 1malaysia iaitu rakyat didahulukan.

Dengan penjelasan oleh YAB Perdana Menteri jelas ia bukan keputusan kerajaan untuk mengenakan caj tersebut kepada rakyat tetapi ia adalah sikap syarikat telekomunikasi yang dengan sewenang mengenakan caj tersebut tanpa memikirkan pengguna terlebih dahulu

Selaras dengan suara rakyat yang tidak bersetuju dengan caj dikenakan diharap kabinet menolak cadangan syarikat telekomunikasi ini

P/S: Caj dengan suka-suka hati tetapi perkhidmatan kadang-kadang teruk banyak caj tersembunyi dan macam caj lagi. Harap syarikat telekomunikasi fikirkan pengguna dulu jangan pentingkan diri sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan