Ahad, 11 September 2011

Apa itu komunis dan siapa penciptanya?


Mat Sabu dan ada sesetengah penyokongnya yang begitu taksub dengan Mat Indera iaitu pengganas komunis yang mengetuai serangan ke atas balai polis bukit kepong.Mat Sabu dan penyokong-penyokong beliau lupa siapa pencipta ideologi komunis yang begitu dibangga-banggakan sambil menuduh UMNO sebagai tali barut British.

Siapa pencipta ideologi Komunisme?

Karl Marx

Karl Marx merupakan seorang ahli falsafah dari German yang tinggal di England. Dibawah merupakan sedikit sejarah tentang Karl Marx.

In the 1840s, a German philosopher and sociologist named Karl Marx (1818–1883), who was living in England after fleeing the authorities in the German states, where he was considered a political threat, began publishing books in which he outlined his theories for a variety of communism now known as Marxism. Marx was financially aided and supported by another German émigré, Friedrich Engels (1820–1895), who like Marx had fled from the German authorities in 1849.Marx and Engels took on many influences from earlier philosophers; politically, they were influenced by Maximilien Robespierre and several other radical figures of the French Revolution, whilst economically they were influenced by David Ricardo and philosophically they were influenced by Hegel.

Marx stated that "the history of all hitherto existing society is the history of class struggles," something that he believed was happening between the bourgeoisie who then controlled society and the proletariat (the working class masses) who toiled to produce everything but whom had no political control. He purported the idea that human society moved through a series of progressive stages, from primitive communism through to slavery, feudalism and then capitalism, and that this in turn would be replaced by communism - for Marx therefore, communism was seen as inevitable, as well as desirable.

Marx founded the Communist Correspondence Committee in 1846 through which the various communists, socialists and other leftists across Europe could keep in contact with one another in the face of political oppression. He then published The Communist Manifesto in 1848, which would prove to be one of the most influential communist texts ever written. He subsequently began work on a multi-volume epic that would examine and criticise the capitalist economy and the effect that it had upon politics, society and philosophy; the first volume of the work, which was known as Capital, was published in 1869. However, Marx and Engels were not only interested in writing about communism, they were also active in supporting revolutionary activity that would lead to the creation of communist governments across Europe. They helped to found the International Workingmen's Association, which would later become known as the First International, to unite various communists and socialists, and Marx was elected to the Association's General Council.



Friedrich Engels


Friedrich Engels merupakan seorang ahli falsafah, saintis ,ahli politk dan penulis dari tahun 1820 hingga 1895. Beliau digelar bapa Teori Marxist bersama-sama dengan Karl Marx.

Pada tahun 1848 Karl Marx dan juga Friedrich Engels wujudkan manifesto ideologi baru yang dipanggil sebagai The Communist Manifesto

The Communist Manifesto


Apa itu Komunis?

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".

Menurut Manifesto Komunis,Komunisme terdiri daripada sepuluh tiang utama:

Walaupun tiang ideologi komunis ialah penghapusan harta pusaka tetapi ada diantara negara yang mengamalkan corak pemerintahan komunis mengumpul harta pusaka untuk diri dan keluarga seperti yang berlaku di Korea Utara dan juga Cuba.

Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang berpegang kepada agama.

Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis:

  1. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)
  2. China (Republik Rakyat China)
  3. Cuba (Republik Cuba)
  4. Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao)
  5. Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)
  6. Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)
  7. Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )
  8. Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)
  9. Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)

Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:

  1. China
  2. Laos
  3. Vietnam
  4. Cuba
  5. Korea Utara

Sungguhpun begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri.

Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.

Ada beberapa buah Parti di Malaysia yang mengamalkan Sosialisme didalam corak ideologi partinya seperti Parti Sosialis Malaysia dan Democratic Action Party pula merupakan satu-satu Parti yang menyertai pertubuhan Sosialis Antarabangsa iaitu Sosialist International


Sosialist International


Dan paling menarik ada blog pembangkang yang begitu benci kepada UMNO sehinggakan sanggup menyokong komunis


P/S: Wohooo kalau benci sekali pun jangan sokong komunis laknat ni....

1 ulasan:

  1. buka kepala otak dan mata..renung dalam dalam..disebalik jahat itu terselindung yg baik..setiap penderitaan itu tersenlindung keindahan..jgn tuduh melulu jika anda tidak tahu apa yg berlaku...

    BalasPadam