Sejak dulu lagi para pejuang Parti Pembangkang sibuk membangkang pelaksanaan undang-undang akta keselamatan dalam negeri atau pun dalam bahasa inggerisnya internal security act (ISA).
Semalam saya terbaca dalam sebuah portal pro pembangkang mengenai kenyataan Anwar Ibrahim tentang pemansuhan akta tersebut tetapi ini jawapannya...
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat cukup matang untuk tidak meletakkan harapan tinggi dalam isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang mengehadkan kebebasan sivil dan politik. Ketua pembangkang berkata, beliau menjangkakan dua undang-undang menggantikan ISA sama terhad, walaupun mungkin tidak lebih ketat, daripada versi sedia ada. Anwar menambah, rakyat perlu berwaspada bilakah akta itu hendak dibatalkan dan di kalangan pimpinan Umno sendiri, ia dijangka cukup ketat dan keras "asalkan bunyinya bukan ISA". "Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan oleh Apco. "Biar rakyat menilai dengan sendiri. Kempen Pakatan batalkan ISA berkesan," katanya yang juga anggota parlimen Permatang Pauh. Anwar berkata, harus diingati bahawa ISA digunakan untuk mempertahankan ketuanan Melayu dan melindungi kedudukan Umno dalam kerajaan.Beliau berpendirian bahawa rakyat mampu menilai cadangan yang dikemukakan perdana menteri sebagai cara untuk menambat hati rakyat menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi. "Dua soalan yang perlu difikirkan bilakah ISA akan dimansuhkan? Dan apakah kedua-dua undang-undang yang menurut maklumat daripada Umno, akan sama ketat dan terhad untuk menggantikan ISA?
Dulu pembangkang begitu menentang keras pelaksanaan ISA sekarang dah dimansuhkan tetapi masih lagi berdolak dalik dengan isu yang remah terutama isu APCO YANG DAH LAPUK masih digunakan sebagai isu. Adakah pemansuhan akta ini pembangkang hilang isu untuk digunakan pada PRU yang akan datang.
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berani mengumumkan pemansuhan ISA pada Jumaat lepas sebagai hadiah kepada rakyat sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu. Walaupun ISA merupakan akta dan aset terpenting untuk keselamatan negara tetapi Datuk Seri Najib berani membuat keputusan yang kadang kala diluar jangkauan kita. Ia merupakan satu langkah berani Perdana Menteri dalam membuat keputusan.
Apa pun rakyat sendiri tahu menilai siapa pemimpin yang haq dan seiapa pemimpin yang bathil. Jelas dan nyata isu-isu semasa yang ditangani pemimpin akan dinilai oleh rakyat kerana RAKYAT TAHU SIAPA YANG LAYAK MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA.
P/S: Bak kata orang putih "Becareful on What u Wish For" PR dah telan ludah sendiri hehehe
0 ulasan:
Catat Ulasan