Jumaat, 25 Mac 2011

Peristiwa-peristiwa penting Barisan Nasional Part 1 - Kemerdekaan

Barisan Nasional sudah memerintah kerajaan Malaysia selama 54 tahun. Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting dalam catatan sejarah Barisan Nasional dari tahun 1946 hingga 1957

1946: British menubuhkan Malayan Union. (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malays National Organisation) ditubuhkan dengan ketuai oleh Dato Onn Jaafar dan pada 11hb Mei, MIC (Malaysian Indian Congress) ditubuhkan.

1948: Malayan Union telah dimansuhkan dan persekutuan tanah melayu ditubuhkan.Darurat diisytiharkan unutk menentang Parti komunis Malaya.

1949: Penubuhan MCA (Malaysian Chinese Associate) ditubuhkan.

1952: Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. UMNO, MCA dan MIC menubuhkan satu pakatan dikenali sebagai Perikatan untuk pertandingan Pilihan Raya seterusnya.

1953: Penubuhan PPP (Parti Progresif Rakyat).

1955: Pilihan Raya Umum pertama untuk Majlis Perikatan memenangi 50 daripada 52 kerusi. Tunku Abdul Rahman menjadi Menteri Besar pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Perundingan Baling antara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng Setiausaha Parti Komunis Malaya bermula di Kedah.

1956: Perundingan kemerdekaan diadakan di London diketuai Tunku Abdul Rahman.

1957: Tunku Abdul Rahman mengumukan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Melaka. Pengumuman tersebut membawa kepada pengunduran Union Jack pada 30hb Ogos dan hari berikutnya, Tunku Abdul Rahman secara rasminya mengumkan kemerdekaan Malaya di Majlis yang disaksikan oleh ribuan rakyat Malaya di Stadium Merdeka.

Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah didaftarkan secara rasmi.

0 ulasan:

Catat Ulasan