Pihak pembangkang banyak memainkan isu revolusi yang tercetus di Mesir dan di Libya atas alasan menjatuhkan kerajaan yang zalim dan yang kuat menindas.
Persoalan utamanya ialah adakah kerajaan sekarang yang memerintah Malaysia sekarang adalah zalim?Apakah minyak naik sebanyak 20 sen boleh dikategorikan sebagai zalim?Adakah kerajaan sekarang 'kafir' kerana tidak mengikut undang-undang islam?
Pernah kah mereka yang mencaci, mengutuk dan mengelar kerajaan zalim memdalami apa yang dihadapi oleh kerajaan sendiri. Billion ringgit telah digunakan untuk subsidi minyak unutk kegunaan rakyat walau hakikatnya duit sebanyak itu boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur yang lain. Jangan hanya tahu merungut kerana setiap bebanan yang ditanggung adalah ciptaan kita sendiri.
Revolusi menjatuhkan kerajaan adalah perkara yang paling kuat dicanangkan oleh anak-anak muda dalam pembangkang. Sebenarnya mereka tidak sedar revolusi hanya merosakkan negara bukan membaik pulih negara.Adakah denga tercetusnya revolusi minyak akan turun sehingga 0.50 sen seliter? Adakah rakyat akan bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing?Adakah agama islam dapat dikekalkan menjadi agama rasmi?Adakah institusi beraja masih dapat dikekalkan?
Ingatlah wahai golongan muda. jangan kita tersilap langkah sesal kemudian tidak berguna lagi.
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan