Selasa, 22 Mac 2011

Kenapa takut kalau tidak bersalah

Rabu 23hb Mac 2011 tarikh mungkin yang akan membuat pemimpin pakatan tertinggi pakatan rakyat panas punggung.Pada tarikh ini juga keputusan mahkamah akan menentukan pemberian DNA oleh pemimpin tertinggi pakatan rakyat atau masih dengan sikap dolak dalihnya lagi.

Kes yang sudah berpanjangan yang tiada kesudahan membuat rakyat sudah bosan dengan drama yang dilakon oleh pemimpin pakatan rakyat ini.Lakonan demi lakonan untuk meraih simpati dengan menganggap beliau teraniaya mungkin sudah basi.Rakyat mungkin sudah muak dan jelak dengan perkataan reformasi yang pernah bermegah ketika semarak perasaan itu ketika tahun 1998.

Jadi kepada perlu takut untuk menyerahkan DNA bagi menyelesaikan kes yang sudah begitu lama.Semakin hari perjuangan yang dulunya dilihat sebagai menuntut keadilan sudah tidak lagi relevan. Perjuangan menuntut keadilan hanya retorik semata-mata.Perjuangan ini hanya untuk dirinya sendiri dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Sekarang rakyat sudah pandai menilai berdasarkan kekalahan teruk Pakatan Rakyat pada beberapa PRK lalu. Syabas kepada rakyat yang bijak memilih dan kepada yang masih diambang mimpi sedarlah dan bangkit dari lamunan.

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan