Baru-baru ini heboh di perkatakan di blog-blog tak kira di pihak mana pun tentang gambar seorang pemimpin UMNO bahagian . Adakah gambar ini hanya sekadar 'Superimpose' atau sememangnya hakikat.
Pemimpin adalah corak pemerintahan negara pada masa hadapan. Mereka adalah generasi pelapis bagi memimpin negara ini di masa hadapan. Jika perkara ini ternyata palsu, diharap pihak berkenaan hendaklah membuat laporan polis tetapi jika perkara ini benar,hanya pengakuan ikhlas dan permohonan maaf atas salah laku yang telah dilakukan.
Pemimpin adalah sama seperti artis.Mereka adalah 'public figure' dan amat dikenali oleh masyarakat setempat.Mereka juga adalah medium untuk rakyat menyatakan permasalahan dan juga menjadi contoh bagi masyarakat setempat. Masyarakat tidak mahu pemimpin bermasalah seperti terbabit dalam gejala tidak bermoral menjadi wakil mereka walaupun mereka mempunyai reputasi kerja yang agak bagus.
Jadi kepada pemimpin berkenaan sila tampil membuat penjelasan agar perkara ini lebih jelas dan tidak diperkotak-katik kan oleh pihak pembangkang dan menjadikannya sebagai isu bagi memburukkan kepimpinan yang sedia ada.
Pejuang Bangsa 57,
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan