KRISIS PERUBAHAN IKLIM
Antara polisi yang terdapat dalam Buku Jingga ialah mengenai menangani krisis perubahan iklim,
Di sini kami menerangkan jawapan kepada polisi tersebut:
1)Membudayakan amaln kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
Jawapan: Kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat sudah boleh melaksanakan perkara ini melalui Akta Kerajaan tempatan melalui PBT dengan menutup semua landfill dan digantikan dengan teknologi terkini iaitu Refuse Drive Fuel yang bukan sahaja mengitar semual sampah, malahan sampah yang tidak boleh dikitar semula dijadikan bahan api untuk penjaan kuasa. Kebanyakkan state GLC memiliki landfill ini dan mereka membuat bertan duit daripadanya.
2)Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
Jawapan: Lihat sendiri kepada apa yang terjadi kepada negeri Kedah dan Kelantan. PAS menjadikan menjadikan pembalakan hasil utama kerajaan negeri
3)Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada sumber tenaga alternatif.
Jawapan: Setakat ini belum ada sumber tenaga besar selain Fossil Fuel,Hidroelektrik dan Tenaga Nuklear.Tenaga Angin ,Solar dan Biomass mempunyai kekurangan dari segi sumber, kos dan kecekapan kepenggunaan dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini tidak berada dalam Grid Utama penggunaan tenaga untuk jangkamasa 50 tahun yang akan datang.
4)Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan bahaya.
Jawapan: Perkara ini telah lama menjadi polisi tetapi masalahnya cuma pelaksanaan, jadi macam mana Pakatan Rakyat hendak melaksanakan polisi ini sedangkan Kerajaan PAS Kelantan sendiri mengondolkan kawasan tanah tinggi Lojing.
5)Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap tenaga karbon.
Jawapan: Adakah Pakatan Rakyat Pro penggunaan nuklear kerana hanya tenaga nuklear memancarkan hampir sifar pembebasan untuk penjanaan elektrik yang merupakan sumber utama pembebasan karbon, sedangkan projek MRT yang mampu mengurangkan kadar pelepasan karbon juga dibantah.
Ini adalah jawapan bagi bagi polisi alam sekitar didalam Buku Jingga. Jadi fikir-fikirkan sebelum membuat keputusan..
0 ulasan:
Catat Ulasan