Rabu, 29 Jun 2011

Melayu Owh Melayu...!


TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA - HANG TUAH
MELAYU MUDAH LUPA - TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Benar... Melayu tak akan hilang di dunia. Melayu di Malaysia masih gah kerana kepimpinan tertinggi adalah Melayu Islam... Andai Melayu yang Islam ini tidak bersatu, berantakan, dan mendokong padu kepada pihak yang ingin memusnahkan Melayu dan menghancurkan Islam.. Melayu tetap tidak hilang dari dunia ini. Tetapi... Melayu Islam di Malaysia akan menjadi MELUKUT DI TEPI GANTANG... merempat di Tanah Warisan Melayu ini... Tak perlu melihat di kajauhan... Tetapi renungkan nasib Melayu dan Islam di negara jiran... merempat di tanahair sendiri...

Benar... Melayu memang mudah lupa... Lupa pada asal usul... Lupa pada sejarah.. Lupa pada perjuangan nenek moyang... Lupa kekuatan yang dimiliki... Lupa untuk mempertahankan hasil usaha warisan nenek moyang... Perlu kah kita lupa pada usaha nenek moyang kita ini...??? Perlukah kita gadai segalanya...??? Mahukah generasi hadapan meludah dan kencing di perkuburan kita nanti dan mempersalahkan kita jika tidak kita pertahankan apa yang telah kita miliki pada hari ini yang telah diwarisi oleh generasi lepas kepada kita...???

TEPUK DADA TANYA SELERA....!

0 ulasan:

Catat Ulasan