Apa yang istimewanya dengan Nik Aziz ini? Kadang-kadang aku hairan kenapa ramai sangat yang taksub dengannya.... Apa yang istimewanya?
Nik Aziz banyak membuat 'Fatwa' yang kadang-kadang boleh dianggap pelik..
Berikutan adalah kenyataan 'fatwa' Nik Aziz,
" Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir " - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
" Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
“ Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram. ” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
" Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
“ Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.
" Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
" Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid. " - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
" Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
" Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam. " - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
" Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang " - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
" Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
" Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
" PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
“ Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan) ”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
Inilah adalah sebahagiannya...
Bak kata Tan Sri SM Salim...Dulu Lain Sekarang Lain.
Udah2 la Nik Aziz bak kata Tun Mahathir.... dah lama dah...
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan