Pagi-pagi sebelum masuk ke pejabat atau memulakan kerja seharian kita kan bersarapan dahulu. Sesetengahnya makan di kedai mamak dan ada juga yang membeli nasi lemak di tepi jalan.Jika direnung kembali alangkah indahnya kehidupan di pagi hari.Apa yang ingin saya ceritakan bukannya pasal sarapan tapi kehidupan kita bersama-sama kaum yang lain bersarapan didalam restoran mamak dan makan makanan yang sama. Jika semua nikmat ini dirampas sekelip mata apakah akan terjadi pada kita.??
Cuba kita lihat rusuhan yang melanda negara-negara asia barat dengan satu per satu diktatornya tumbang pada kuasa rakyat.Ini membuktikan rakyat lebih berkuasa dari pemimpin kerana tanpa rakyat siapa lah pemimpin.
Sejak kebelakangan ni ada pihak cuba mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku di Mesir.Mereka menyatakan kerajaan Malaysia sudah terlalu lama berkuasa...
Tapi tunggu dulu sapa yang berkuasa sebenarnya??
Sejak merdeka kita telah enam kali bertukar pemimpin hanya parti sahaja yang kekal kerana UMNO/BN sahaja yang mampu memerintah negara majmuk ini dengan aman damai.
Bukan senang nak memerintah sebuah negara yang mempunyai bilangan kaum yang ramai.
Cuba kita lihat di negara-negara asia barat walaupun hanya berbeza puak mereka sanggup berperang dan berbunuhan sesama sendiri sedangkan jika diletakkan sebelah menyebelah dan dipakaikan pakaian yang sama kita sendiri tidak tahu mereka dari puak yang mana...
Jadi bersamalah kita pertahankan kedamaian yang kita miliki kerana ini sahaja harta warisan untuk rakyat Malaysia untuk generasi akan datang
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan