Rabu, 7 September 2011

Jalur gemilang inspirasi dari US?


Lepas satu-satu isu banyak lagi isu sejarah yang telah dispin oleh Pakatan Rompak. Salah satunya ialah Jalur Gemilang yang menjadi mercu tanda kemegahan negara kita.

Menurut portal Pro pakatan Rompak tersebut,

Come on, brader. Ini tahun 1949 dan British telah pun merancang untuk mencipta bendera Malaysia…bukan bendera Tanah Melayu. Tahun 1949, Singapura masih didalam Persekutuan Tanah Melayu,(betul ka? tolong betulkan kalau salah) tapi Sabah dan Sarawak adalah dibawah Pemerintahan British…tidak termasuk dalam Tanah Melayu.

Singapura memohon kemerdekaan dan pemerintahan sendiri daripada British pada tahun 1956 dalam satu rundingan yang diketuai oleh David Marshall. Tapi tak berjaya. Dalam ertikata lain, Singapura kekal dalam Persekutuan Tanah Melayu,dan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ia termasuk Singapura. Tapi mengapa Singapura tidak termasuk dalam bendera Malaysia? Adakah ia satu wilayah autonomi yang tidak termasuk dalam Persekutuan Tanah Melayu?

Pada pengertian aku, Singapura adalah sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu, tapi dibawah pemerintahan British. sama macam Sabah dan Sarawak. tapi aku sendiri tak yakin dengan statement ini.

Singapura, Sarawak dan Sabah bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada tahun 1963..tetapi bendera untuk Malaysia sudah dicipta pada tahun 1949!! dengan lain perkataan, Persekutuan Malaysia sudah dirancang sejak tahun 1940an. Apa yang berlaku dalam tahun 1949, atau lebih tepat lagi selepas Perang Dunia Kedua adalah pelaksanaan kepada perancangan yang dibuat dalam tahun 1937.

Pada tahun 1965, Singapura disingkir dari Malaysia dan mendapat kemerdekaan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tapi bendera Malaysia tidak berubah walaupun Singapura sudah terkeluar. Yang berubah hanya maksud bendera.

Pada Tahun 1997, Bendera Malaysia melalui proses rebranding apabila ianya dinamakan Jalur Gemilang. nombor 7 lagi!!

(Kalau hangpa keliru dengan apa yang aku tulis…sori la. Sebab aku pun kompius)


Sebenarnya fakta bendera telah dispin oleh Pakatan Kambing ini demi bagi menghembuskan sentimen membenci Jalur Gemilang supaya iaitu tidak dikibarkan pada sambutan hari kemerdekaan.

Fakta Sebenar Jalur Gemilang

Sejarah penubuhan bendera Malaysia bermula sekitar tahun 1949...waktu tu sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan terdiri dari menteri2 bagi memilih dan menentukan bendera manakah yang akan menjadi simbol negara kita...pertandingan ini telah di hadiri oleh 372 orang karyawan...dan akhirnya hanya tiga design bendera yang dipilih..

Rekabentuk yang pertama:


Rekabentuk yang kedua:


Rekabentuk yang ketiga:



dan akhirnya Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai utk menilai ketiga-tiga bendera ni melalui kelolaan akhbar Malay mail, suara ramai sepakat untuk memilih rekabentuk yang ke-3. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang arkitek kerajaan Johor, Mohamad bin Hamzah..

Pada permulaannya jalur bendera Malaysia asal ni hanya berjumlah 11 jalur kerana Sabah, Sarawak dan Singapura belum menyertai Malaysia pada ketika itu. Setelah gabungkan 14 negeri dan sedikit pembaharuan ke atas bendera ini baru lah bendera ini mempunyai 14 jalur merah dan putih.

Walaupun Singapore mengisytiharkan untuk berpisah dengan Malaysia pada tahun 1965, 14 jalur di bendera tu tetap di kekalkan dan membawa maksud keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.


Ditambah lagi dari dalam blog itu

Selalunya, bendera melambangkan identiti sesuatu bangsa atau rumpun. Cuba perhatikan bendera Jordan, Palestin, Kuwait dan Sudan. Hampir sama kerana mereka dari rumpun yang sama.

Abis macam pulak dengan bendera dari rumpun yang sama juga ni?????


Jalur Gemilang dikatakan mendapat inspirasi dari Bendera US..


Bagaimana pulak dengan bendera negara dunia ni pun mendapat inspirasi dari US juga ke?


Lagi satu bising-bising cerita pasal Jalur Gemilang bendera ni agak-agaknya inspirasinya datang dari sini ke? kehkehkeh


P/S: Cari la isu yang bernas untuk dibincang bagi pembangunan ummah bukan main sondol je....

1 ulasan: