Isnin, 18 Februari 2013

PUCHONG BANJIR DAN SESAK TERUK MB GOYANG TELUR !!!






Semua sedia maklum banjir yang melanda puchong semalam merupakan antara yang terburuk selepas kegagalan pentadbiran kerajaan negeri dalam isu pembangunan dan penyelengaraan perparitan yang tidak sempurna


Kenyataan Media GAPS

Banjir IOI Puchong bukti kelemahan pentabiran Khalid Ibrahim

Banjir yang melanda IOI puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.

Semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselengara dengan baik oleh pentadbiran Dap, Pkr dan Pas.

Walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. 


Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik Pkr, Dap dan Pas sahaja.

Air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adalah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti.


Yang benar

Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS

18 Feb 2013
Shah Alam



Malah kesesakkan teruk sejak pembangunan tidak terancang disepanjang lebuhraya LDP menyukarkan pengguna khususnya dari kawasan Puchong Perdana dan disekitarnya untuk ke Petaling Jaya dan juga Bandar Sunway.

P/S: Mohon MP Puchong dan MB Selangor cari penyelesaian jangan tau goyang telur sahaja.

1 ulasan:

  1. Assalam, Nak sangat ait free, itu lah yang Khalid bagi..hahaha

    BalasPadam