Rabu, 29 Ogos 2012

SUSPEK AMUK PUTRAJAYA BERTUKAR MENJADI POWER RANGER, TAK FAHAM AKU DENGAN MINAH NI


PUTRAJAYA – Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng ‘Power Rangers’ warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.
Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.


Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.

P/S: Tak paham aku dengan minah ni. Memang dasar pelik sungguh.

4 ulasan:

  1. Bila sudah kena penyakit 'taksub' - kena tembak pun mereka rasa macam kena gigit semut saja. Penyakit ini lah yang telah menyerang ramai umat Islam diMalaysia..penyakit ini jauh lebih merbahaya dari H1N1 dan juga kenser. Cuma yang peliknya kenapa orang Melayu sahaja yang kena..macam juga 'histeria' yang sering terjadi diasrama sekolah sekolah diseluruh Malaysia..hanya pelajar berbangsa melayu yang kena. Pelajar bangsa lain - India, Cina, serani dll tak apa apa pun.

    BalasPadam
  2. Histeria adalah rasukkan oleh makhluk halus kpd org2 yg tk kuat semangat.
    Mengapa org Melayu aje kena sbbnya amat mudah, kerana org Melayu terdiri dr mereka yg beragama Islam.
    Bangsa kafir memang setan2 tk usik kerana satu sehh (kaum).
    Org Melayu dan Islam adalah bersih, tk macam org kafir mereka kotor zahir dan batin.

    BalasPadam
  3. Saya tanya ini dengan ikhlas. Dalam perhimpunan BERSIH yang lepas lepas ribuan orang yang 'kelihatan' seperti muka orang melayu seperti dirasuk histeria menyerang dan melanyak anggota polis, merosak dan memusnahkan harta benda awam, memusnahkan kereta peronda dan membuat bermacam macam onar.. ada kah mereka ini orang orang melayu yang 'suci' zahir dan batin tapi dirasuk oleh makhluk halus? ada kah mereka bertindak sebegini sebab mereka beragama Islam?

    BalasPadam
  4. As Salam Saudara Bhar Zul, mohon berkongsi persoalan yang dikemukan oleh tuan,

    BalasPadam