Isnin, 11 Julai 2011

Duit Rakyat Selangor bakal licin?


Dalam riuh rendah Bersih ada seorang insan yang cuba membersihkan akaun rakyat Selangor seperti mana Bersihnya akaun sebuah syarikat terkemuka dulu..

Kita bandingkan subsidi air dengan subsidi gas utk Penjanaan Kuasa (bukan IPP saja, TNB pun dapat juga) berjumlah RM 19 Billion yang dispinkan dalam Buku Jingga...dari segi prinsipnya memang sama tetapi pendekatan nya cukup berbeza..

Pernahkan kita dengar Kerajaan Pusat minta Bajet utk membiayai subsidi gas?? Tidak pernah, ini kerana jumlah RM 19 Billion (kalau betul le) hanya akan memberi kesan kepada akaun Petronas, bukannya Akaun Kerajaan Msia yang juga merupakan Akaun Rakyat bermakna Petronas akan kurang hasil sebanyak RM 19 Billion tetapi Petronas sebagai Syarikat Minyak Kerajaan tetap untung seperti yang diisytiharkan tiap-tiap tahun kerana Kerajaan adalah komited untuk Petronas untung dengan mencari banyak peluang perniagaan daripada luar iaitu 60% perolehan Petronas adalah daripada luar.

Tapi apa yang terjadi di Selangor amat berbeza dari segi pendekatan, walau pun matlamat nya sama, malah lebih kepada politik daripada kebajikan rakyat,ini kerana setiap sen yang diluluskan oleh DUN adalah daripada akaun kerajaan iaitu akaun rakyat (pembayar cukai).

Sepatutnya Kerajaan Pakatan Rompak dibawah Khalid Gagap, Cross Subsidy (sama seperti Subsidi Gas oleh Petronas) dengan perolehan State GLCs ada kepentingan didalam Projek Konsesi berikut yang kesemuanya di muktamadkan semasa BN dulu iaitu:

1) Genting Sanyen Power utk Genting IPP.
2) Grand Saga utk Grand Saga Highway melalui Taliworks.
3) Syabas (air)
4) Splash (air)
5) Sg Harmoni ( air)
6) Konsesi air di Kedah & Langkawi (tariff di naikkan di Kedah).
7) Landfill oleh Worldwide
8) Konsesi Pasir Kumpulan Sementa..

No 1 -7 semua di muktamadkan semasa BN...
KLIK SINI: PERMINTAAN BAJET TAMBAHAN OLEH KERAJAAN SELANGOR

Jadi persoalan nya mana pergi hasil projek diatas, yg dianggarkan untung selepas cukai & dividen menghampiri RM 300 juta,lebih daripada apa yang diperlukan untuk subsidi air percuma.

Kepada YB2 BN di DUN Selangor, buka mata seluas-luasnya kerana ini kekuatan Kerajaan PR Selangor sekarang (Perompak Koperat)
Selaras dengan Akta Kebebasan Maklumat yang diamalkan di Selangor KLIK SINI kami menyeru supaya dokumen konsensi ini dedahkan bagi mengkaji persoalan yang timbul...

2 ulasan:

  1. SALAM BRO, NAK BANGKANG SENANG, DAH PERINTAH BARU TAHU LANGIT TINGGI KE RENDAH... NAK SOLAP BAGI HABIS MEMANG MUDAH, NAK TAMBAH PERKARA BARU YANG SUSAH, PERLU KEPAKARAN DAN PENGALAMAN...MANA PENASIHAT EKONOMI RM1.00, BETUL KATA TUN MAHATHIR, NILAI RM1.00, MAKA RM1.00 LA PENDAPATAN NEGERI SELANGOR.

    BalasPadam
  2. Tu la pasal.... alih2 rakyat selangor jugak yg teruk... Amik lagi punaisehat RM1.00... ni la jadinya...

    BalasPadam