Selasa, 30 April 2013

GEMPAR!!! PENIPUAN DAKWAT KEKAL SPR DIKATAKAN TIDAK TELUS??

Hari ini adalah hari pengundian awal bagi undi pos untuk anggota keselamatan sama ada polis atau pun tentera. Bermual hari ini juga dakwat kekal mula digunakan bagi menuntut proses pilihanraya yang lebih adil dan bersih seperti yang dicanangkan oleh pakatan haram

Tetapi setelah selesainya proses pengundian mula tersebar di ruangan maya tentang dakwat kekal yang tidak dapat mengekalkan dakwatnya seperti yang diwar-warkan SPR.


Tetapi sepandai-pandai tupai melompat pandai lagi kuda main snuker. Penipuan dakwat kekal oleh pakatan haram berjaya dibuktikan apabila cara dan dakwat yang digunakan tidak sama seperti yang digunakan petugas SPR dalam proses pilihanraya.


Malah cara yang paling mudah nak menghilangkan dakwat ini bagi memudahkan pengundi hantu untuk mengundi sehingga 2 kali ialah begini >



P/S: Kalau dah dasar penipu tu tetap penipu jugak.. Undilah Barisan Nasional #BetterNation

Ahad, 28 April 2013

MACAI MENYAMAR GUNA NAMA ARTIS BURUK KAN BN

Menggunakan Identiti orang lain dengan tujuan menyalahgunakannya adalah salah disisi undang-undang dan penyamar mungkin boleh didakwa


Pelawak Johan dalam akaun twitter menegaskan akaun twitternya yang betul ialah @JohERAJohERA dan bukan @JohanRajaLawak dan mengarahkan agar penyamarnya menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawabnya atau tindakan akan diambil.

P/S: Macai ni dah takde keje lain ker nak guna identiti orang

MANA SATU PILIHAN ANDA

Mana satu pilihan anda yang bekerja untuk rakyat atau yang 4 tahun jadi mp sibuk nak ubah2 tapi 4 tahun sekali baru nampak muka

P/S: Banner sibuk dengan slogan ubah ni sapa nak ubah sapa sebenarnya ni?

Selasa, 23 April 2013

KEPADA PENJAWAT AWAM YANG SOKONG PAKATAN HARAM SILA LIHAT VIDEO INI

Calon Pakatan Haram Parlimen P160 Johor Bahru melabelkan penjawat awam sebagai KERA?





P/S: Bekas 'KERA' terlepas memang macam ni kot Undi lah Barisan Nasional

Ahad, 21 April 2013

MACAI PAKATAN MARAH APABILA RON 97 NAIK DAN KOS PENGHANTARAN MELALUI LORI MENINGKAT?

Gua pun tak faham dengan macai ni. Ron 97 naik lori disalahkan. Dan paling gua tak tahan lori pakai Ron 97????


What the EPIC FAILL





P/S: Lori modified twin turbo double super duper charged jiran sebelah rumah gua pun pakai diesel je wakakakakaka

Jumaat, 19 April 2013

KHAS UNTUK MACAI CINCIN YANG TAK HABIS NAK SPIN PASAL CINCIN




Susah betul kalau dah ada macai tuli kat Malaysia ni. Dah terang beberapa kali tetapi tetap tuli jugak takpe dah memang jadi tanggungjawab gua melayan macai tuli ni

Pada hari penamaan calon hari adalah beberapa ekor macai menjerit rosmah cincin rosmah boros dan etc tetapi paling kuat sekali pasal cincin la sebab tu yang paling mahal

Penerangan kepada isu cincin itu KLIK SINI

Untuk macai yang malas membaca video juga ada walaupun macai tidak mempercayai video



P/S: Dari terus menyalak pasal orang lain baik gi tanya Tuan punya Spender adalah benar itu dirinya hehehehe


Khamis, 18 April 2013

GEMPAR !!! HANTU DIJUMPAI DI DALAM PERHIMPUNAN PAS


P/S: hahahaha edit punya edit kepala tertinggal ntah mana 

EKSKLUSIF !!! POLITIK YANG BERLAKU HANYA BERLAKU DI MALAYSIA SAHAJA




Perkara ini hanya berlaku di Malaysia sahaja gua cilok dari komen blog dan fb


Alahai cai2 pakatan, video anuar dah disahkan pakar tulen, video mustapa pulak dah keluar, senang aje hidup mereka, semua fitnah umno , senangnya hidup, tak mahu bertanggungjawab,asyik nak salahkan orang lain, nak pertahankan diri sendiri puntak aada alasan, tanya jam omega marah, alahai dasar penipu.

Kalau gambar superimpose tian chua masam budak 10 tahun, cai2 boleh percaya, video hd tak percaya, suoperimposelah, cakap macam tak da ilmu dan logik, Senangnya superimpose2. steven speilbergpun tak mampu nak buat video macam anuar dan mustafa, cuba tengok cerita avatar belanja beratus juta nak buat animasi alien rupa macam manusia, sekali tengok macam real, dua kali tengok memang animasi, Jadi nak buat video tu, steven speilbeng james cameron kena belajar denganorang malaysia,
Nak tiru cara anuar dan mustapa berjalan,cara mereka bercakap, suara, hu rumit susah nak buat, kos jangan cakap. Memang tak boleh nak buat kalau yang mampu tu macam johari bedul cuba buat. Macam kartun habis, siap buat press conference.tu yang cai2 percaya
. Cai2 kalau dah cai.

anuar dah buat report polis, Azmin dan mustapa sampai la ni tak buat takut disahkan tulin macam Anwar, tunggu lawyer katanya.
Hanya di Malaysia pemimpin dan penyokongmacam cai2 . Tempat lain tak da. Kalau di Jepun menteri kawangan kalau silap sikit dah letak jawatan, tak tunggu setahun dalam berapa bulan aje pegang jawatan, Tapi rakyat Jepun IQ tinggi. Anwar kalau di Jepun tentu dah lama kena baling selipar jepun sebab memang tak pandaiekonomi dan tu bukan bidang dia, itu kenyataan tapi cai2 tak kisah macam malaysia ni company bapak dia, nak terlingkup ke apa ke, tak pa, Itu pemikiran rakyat Malaysia

Itu bab ekonomi belum masuk lagi hal moral . Pemikiran orang Maalysia memang ketinggalan, pemimpinnya ada bukti video berzina pemimpin boleh buat bebal dan tak tahu malu dan penyokongbuta tuli masih menyokong. Hanya di Malaysia. Tak da ditempat lain manusia sebegini

Video besilah tu lah,
Tapi kalau gambar tian chua depa percaya, akuan bersunpah Bala RM10 pundia orangpercaya.
bill Clinton tak da gambar punboleh letak jawatan tak da video pun,mereka bukan islam tapi ada prinsip untuk bertanggung jawab, Tapi kat Malaysia, senang aje kalau salah, semua salah Umno . sikit2 salah Umno, nanti kat akhirat jawablah semuanya salah Umno , Jangan Umno satu dunia pun tak boleh tolong. Kesimpulannya hanya pemimpin sebegini yang ada di Malaysia dan menyedihkan ada ramai penyokongnya yang pemikirannya Tak rasional , banyak sentimen, tak berfikir . 

P/S: Only in Malaysia semua salah UMNO hahahhaha 

Sabtu, 6 April 2013

LIVE !!! PENDEDAHAN #ManifestoBN AKUJANJI RAKYAT DIDAHULUKAN !!! #PRU13 #GE13



21 CIRI-CIRI UTAMA:

1 - BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

2 - 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

3 - Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

4 - Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

5 - Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. 

Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

6 - Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. 

Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

7 - BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. 

Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

8 - Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

9 - Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

10 - Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

11 - 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

12 - Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

13 - Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

14 - Membina Lebuh raya Pan Borneo.

15 - Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

16 -Sekolah satu sesi diperluaskan.

17 -Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

18 - Transformasi sekolah vokasional.

19 - 4,000 anggota Polis setiap tahun.

20 - Penggunaan SafeCam.

21 - Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.


Selasa, 2 April 2013

Pembubaran DUN Melaka Sebentar Tadi !!!



PRU13


Hari ini YAB PM DS Mohd Najib telah membuat pengumuman pembubaran Parlimen pagi tadi pada jam 11.35 pagi.

Seiring dengan pembubaran Parlimen, Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka turut dibubarkan selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani watikah pembubaran jam 1 tengah hari tadi.

Sementara itu, Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamad pula memberitahu, pihaknya akan memaklumkan mengenai pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri selepas mesyuarat Exco terakhir petang ini. - feldavoice.com


PAS akui perlukan lebih banyak masa untuk selesaikan masalah-masalah di Kelantan


PAS akui perlukan lebih banyak masa untuk selesaikan masalah-masalah di Kelantan
Pihak-pihak berkuasa di Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah mengakui bahawa walaupun telah memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama 22 tahun, mereka masih perlukan lebih banyak masa untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum PRU12 yang lepas.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal.
“Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama,” ujar beliau.
“Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang melanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan.”
Pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah dikecam hebat kebelakangan ini kerana pembangunan Kelantan yang perlahan jika dibandingkan negeri-negeri lain, dalam kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial.
Menyentuh tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum yang akan datang, Amar mendakwa mereka akan tunggu dan lihat apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum mengeluarkan manifesto mereka.
Sementara itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan baru di Kelantan.
Pada bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara.
“Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat,” kata Muhyuddin.
“Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat.”
Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.
Diterjemahkan dari The Choice.
P/S: Err nak 22 tahun lagi ker baru boleh selesai?????

Negeri Perak Akan Bubar DUN - MB Sedia Menghadap Pemangku Sultan !



Berikutan pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir dijangka menghadap Pemangku Sultan Perak, DYMM Raja Dr Nazrin Shah jam 2.30 petang ini.

Ia akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memohon perkenaan membubarkan Dun.

Dun akan terbubar secara automatik pada 25 April ini jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.