Jumaat, 30 Mac 2012
Panas !!! Imam baling kasut tipu Islam kan banduan
Jabatan Penjara hari ini menafikan bahawa imam Hoslan Husin - yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah panel hakim - berjaya mengislamkan dua banduan lain seperti didakwa isterinya semalam.
Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim berkata, salah seorang yang dilapor diislamkan sudah memeluk agama itu pada 2009.
"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh jabatan agama Islam dalam masa terdekat," katanya.
Jabatan itu juga menegaskan hanya pegawai atau pembantu pegawai agama yang dibenarkan menjadi imam di surau dan menganjurkan program keagamaan dan bukannya banduan.
"Kemungkinan penama di atas (Hoslan) hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari," kata Supri.
"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka."
P/S: Pasal pengislaman orang pun nak menipu apa nak jadi puak-puak ni
Rabu, 28 Mac 2012
Wajib Baca !!! Fuziah thoron patut baca ni pakar kata dia boleh simpan Thorium dalam rumah lagi
Seorang pakar dari Kuantan Thorium 232 tidak berbahaya malah malah dia juga berkata jika ada orang bagi Thorium ini padanya dia akan simpan didalam rumahnya
By Datuk Dr Looi Hoong Wah, Kuantan, Pahang
I JUST cannot understand what the big fuss is all about with regard to radioactivity exposure around the Lynas rare earth plant.
Thorium-232 is the only radioactive element associated with rare earth mining and it is regarded as the future green nuclear fuel.
It is present in rocks everywhere and even in its purest form, it radiates only alpha particles.
Alpha particles, which consist of two protons and two neutrons, are nothing more than helium atoms without their electrons.
These alpha particles cannot travel more than a few centimetres and cannot penetrate the human skin.
As such, you can hold a lump of pure thorium-232 in your rubber-gloved hands without any danger.
Thorium-232 does not produce dangerous gamma rays, which have high ionising energy, high frequency and short electromagnetic wavelength. These can pass though the human body and cause radiation damage.
To be frank, I would not mind keeping a few hundred kilogrammes of pure thorium-232 in my house if someone were kind enough to give me such a valuable substance.
In other words, the fear of radioactivity danger from the rare earth processing plant is unfounded and exaggerated.
What we need to worry about is the chemical toxic waste that such plants produce.
But, unfortunately, all industrial plants produce toxic waste and the only way to avoid producing these waste will be for us to remain a poor agricultural country.
P/S: Agak-agak Fuziah Toron berani tak simpan dalam rumah dia hehehe
Panas !!! Mangsa kekejaman penyokong yahudi zionis didedahkan
Ahad lepas seluruh Tanah Melayu dikejutkan dengan insiden yang berlaku di Stadium Kuala Selangor.
Di Karnival Terima Kasih Rakyat anjuran kerajaan negeri Selangor, 30 orang anak muda dari NGO Belia Wawasan telah menunjukkan protes dan bantahan ketika Lim Kit Siang Malam berucap.
Kumpulan anak muda berkenaan diketuai oleh presiden mereka sendiri Saudara Aemierulrizaki, 32 tahun. Seorang suami dan juga ayah.
Berikut adalah kecederaan yang di alami oleh saudara Aemierulrizaki selepas di belasah oleh protege-protege yahudi zionis
P/S: Tolak Pakatan haram di Selangor
Selasa, 27 Mac 2012
Wajib Baca !!! Ada apa dengan bangsa - Nik Aziz
Pagi PB ada terbaca satu artikel yang mengatakan Nik Aziz kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.
KOTA BHARU-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.
Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain.
“Seolah-olah pendekatan ini telah masuk menyerap dalam masyarakat orang Islam, setiap bangsa mengejarkan kehormatan masing-masing dan menyebabkan orang lupa tentang Palestin, “katanya kepada pemberita selepas menyambut kunjungan konvoi Superbike Pantai Timur di kediamannya di Pulau Melaka, kelmarin.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim.
Konvoi tersebut didakan untuk mempromosikan perarakan keamanan yang dianjurkan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah , Amerika Syarikat untuk bergerak ke Palestin dan negara-negara jiran seperti Mesir dan Jordan.
Kemuncaknya adalah perhimpunan aman besar-besaran pada 30 Mac serentak dengan perarakan di Amman dengan 131 superbikes akan membawa bendera Palestin dan berkumpul di replika Baitulmaqdis.
Sambil menyokong perarakan tersebut, Nik Aziz berkata, Pas akan terus mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan dan sama sekali tidak akan terikut-ikut dengan pihak lain yang lebih mementingkan bangsa dari Islam.
“Perkara yang tidak betul yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri. Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” katanya.SH
Ulasan PB
1. Tiada istilah bangsa yahudi. Yahudi itu adalah agama dan asal usul bangsanya berasal dari Bani Israel.
2. Nabi Muhammad SAW sendiri berasal dari keturunan suku kaum Arab Quraisy.
3. Palestin ialah nama bagi sebuah bangsa yang tergolong dari keturunan Arab.
Tak dinafikan agama Islam yang merupakan agama suci perlu dititik beratkan tetapi bangsa juga memainkan peranan penting sama seperti aur dengan tebing dimana kedua-duanya saling berkaitan
Ini terbukti dengan wujudnya Empayar Kerajaan Islam yang diwarisi dari suku dan keturunan mereka.
1 Empayar Uthamaniyah
2 Empayar Mogul
3 Kerajaan Bani Umayyah
4 Kerajaan Bani Abbasiyah
5 Khilafah Fatimiyyah
6 Khilafah Mamluk
7 Khilafah Cordoba Umayyah
P/S: Berjuang demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA
Lawak Pagi !!! When Mahfuz Omar speaking London
Wajib Baca !!! Demi mengelakkan harga minyak naik kerajaan tambah subsidi
PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Katanya kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.
"Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.
"Ini kerana bila kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan minyak, maka pengguna yang akan menerima bebanan tersebut," katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian.
Beliau berkata setakat ini beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak masing-masing ekoran harga bahan api yang melambung.
Semalam dilaporkan harga minyak diniagakan di bawah paras AS$125 setong berikutan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan di zon Euro selain sesetengah negara memberhentikan pembelian dari Iran bagi mengelakkkan sekatan pihak Barat.
Pada sidang media itu Ismail Sabri turut mengumumkan program Anugerah Kedai Harga Patut kini dikenali sebagai Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia yang turut disertai penambahbaikan termasuk pencalonan oleh pengguna.
Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu barangan pengguna, makanan, ketrampilan, gajet, informasi dan pasar ray
"Bagi menentukan pemenang dulu kita bergantung kepada pemilihan juri, tetapi sekarang ini kita buat macam Akademik Fantasia, 50 peratus markah ditentukan oleh juri dan 50 peratus markah lagi ditentukan oleh orang ramai.
Baru kedai ini benar-benar merupakan kedai pilihan orang ramai," katanya.
Pekedai dan orang ramai boleh membuat pendaftaran dan pencalonan dalam talian mulai hari ini manakala bagi pengundian secara talian akan dibuat pada 24 April.
"Program ini baik untuk pengguna sebab melalui pertandingan ini peniaga dapat memperbaiki perkhidmatan dengan menawarkan harga yang istimewa kepada pengguna," katanya. – Bernama
P/S: Gua rasa kalau negara lain tak dapat la nak tambah2 subsidi ni sila keluarkan duit anda sendiri.
Isnin, 26 Mac 2012
Gempar !!! Tujuan sebenar Mahasiswa beri batu nisan kepada Kerajaan
Walaupun bergelar Mahasiswa sikap kurang cerdik yang menunjukkan IQ seperti budak sekolah tadika jelas ditunjukkan kepada Mahasiswa yang mendesak kerajaan supaya mempercepatkan pilihanraya kampus.
P/S: Inilah memorandum jenis terbaru yang diukur pada batu hehehehe
Ahad, 25 Mac 2012
Gempar !!! Puak pakatan haram mengamalkan sikap ala-ala rejim zionis
Bantahan 30 orang anak muda terhadap kerajaan negeri Selangor bertukar tragedi apabila berlaku adegan baling batu dan kejar mengejar oleh sekumpulan orang terhadap anak muda ini
Menurut laporan seorang darinya cedera dan telah dimasukkan ke hospital.
Seorang dari penyokong pakatan haram juga telah terkena tempiasnya apabila turut cedera terkena balingan batu dari puaknya sendiri.
Majlis yang dikenali sebagai Rapat Rakyat yang berlangsung di Stadium Kuala Selangor dengan Khalid Ibrahim sebagai tetamu 'terhormat' bagi merapatkan hubungan dengan rakyat selaras dengan tajuk majlisnya 'Rapat Rakyat'
Tapi agak malang apabila apabila kononnya program untuk merapatkan diri dengan rakyat ini hanya untuk penyokong sahaja dan bukan rakyat kerana ketika ada segelintir rakyat yang menunjukkan ketidakpuasan hati mereka diluar pagar bukan jawapan yang diterima dari mulut Menteri Besar tetapi batu dan buku lima menjadi jawapannya
PB masih ingat ketika 4 tahun lepas ketika Pakatan Haram dalam proses merampasa negeri Selangor ini, kebanyakkan ceramah anjuran UMNO/BN akan dicemari oleh suara-suara sumbang sayup-sayup kedengaran dari luar.
Adakah mereka ini dibaling batu atau diberi buku lima?
Tidak, mereka dibiarkan menjerit dan mencaci apa sahaja sehingga majlis tamat. Malah PB masih ingat ketika bersolat Jumaat pada 4 tahun lepas ada para pencacai memegang kain rentang di dalam masjid sambil berdiri ketika khutbah sedang berlangsung.
Hebat betul kebebasan bersuara Pakatan Haram sehingga dalam masjid pun boleh bersuara.Tetapi apabila ada rakyat Selangor yang tidak berpuas hati ketika pakatan haram memerintah batu dan buku lima adalah jawapannya.
P/S: Sampai sekarang gua tunggu budak yang pegang banner dalam masjid tu. Gua nak dia tapak lima sebab mencemar kesucian masjid
Khamis, 22 Mac 2012
Gempar !!! Lim Guan Eng nak buat kilang panel solar di Penang mana pergi mutan-mutan hijau sekalian?
Batu Kawan bakal mempunyai kilang pembuatan panel solar solar bernilai 2.2 billion ringgit selepas termeterainya memorandum yang dibuat oleh kerajaan negeri
GEORGE TOWN: Pemuda Gerakan Pulau Pinang pada Selasa meminta kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang supaya menjelaskan kepada rakyat khususnya penduduk di Batu Kawan berhubung projek kilang Solar yang akan dibina di kawasan berkenaan.
Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Pemudanya Rich Too berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng harus menerangkan kepada rakyat secara terperinci berhubung lokasi yang telah dikenal pasti untuk membina kilang tersebut dan sama ada projek itu akan menjejaskan aktiviti harian penduduk di situ.
"Lim harus memberikan satu penjelasan yang terperinci tentang projek tersebut supaya penduduk dikawasan berkenaan mengetahui tentang projek solar ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Beliau berkata Gerakan tidak menentang teknologi solar ini tetapi kerajaan seharusnya berunding dengan penduduk sekitar Batu Kawan sebelum membuat sebarang keputusan untuk membina kilang.
"Kami juga ingin tahu sama ada Lim telah mendapatkan pandangan penduduk-penduduk Batu Kawan sebelum membuat keputusan," katanya.
Katanya, sebagai contoh, kilang solar di Kulim, Kedah telah dibina di tempat perkilangan bagi mengelakkan sebarang kesan negatif kepada penduduk sekitar.
"Menurut kajian yang dibuat, proses solar ini akan mengeluarkan lebih 10 bahan kimia dan bahan-bahan ini mungkin akan menjejaskan aktiviti harian penduduk yang duduk berhampiran," katanya.
Menurut laporan sebelum ini, BOSCH Group dari Jerman akan melabur RM2.2 bilion bagi membina kilang pengeluaran panel solar di Pulau Pinang selepas perjanjian memorandum yang dibuat kerajaan negeri.
Ketua Eksekutif Bosch Solar Energy AG Holger von Hebel berkata kilang yang akan dibina di Batu Kawan, Pulau Pinang itu akan mengandungi kemudahan bagi pengeluaran keseluruhan rangkaian nilai tambah panel solar, bermula daripada kristal silikon dan sel solar kepada modul yang boleh dipasang pada bumbung atau loji tenaga solar.
Katanya, pembinaan kilang yang akan dibuat dalam beberapa fasa itu dijadual bermula sebelum akhir tahun ini. - BERNAMA
Sisa bahan buangan dari kilang ini dikatakan amat berbahaya dan di China sendiri protes terhadap kilang ini giat berlaku. Sisa bahan buangan kilang ini dikatakan telah mencemari sungai dan membuah habitat sungai seperti ikan yang menjadi sumber pemakanan oleh masyarakat setempat Di China.
(Reuters) - Residents of a village in east China accused riot police of heavy-handed tactics after a three-day protest against a solar panel factory accused of dumping toxic waste was brought to an end on Sunday.
"We are being silenced," said a protester who would only give his surname as Cao, at an industrial park on the outskirts of Haining in Zhejiang province as police in riot gear sealed off the site.
"Some people were beat up during the protests. Why can we just tell the truth about this pollution. Now people talking to reporters are also being detained: what justice is there?"
The protests began on Thursday, when as many as 500 people stormed a compound owned by the New York-listed Jinko Solar Holding Co, official news agency Xinhua reported on Sunday.
Protesters overturned vehicles before being dispersed, but they continued to camp outside the factory until the riot police with helmets, vests, batons and shields arrived late on Sunday.
Toxic waste from the factory, which manufactures photovoltaic panels, cells and wafers, killed large numbers of fish in a nearby river, and authorities had already ordered the company to suspend operations, the news agency said.
Protesters put up banners with the slogan "Return our lives to us, stay away from Jinko," according to photographs published on the website of the National Business Daily newspaper (www.nbd.com.cn) on Sunday.
An elderly woman who did not want to give her name complained bitterly about the local government's tactics.
"The factory has been polluting us all this while and now that we make some noise, the government shuts us up. They are all in this together, now we just have to die here silently. You can see all these riot police here, we are just helpless villagers."
Xinhua quoted an environmental official as saying that Jinko had failed to bring the problem under control and the factory's waste disposal facilities had been failing pollution tests since April.
Pollution has emerged as one of the biggest problems facing China's ruling Communist Party, which has struggled to contain growing public anger against industries improperly dumping toxic waste.
Thousands of protesters forced the closure of a deadly paraxylene plant after marching on the city square in northeastern China's Dalian in August. (Sumber)
Jadi dimanakah para pemprotes alam sekitar terutamanya yang bertindak seperti Wong Fei Hong pada padang kota bulan lalu. Jangan jadi bacul kalau betul sayangkan alam sekitar
P/S: Mana mutan hijau sekalian dah bertukar jadi bendera PAS ker??
Wajib Baca !!! Adakah seluruh Selangor mendapat air percuma??
Adakah program air percuma berjaya merangkumi seluruh negeri Selangor sepanjang pemerintahan pakatan haram?
Program air percuma yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sejurus kemenangan pakatan haram pada 2008
Berikut adalah manifesto janji-janji pakatan haram jika memenangi Selangor
Program air percuma ada dicatatkan didalam manifesto PRU 12 pakatan di Selangor tetapi adakah semua rakyat Selangor menerimanya?
Ya memang ada yang gembira menerima bil dengan jumlah yang perlu dibayar adalah kosong
Itu bagi yang mempunyai meter individu tetapi bagaimana pula dengan rakyat Selangor yang duduk di apartmen kos rendah dan senderhana yang mengguna pakai meter pukal yang diselia oleh syarikat pengurusan perumahan?
Peratusan warga Selangor yang mendiami rumah apartmen adalah lebih tinggi terutama di kawasan bandar.
Jadi adakah program ini hanya untuk sebahagian sahaja manakala sebahagian lagi terpaksa menanggung kosnya?
P/S: Klu macam ni baik tak payah buat program air percuma
Rabu, 21 Mac 2012
Gempar !!! Isu Murtad bukan tanggungjawab kerajaan - Exco Agama Islam Selangor
Saya tengok jawapan daripada Menteri Besar tadi, jawapan yang begitu tidak menyelesaikan masalah. ' Terpulang kepada kaum keluarga masing2 .. terpulang kepada rakyat untuk menentukan supaya orang Islam tidak terlibat dalam murtad.
Tapi 'terpulang' itu nak pulangkan macamana ? ......
Kita ada kuasa kat Selangor ni, kita menentukan arah tuju di Selangor ni ! .....
Tidak dinyatakan apakah reaksi pemimpin Pas semasa isu ini dibahaskan. Mungkin semua senyap menikus. Tak pun sebab semua seperti Khalid Samad, mengkagumi ketokohan dan kelayakan MB Khalid selaku exco Agama Islam Selangor.
TAPI ada SATU ADUN yang berbunyi, BUKAN untuk menyokong Hasan atau mempertikaikan keputusan Khalid tapi menempelak Hasan Ali -
Lau Weng San ( ADUN Kampung Tunku ) yang juga merupakan Setiausaha Organisasi DAP Selangor menjelaskan, isu yang dibangkitkan Hasan Ali mengenai Murtad tidak ada kena mengena dalam hal urustadbir Negeri dan ianya sewajarnya tidak dibangkitkan menerusi platform perbahasan Sidang DUN Negeri hari ini. Klpos.
Hasan menjawap - kredibiliti kepimpinan juga penting dalam hal-hal berkaitan urustadbir negeri.
APA DAH JADI NI ?
1 - Exco Agama Islam tidak mahu bertanggungjawab isu murtad dan serahkan pada rakyat
2 - ADUN2 Pas senyap menyokong
3 - ADUN Bebas tak puas hati dan bising
4 - ADUN DAP pulak hentam ADUN Bebas sebab bising isu murtad
Baca lagi klik sini
P/S: Tetiba gua teringat lagu yang muslimah PAS nyanyi masa 901... When The Saint Go Marching In hehehehehe
Selasa, 20 Mac 2012
Wajib Baca !!! Adakah anda masih ingin mempercayai lelaki ini sedangkan orang Mesir pun tak percaya dengan dia
Anwar dalam satu ceramahnya mengatakan Mesir memuji beliau kononnya berjuang seperti rakyat Mesir dan pelbagai lagi
Tetapi sayangnya kerajaan baru Mesir langsung tidak menjemputnya tetapi menjemput Tun Mahathir untuk memberi pandangan tentang masa depan Mesir
Dah la Mesir tak jemputnya untuk memberikan pandangan tiba-tiba kerajaan Tunisia kononnya menjemputnya untuk memberikan pandangan masa depan Tunisia
Anwar kata minggu lepas dia dijemput oleh kepimpinan kerajaan Tunisia yang baru untuk memberi nasihat mengenai bagaimana nak membangunkan negara Tunisia".Kata Anwar lagi, " Saya dibenarkan berceramah didalam Parlimen Tunisia selama 2 jam yang mempunyai lebih 60 Ahli Parlimen dan mereka memberi tepukan yang begitu gemuruh sekali""Kesemua ahli Parlimen Tunisia menyokong perjuangan saya dan mereka sanggup memberikan apa saja untuk perjuangan saya", kata Anwar dihadapan kira-kira 1000 penonton di Kuantan."Dua minggu lepas saya ke Turki dengan Nurul izah atas undangan Presiden Turki. Saya dibenarkan bermalam di Istana Turki. Saya berceramah dalam istana Turki", kata Anwar lagi"Kalau sekarang saya mahu tinggalkan Malaysia untuk jadi penasihat samada Tunisia atau Turki bila-bila masa sahaja boleh, saya boleh dapat gaji beratus ribu ringgit sebulan, tetapi itu bukan matlamat saya", kata AnwarMatlamat saya hanyalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang angkuh, kata Anwar.
Gempar !!! Kartunis Zunar menghina nama Malaysia dengan mengaitkannya dengan lembu
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Anwar Ulhaq semalam menerbitkan sebuah buku bertajuk 1 Moolaysia. Katanya nama 1 Moolaysia dipilih kerana isu lembu yang hangat diperkatakan sekarang.
Sebelum ini banyak kontroversi yang dikaitkan dengan pelukis ini dan salah satunya penghinaan kalimah Allah dan Muhammad dengan mengaitkannya dengan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.
Malah banyak lagi hasil lakaran kartunis ini yang bersifat menfitnah dan berniat memburukkan kepimpinan negara
Ini terbukti dengan pengiktirafan Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah "Courage in Editorial Cartooning"(Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.
Adakah melukis kartun berunsur fitnah boleh dikategorikan sebagai hak asasi manusia?
Adakah zunar benar-benar faham apa itu hak asasi manusia?
Beginikah rupanya hak asasi manusia ciptaan pakatan haram?
Apa yang PB pertikaikan pengunaan Moolaysia yang sekaligus menglembukan seluruh rakyat Malaysia secara tidak langsung.
Adakah anda sanggup dilembukan oleh seorang kartunis?
P/S:Kalau ko nak Moolaysia sangat tak payah duduk Malaysia la lembu...
Isnin, 19 Mac 2012
Wajib Baca !!! Khalid pergi London jumpa pakar isu air sedangkan HQ pakar tersebut berada di KL
Pelik tetapi benar... Kenapa Khalid pergi jauh-jauh sampai ke London akhirnya hanya berjumpa dengan pakar yang mempunyai pejabat disini.
Petikan dari Bernama
SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan perjumpaan dengan pengendali air antarabangsa dari Perancis dan United Kingdom (UK) untuk mendapatkan padangan mereka tentang kecekapan pengurusan air bagi mewujudkan model penstrukturan semula bekalan air di Selangor.
Abdul Khalid berkata kedua-dua pengendali itu, Suez Environment dari Perancis dan Wessex Water dari UK, menyuarakan kesediaan mereka untuk berkongsi kepakaran dalam pengurusan air bagi memastikan model yang akan digunakan Selangor bukan saja cekap dan berkesan, tetapi juga menawarkan tarif yang berdaya saing.
"Kebuntuan dalam rundingan negeri ini untuk mengambil alih industri perkhidmatan air daripada pemegang konsesi seperti yang tuntut oleh Akta Perkhidmatan Air 2006, tidak seharusnya menyekat negeri ini daripada membuat persiapan yang relevan.
"Model penswastaan yang ada sekarang tidak membawa sebarang penambahbaikan kepada industri, yang kini dilanda pelbagai masalah, termasuk sistem perancangan dan pengurusan air yang tidak bersifat holistik, struktur kawal selia yang tidak berkesan, operasi yang tidak cekap dan jumlah air bukan hasil yang tinggi kadarnya.
"Oleh itu, kami gembira apabila pakar berkenaan bersedia berkongsi pengetahuan teknologi mereka dengan kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut tarikh pertemuan itu diadakan.
Abdul Khalid berkata pertemuan dengan Suez Environment berlangsung di Marseille, Perancis, yang diketuai naib presiden eksekutif kanan penyelidikan penyelarasan air dan pembangunannya Bernard Guirkinger.
Di London, beliau mengadakan pertemuan dengan pengerusi eksekutif Wessex Colin Skellett dan Dave Elliott, pengarah perancangan dan pengurusan asetnya, untuk berbincang tentang pentingnya pengurusan air dibuat secara holistik.
Abdul Khalid berkata sebarang kerjasama dua hala antara dua pengendali air antarabanagsa itu akan mengikut proses yang telus dan bertanggungjawab untuk memastikan wujudnya perkhidmatan yang sepadan dengan nilai wang.- Bernama
Adakah berbaloi pergi hingga ke london hanya kerana ingin berjumpa dengan Wessex Water?
Wessex Water merupakan syarikat milik penuh YTL Coporation yang beribu pejabat di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 11 November 2006
YTL's wholly-owned utilities company, Wessex Water has been named Britain's top water and sewerage company. A report by industry regulator Ofwat revealed that Wessex Water is the only business to receive the maximum 7 stars for customer services for the second successive year.
Wessex Water was delighted to be named the country's top water and sewerage company. It follows Tuesday's release of industry regulator Ofwat's report on company performance across the last year in which Wessex Water achieved outstanding scores across the board.
The report makes positive reading for customers, revealing that Wessex Water is the only business to receive the maximum seven stars for customer services for the second successive year.
YTL Group managing director, Tan Sri (Dr) Francis Yeoh, said, "As owners of Wessex Water, we are most pleased with the company's achievement, especially with YTL's role in providing stability and certainty to the business. This achievement is further evidence that YTL stands for world-class service performance. It is part of our DNA.
"I thank our Lord Jesus for His blessings for providing the company with the wisdom, the values and the intellectual capital to achieve this."
Wessex Water chairman Colin Skellett said: "I am delighted that Ofwat has identified us as the top water and sewerage company for operational performance and customer service. Our staff have worked extremely hard to achieve this fantastic result for the business and thanks is due to them.
"I believe it is absolutely essential that our customers receive the very best quality of service and excellent value for money from all areas of Wessex Water. We try very hard and whilst we do not always get it right we will continue to seek ways to further improve our services.
"We have made an excellent start to our five year investment programme, meeting or exceeding all of our first year's targets, and this will enable us to continue to deliver even greater benefits for customers and the region's environment."
Every year Ofwat measures the performance of all water and sewerage companies in the areas of water supply, sewerage services, customer services and environmental impact. Out of a maximum 438, Wessex Water scored 416 points, an increase of eight on last year and the highest score in the country.
Mr Skellett continued: "What this means to customers is that we have fewer properties than ever before at risk of low pressure, sewer flooding, or unplanned interruptions.
"We continue to meet our leakage targets and in a summer marked by drought in some parts of the south, the careful management of our water resources has meant we once again avoided water restrictions - that's 30 years since our customers last experienced a hosepipe ban.
"Wessex Water is committed to delivering high standards of customer service and this is shown by the fact we are the only water and sewerage company to have received a seven star rating for customer services two years in a row. Wessex Water customers receive some of the highest quality standards in the UK and that means among the best in the world."
Last year, Wessex Water achieved 100% in several areas of customer service - 100% of billing contacts were answered within five days, 100% of written complaints were answered within 10 days, 100% of metered customers received a bill based on a meter reading.
In other customer service areas, the number of properties at risk of low water pressure fell to 196 from 224. And last year just eight properties experienced a supply interruption of greater than 12 hours, down from 58 the previous year.
Alleviating sewage flooding is one of Wessex Water's key goals and during the past year the number of properties at risk of this fell from 453 to 348, while the number of properties which actually experienced sewer flooding was 89, down from 131.
Wessex Water is now in the second year of its five-year ?800m investment programme. By 2010, the company aims to have provided first time sewerage schemes to 19 communities, carried out major improvements at Poole sewage treatment works and completed a ?25m rebuild and upgrade of Maundown water treatment works near Taunton.
About Wessex Water
YTL Power International bought Wessex Water in May 2002. Wessex Water is one of the 10 regional water and sewerage companies in England and Wales. We cover an area in the south west of England that includes Bristol, Dorset, Somerset, most of Wiltshire and parts of Gloucestershire, Hampshire and Devon. Sumber
Khalid jauh-jauh tapi jumpa orang yang payroll bawah YTL jugak....
P/S: Apsal tak jemput je pakar datang sini ke saje nak berjalan sampai London hehehe
Ahad, 18 Mac 2012
Panas !!! Khalid Gagap tercirit rakyat Selangor ramai datang jumpa PM
Orang yang ramai dan mencecah hampir 20 ribu orang pasti akan membuatkan pentadbiran Khalid Gagap resah dengan penerimaan orang ramai terhadap kepimpinan Barisan Nasional
Hampir 20,000 orang hadir pada majlis perhimpunan rakyat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana,Pucong petang Ahad.
Di depan mereka beliau mengingatkan bagaimana Barisan Nasional sudah kerja setengah mati untuk bangunkan Selangor.
“Kita. Ya kita buat silap sikit dulu. Saya dah kata kita akan belajar dari kesilapan dan kita akan bangun balik untuk mentadbir dengan lebih baik lagi,"katanya.
Sentak dengan itu Perdana Menteri menyuarakan keyakinan BN boleh menawan semula Selangor pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 jika pemimpin-pemimpin BN bersatu, tidak berebut kerusi, dan mereka serta rakyat menerima calon yang dipilih.
“Saya nak biar Selangor ditadbir oleh orang Selangor. Kalau kita nak menang kita kena bersatu. Yang bawah (rakyat) bersatu, dan yang atas (pemimpin-pemimpin BN Selangor) kena bersatu.
“Kalau tak bersatu pun, yang di atas ini (sambil menunjukkan barisan pemimpin BN di atas pentas) yang tak bersatu. Betul tak? Hah ini semua kena betulkan kepala dia. Biar dia bersatu. Biar dia kata taat setia pada presiden dan pada parti.
“Tak jadi calon pun tak apa. Ada kerusi ini (sambil menunjukkan kerusi di atas pentas) cukuplah. Kerusi lain tak perlu. Kalau kita bersatu dan kita pilih calon semua sokong, insyallah BN boleh menang,” katanya pada ucapan yang diselang seli tepukan gemuruh hadirin.
Turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Noh Omar.
Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, berkata, beliau telah bekerja keras siang malam untuk memastikan kemenangan BN.
“Saya kerja keras siang malam. Tetapi tak apa. Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, insyallah kita boleh menang.
“BN cukup yakin. Pembangkang memang bercelaru. Tengoklah, banyak janji tapi tak buat. Rakyat kena tipu. Jangan kena tipu lagi. Sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat. Insyallah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti,” katanya.
Sebelum itu pada majlis Sepetang Bersama Pesara Pegawai Kanan Kerajaan di hotel De Palma, Shah Alam,Najib mengakui, memartabatkan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020 dan memulihkan kerajaan BN daripada tsunami politik 2008 adalah dua cabaran terbesarnya sejak memegang tugas sebagai Perdana Menteri tiga tahun lalu.
“Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri tiga tahun lalu pada 3 April, saya berdepan dengan dua cabaran besar. Satu ialah cabaran ekonomi yang berkait rapat dengan hasrat yang kita sama-sama junjung sejak Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan gagasan Wawasan 2020 mahu menjadikan Malaysia negara maju,” katanya.
Najib berkata, untuk memastikan Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang 2020, kadar pertumbuhan mestilah berada pada 5-6 peratus setiap tahun dan Pendapatan Kasar Negara yang sedia ada, iaitu kira-kira USD7 ribu, mesti digandakan kepada USD15 ribu setahun.
“Cabaran kedua ialah macam mana nak pulihkan kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada tsunami politik 2008. Lima negeri kalah, termasuk yang saya rasa amat terkilan sekali, dan terkedu ialah apabila negeri Selangor kalah.”
Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang mewakili MUBARAK dan pemimpin-pemimpin BN Selangor.
Najib berkata, beliau tidak memperkecilkan negeri lain. Tetapi perasaan terkilan dan terkedu yang dirasainya itu disebabkan Selangor merupakan negeri yang amat strategik.
“Banyak sebab BN mesti memenangi semula Selangor, tetapi yang utama ialah kerana sakit hati, sedih dan malu. Bayangkan…benda yang kecil pun,seperti nak pinjam dewan pun tak dapat. Dewan dikunci. Kontraktor yang sokong kerajaan pula mereka buang. Mereka (pembangkang) cakap tentang keadilan, tetapi tidak mengamalkannya.
“Mereka cakap tentang bersih. Bersih sangat ke mereka itu? Mereka cakap tentang ketinggian moral. Ketinggian moral apa? Jam omega tak dijawab,” tambahnya.
Sehubungan itu Najib menyeru pesara pegawai kanan kerajaan supaya membantu Kerajaan BN memainkan peranan sebagai jurucakap dan pembela kerajaan.
“Daripada kita pot pet pot pet membebel tak tentu arah, tolong cakap baik pasal kerajaan. Ini cara kita nak rebut kembali kerajaan. Bila kita berkumpul atau berjumpa orang, cuba pertahankan kerajaan BN. Cuba jadi jurucakap atau peguambela kerajaan,” katanya.
Najib berkata, dasar transformasi negara tidak akan tercapai melainkan semua negeri ditadbir oleh BN dan rakyat pula menerima konsep calon boleh menang- AD
P/S: Vote Barisan Nasional for Selangor
Jumaat, 16 Mac 2012
Gempar !!! Khalid Gagap menipu dan memfitnah di forum air sedunia
Dari portal media Malaysiakini, Khalid Ibrahim dikatakan membawa krisis air di Selangor di peringkat antarabangsa . Apa yang disampaikan Khalid Ibrahim ialah kegagalan penswastaan air di Malaysia. Khalid Ibrahim juga mendakwa syarikat yang dipilih untuk menguruskan air tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam industri pembekalan air. Khalid membuat kenyataan semasa Forum Air Sedunia di Marseille , Peranchis.
UNTUK INFO LANJUT KLIK SINI
Khamis, 15 Mac 2012
Wajib Baca !!! Pakatan Haram tiada pakar didalam negara sehingga terpaksa menggunakan buku panduan NDI
Pakatan ketiadaan pakar untuk dirujuk sehinggakan terpaksa menggunakan buku terbitan National Democracy Institute for International Affair (NDI) bagi menghadapi pilihanraya.
Dakwaan mengenai dana asing dan PKR sudah sinonim dalam politik Malaysia.Ia bukan cerita baru, tapi sebelum ini cerita tersebut hanya tersebar dari blog ke blog atau mulut ke mulut.
Namum Selasa, Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan buat kali pertama secara terbuka sesuatu yang agak mengemparkan berdasarkan sumber dalaman PKR sendiri.
Katanya pendedahan ini 'sukar dinafikan' PKR.
Pendedahan yang disokong berbagai dokumen itu antara lain mendakwa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).
Menurut Mohd Zin, agensi yang dimaksudkan adalah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).
KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemborg'.
Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada parti itu.
Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).
"KAF secara terbuka menaja PKR menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di Jerman yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.
"Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam.
"KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman... KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).
"Ini ialah pendekatan yang diambil oleh Anwar dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara.
“Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008,"ujarnya.
Selain KAF, Mohd Zin mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.
Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.
"PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya.
NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat, Madeline Albright.
Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), the Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).
"IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis," katanya.
Mohd Zin mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.
"Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.
"Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR," katanya lagi.
"Menggunakan sentimen agama dan wujudkan kebencian dalam kalangan rakyat bagi rampas kerajaan adalah kaedah paling primitif dan tidak bertamadun.
"UMNO dan seluruh rakyat Malaysia yang berfikiran matang pastinya tidak dapat menerima penjajahan kuasa asing melalui kaedah ini," ujarnya- AD
P/S: Pakatan haram dah takde pakar ke yop.... kata UMNO duk kene jajah dengan British tetapi diorang duk kene jajah dengan yahudi hehehehehe.
Rabu, 14 Mac 2012
Wajib Baca !!! Kubur orang islam dihalang hingga ke Mahkamah dan hak orang islam dipertikaikan
DIMANA HAK ORANG ISLAM?? Ini kisah berhubung tanah perkuburan islam di Kota Kemuning Shah Alam dimana ianya terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sebidang tanah seluas 5.5 hektar telah disediakan pemaju untuk dijadikan tanah perkuburan islam dikawasan Kota Kemuning dan sekitarnya. Bagaimanapun, setelah bertahun-tahun penduduk islam yang menghuni kawasan tersebut tidak dapat menggunakan kubur itu untuk urusan pengkebumian jenazah penduduk setempat yang meninggal dunia kerana mendapat tentangan dari penduduk bukan islam.
Disebabkan campur tangan MBSA dan pemimpin setempat masalah ini tidak dapat diselelsaikan, malah kes dibawa pula ke mahkamah oleh 147 orang penduduk bukan islam Kota Kemuning dan Kemuning Greenville. Sehingga kini kes masih lagi di mahkamah. Difahamkan sebelum kes dibawa ke mahkamah ada 2-3 jenazah telah dikebumikan disitu.
Itulah sebahagian gambaran bagaimana susahnya untuk orang-orang islam nak buat kawasan kubur walaupun kawasan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan perkuburan. Hinggakan terpaksa berentap di mahkamah bertahun-tahun.
Sekarang mari kita lihat pula kisah tanah perkuburan bukan islam yang dibangunkan secara haram untuk tujuan komersial dan tidak perlu bayar premium tanah, juga di Shah Alam dimana ianya juga terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sebidang tanah yang luasnya 49 ekar yang terletak di Seksyen U14 Shah Alam telah dibangunkan oleh dua buah syarikat swasta untuk dijadikan tanah perkuburan bukan islam, dimana lubang-lubang kuburnya dijual dengan harga-harga tertentu.
Mengikut laman sumber, perkuburan komersial tersebut dibangunkan secara haram dan tidak pernah mendapat kelulusan MBSA . Bukan sahaja tidak mendapat kelulusan, premium tanah pun tidak dibayar.
*Untuk kubur islam ditanah yang telah digazet sebagai kubur serta telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, mereka bantah dan heret ke mahkamah sehinggakan nak kebumi jenazah pun tak boleh. DIMANA HAK ORANG ISLAM??
Untuk kubur puak-puak mereka yang dibangunkan secara haram, malah dijual pula lubang-lubang kuburnya tidak pula menjadi sebarang masalah.. ini kerana semuanya telah di kawtim.
Kenapa dua syarikat berkenaan mendapat layanan yang begitu istimewa dari MBSA?
Siapa dalang disebalik layanan istimewa tersebut?
UNTUK INFO PENUH KLIK SINI
P/S: Kubur pun boleh buat bisnes inilah namanya bisnes sampai mati
Wajib Baca !!! Isu kecurian pasir: Kerajaan negeri ambil tindakan Menteri Besar baru tahu
Tapi yang PB hairan baru sekarang Menteri Besarnya tahu berlakunya kecurian pasir
P/S: Punya la lama kecurian pasir berlaku baru sekarang MB dia tau. Apa MB buat selama ni?
Selasa, 13 Mac 2012
Eksklusif : Adakah kita sanggup melihat perkara ini berulang lagi
Kita masih takkan lupa kepada apa yang telah menimpa adik Nurin dan juga adik Sharlinie
Kes yang paling mengemparkan Malaysia kes kehilangan adik Nurin Jazlin
Adik Nurin ditemui mati ditinggalkan didalam beg berhampiran kawasan Taman Sri Manja, Petaling Jaya.
Kemudian kes kedua yang agak mengemparkan Malaysia ialah kehilangan adik Sharlinie di Taman Medan pada 2008
Adik Sharlinie masih tidak ditemui hingga ke hari ini.
Berikut adalah sebahagian kanak-kanak yang hilang
Dan kes terbaru melibatkan Adik Nurul Nadirah ataupun panggilan manjanya Dirang. Adik Dirang diculik ketika dalam perjalanan ke kedai untuk membeli barang.
Mayat adik Dirang ditemui dibakar diladang kelapa sawit Nusa Damai. Suspek telah ditahan reman untuk siasatan
Adakah masyarakat ingin lagi kanak-kanak seperti Dirang dan yang lain-lain menjadi mangsa kepada manusia bertopengkan syaitan.Kita seharusnya mengambil iktibar dari perkara sebegini supaya kita beringat untuk menjaga permata hati kita
Biarkan anak anda menangis sekarang jangan anda yang menangis di kemudian hari
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya dan ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman..... Amin
P/S: Sebenarnya PB tak sanggup nak tulis tapi demi kesedaran sejagat terpaksa digagahkan juga
Edisi Kantoi !!! Shangri-La hotel nafi kos katering ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri
Hotel Shangri-la Kuala Lumpur menafikan kos katering bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri.
Sebaliknya menurut pengurusan hotel itu hari ini, pembayaran dibuat oleh Najib sendiri.
Kenyataan itu sekali gus menafikan tuduhan Jingga 13 dan PKR sebelum ini, mendakwa Pejabat Perdana Menteri menanggung kos RM409,767.
Menurut kenyataan itu, Hotel Shangri-la Kuala Lumpur ada menerima pengesahan tempahan katering di luar pada 2 Jun 2011 bagi satu majlis di Seri Perdana Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2011.
"Adalah menjadi prosuder biasa setiap tempahan yang dibuat hendaklah disahkan. Bagi majlis ini, ia disahkan pada empat hari sebelumnya iaitu 13 Jun. "Majlis berkenaan adalah pada 17 Jun dan pembayaran keseluruhannya dibuat oleh perdana menteri pada 30 Jun, bukannya dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, Najib menafikan majlis pertunangan anak perempuannya itu bersama warga Khazakhstan, Daniar Nazabayev menggunakan duit kerajaan.
Katanya, perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak,” kata mesej menerusi Twitter di bawah akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office).
Mesej susulan pula menyebut, “Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat.”
Semalam, Jingga 13 meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung isu tersebut. - SH
P/S: Betul-betul mulut longkang la pakatan haram ni....
Isnin, 12 Mac 2012
Wajib Baca !!! Mari kita nilaikan sikap pembangkang yang hipokrit dan double standard
Pemimpin pembangkang akan menjadikan sesuatu isu sebagai senjata dan jika sesuatu isu itu sudah mula terkena batang hidung sendiri mereka seboleh-boleh akan mengelaknya
Sebagai contoh
Jemputan Pengerusi Lynas Nick Curtis untuk berjumpa ditolak oleh Lim Guan Eng
Lynas Corporation kecewa dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Nick Curtis, semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti.
Kenyataan Lynas Corporation hari ini bagaimanapun berkata tawaran berjumpa itu masih lagi terbuka.
Syarikat mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif, kata kenyataan itu.
- Bernama
Kenapa menolak? Itu adalah peluang terbaik untuk situasi sebenar Lynas dari mulut Pengerusinya sendiri. Himpunan Hijau 2.0 pernah diadakan di padang kota sedangkan Lynas terletak di Gebeng, Kuantan.
Betapa hipokritnya perangai manusia sebegini. Cuba anda bayangkan anda mengutuk sesebuah syarikat tanpa mengetahui apa hujung pangkalnya kemudian anda di jemput oleh pengerusinya tetapi anda tolak. Bukan ke hipokrit namanya itu
Dan tak perlu untuk anda untuk mempertikaikan keputusan orang lain
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini, perlu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jawatan itu perlu dilepaskan, sekiranya Shahrizat benar-benar membuktikan keikhlasannya.
Guan Eng mempersoalkan tindakan Shahrizat yang hanya mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan, namun masih ingin terus kekal dalam politik.
“Beliau perlu meletakkan semuanya, termasuk Ketua Wanita Umno. Sepatutnya sama ada berundur bagi semua jawatan ataupun tidak letak jawatan.
“Tapi dengan hanya letak jawatan sebagai menteri tetapi tidak dalam politik menunjukkan ia sekadar berundur separuh jalan,” katanya, semalam.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Shahrizat sepatutnya tidak berundur daripada kedudukannya sekarang jika beliau tidak terlibat dalam skandal tersebut.
“Kalau tak buat salah, jadi mengapa perlu undur? Jangan undur langsunglah. Tetapi jika rasa ada sesuatu tidak kena, dia patut letak jawatan secara keseluruhan. Malah kalau nak letak jawatan, patut buat sekarang. Kenapa tunggu sehingga 8 April?,” katanya. Sumber (KLIK SINI)
Itu keputusan Shahrizat sama ada dia nak undur ataupun tidak dan lagi satu memang la tunggu sampai habis 8 april sebab kontrak dia sebagai Senator tamat. Jangan nak mempertikaikan hak dia untuk membuat keputusan.
P/S: Projek Bayan Baru jangan ingat orang Penang tak tahu jangan buat-buat lupa