Jumaat, 30 Mac 2012
Panas !!! Imam baling kasut tipu Islam kan banduan
Jabatan Penjara hari ini menafikan bahawa imam Hoslan Husin - yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah panel hakim - berjaya mengislamkan dua banduan lain seperti didakwa isterinya semalam.
Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim berkata, salah seorang yang dilapor diislamkan sudah memeluk agama itu pada 2009.
"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh jabatan agama Islam dalam masa terdekat," katanya.
Jabatan itu juga menegaskan hanya pegawai atau pembantu pegawai agama yang dibenarkan menjadi imam di surau dan menganjurkan program keagamaan dan bukannya banduan.
"Kemungkinan penama di atas (Hoslan) hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari," kata Supri.
"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka."
P/S: Pasal pengislaman orang pun nak menipu apa nak jadi puak-puak ni
Kalaulah benarpun bagus juga.sebab semasa dia jadi pegawai masjid tak ada pun islamkan sesiapa tiba tiba bila masuk penjara dah berjaya islamkan orang lain..Maka eloklah dicadangkan kepada pihak mahkamah agar menambah lagi jangka masa hukuman penjara kepada 20 tahun..dapatlah lebih ramai orang kafir dalam penjara yang masuk islam...
BalasPadam