Ahad, 25 Mac 2012
Gempar !!! Puak pakatan haram mengamalkan sikap ala-ala rejim zionis
Bantahan 30 orang anak muda terhadap kerajaan negeri Selangor bertukar tragedi apabila berlaku adegan baling batu dan kejar mengejar oleh sekumpulan orang terhadap anak muda ini
Menurut laporan seorang darinya cedera dan telah dimasukkan ke hospital.
Seorang dari penyokong pakatan haram juga telah terkena tempiasnya apabila turut cedera terkena balingan batu dari puaknya sendiri.
Majlis yang dikenali sebagai Rapat Rakyat yang berlangsung di Stadium Kuala Selangor dengan Khalid Ibrahim sebagai tetamu 'terhormat' bagi merapatkan hubungan dengan rakyat selaras dengan tajuk majlisnya 'Rapat Rakyat'
Tapi agak malang apabila apabila kononnya program untuk merapatkan diri dengan rakyat ini hanya untuk penyokong sahaja dan bukan rakyat kerana ketika ada segelintir rakyat yang menunjukkan ketidakpuasan hati mereka diluar pagar bukan jawapan yang diterima dari mulut Menteri Besar tetapi batu dan buku lima menjadi jawapannya
PB masih ingat ketika 4 tahun lepas ketika Pakatan Haram dalam proses merampasa negeri Selangor ini, kebanyakkan ceramah anjuran UMNO/BN akan dicemari oleh suara-suara sumbang sayup-sayup kedengaran dari luar.
Adakah mereka ini dibaling batu atau diberi buku lima?
Tidak, mereka dibiarkan menjerit dan mencaci apa sahaja sehingga majlis tamat. Malah PB masih ingat ketika bersolat Jumaat pada 4 tahun lepas ada para pencacai memegang kain rentang di dalam masjid sambil berdiri ketika khutbah sedang berlangsung.
Hebat betul kebebasan bersuara Pakatan Haram sehingga dalam masjid pun boleh bersuara.Tetapi apabila ada rakyat Selangor yang tidak berpuas hati ketika pakatan haram memerintah batu dan buku lima adalah jawapannya.
P/S: Sampai sekarang gua tunggu budak yang pegang banner dalam masjid tu. Gua nak dia tapak lima sebab mencemar kesucian masjid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan