Isnin, 12 Mac 2012

Wajib Baca !!! Mari kita nilaikan sikap pembangkang yang hipokrit dan double standard




Pemimpin pembangkang akan menjadikan sesuatu isu sebagai senjata dan jika sesuatu isu itu sudah mula terkena batang hidung sendiri mereka seboleh-boleh akan mengelaknya

Sebagai contoh

Jemputan Pengerusi Lynas Nick Curtis untuk berjumpa ditolak oleh Lim Guan Eng

Lynas Corporation kecewa dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Nick Curtis, semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti.

Lim Guan Eng in Kuantan at Himpun Hijau 2.0Kenyataan Lynas Corporation hari ini bagaimanapun berkata tawaran berjumpa itu masih lagi terbuka.

Syarikat mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif, kata kenyataan itu.

- Bernama






Kenapa menolak? Itu adalah peluang terbaik untuk situasi sebenar Lynas dari mulut Pengerusinya sendiri. Himpunan Hijau 2.0 pernah diadakan di padang kota sedangkan Lynas terletak di Gebeng, Kuantan.


Betapa hipokritnya perangai manusia sebegini. Cuba anda bayangkan anda mengutuk sesebuah syarikat tanpa mengetahui apa hujung pangkalnya kemudian anda di jemput oleh pengerusinya tetapi anda tolak. Bukan ke hipokrit namanya itu

Dan tak perlu untuk anda untuk mempertikaikan keputusan orang lain

Lim Guan  Eng

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini, perlu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jawatan itu perlu dilepaskan, sekiranya Shahrizat benar-benar membuktikan keikhlasannya.

Guan Eng mempersoalkan tindakan Shahrizat yang hanya mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan, namun masih ingin terus kekal dalam politik.

“Beliau perlu meletakkan semuanya, termasuk Ketua Wanita Umno. Sepatutnya sama ada berundur bagi semua jawatan ataupun tidak letak jawatan.

“Tapi dengan hanya letak jawatan sebagai menteri tetapi tidak dalam politik menunjukkan ia sekadar berundur separuh jalan,” katanya, semalam.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Shahrizat sepatutnya tidak berundur daripada kedudukannya sekarang jika beliau tidak terlibat dalam skandal tersebut.

“Kalau tak buat salah, jadi mengapa perlu undur? Jangan undur langsunglah. Tetapi jika rasa ada sesuatu tidak kena, dia patut letak jawatan secara keseluruhan. Malah kalau nak letak jawatan, patut buat sekarang. Kenapa tunggu sehingga 8 April?,” katanya. Sumber (KLIK SINI)


Itu keputusan Shahrizat sama ada dia nak undur ataupun tidak dan lagi satu memang la tunggu sampai habis 8 april sebab kontrak dia sebagai Senator tamat. Jangan nak mempertikaikan hak dia untuk membuat keputusan.

P/S: Projek Bayan Baru jangan ingat orang Penang tak tahu jangan buat-buat lupa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan