SHAH ALAM, 14 MAC : Exco Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari memberitahu kerajaan negeri sedang menunggu laporan Pejabat Tanah Hulu Selangor berkaitan kes curi pasir di Bukit Beruntung yang dijalankan sejak enam bulan lalu.
Aktiviti perlombongan pasir secara haram itu terbongkar ekoran serbuan yang dibuat oleh pejabat tanah berkenaan yang diadakan minggu lalu.
The Star melaporkan kawasan perlombongan seluas tiga padang bola itu adalah yang terbesar di Selangor.
Yaakob yang pada awalnya ketika dihubungi AntaraPos.com seakan tidak mengetahui mengenai insiden itu kemudiannya meminta diberikan masa untuk menghubungi Pegawai Daerah Hulu Selangor.
" Biar saya periksa dengan Pegawai Daerah Hulu Selangor dahulu," kata Yaakob.
Selang beberapa lama kemudian, beliau yang dihubungi memberitahu kerajaan negeri sudah maklum tentang aktiviti perlombongan haram itu dan sudah pun mengambil tindakan.
" Kerajaan negeri sudah ambil tindakan. Sudah rampas pun tanah ini. Sudah rampas sebahagian mesin dan tanah itu,"katanya.
Beliau bagaimanapun memberitahu sedang menunggu laporan terperinci daripada Pegawai Daerah Hulu Selangor yang akan dihantar melalui faks ke pejabatnya hari ini untuk tindakan susulan.
" Saya sedang tunggu laporan. Pegawai Daerah akan hantar ke pejabat saya,"katanya.
Menurut The Star, hasil daripada serbuan itu, beberapa jentera pengorek dan sebuah lori yang ditinggalkan di tapak berkenaan sudah dirampas.
Bagaimanapun dalang dan pekerja terbabit berjaya melarikan diri.
Difahamkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan kes terbaru curi pasir di Selangor ini.
Kerajaan Selangor mempertanggungjawabkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk menguruskan industri pasir di negeri ini namun ia dilihat gagal memikul tanggungawab itu
apabila semakin banyak kes curi pasir dilaporkan di samping kegagalan mencapai pungutan hasil yang memberangsangkan dalam sektor terbabit.
Tapi yang PB hairan baru sekarang Menteri Besarnya tahu berlakunya kecurian pasir
P/S: Punya la lama kecurian pasir berlaku baru sekarang MB dia tau. Apa MB buat selama ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan