Selasa, 24 Januari 2012

Langkah keselamatan ekoran kejadian di Kg baru


Beberapa hari lepas kita digemparkan dengan kejadian pecah rumah dan menjadikan kanak-kanak 10 tahun sebagai tebusan oleh seseorang penjenayah di percayai ketagih dadah jenis syabu.

Menurut Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Insiden kanak-kanak berusia 10 tahun, Fifi Ramadhani Safruddin, yang dijadikan tawanan selama enam jam oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampung Baru di sini kelmarin mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk kawasan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati, pintu rumah di sekitar kawasan Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Raja Mahmud bertutup rapat ekoran insiden itu, yang menggemparkan banyak pihak.

Selain itu, ketika ditemu bual, rata-rata penduduk mengharapkan agar kawalan keselamatan di kawasan Kampung Baru dipertingkatkan.

Seorang peniaga kedai runcit yang mahu dikenali sebagai Salawati berkata, kejadian seumpama itu tidak mustahil akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Justeru, dia meminta agar jawatankuasa penduduk dapat membuat kawalan atau rondaan di kawasan sekitar Kampung Baru.

"Saya mempunyai anak perempuan. Saya takut kerana benda ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Penjahat sekarang tidak memilih orang.

“Jadi saya harap tingkatkan kawalan dan saya nasihatkan penduduk sentiasa menutup pintu. Saya juga meminta agar pihak polis turut membuat rondaan," katanya.

Selain itu, seorang peniaga kuih-muih, Rosinah Abu Samah, 47, berkata, dia turut mengharapkan agar kawalan keselamatan di kawasan itu dipertingkatkan walaupun ia agak sukar untuk dilakukan.

Katanya, Kampung Baru mempunyai banyak jalan keluar-masuk dan dia khuatir ia akan menyukarkan pihak yang menjaga keselamatan.

"Saya dah lama tinggal sini. Saya rasa kawalan keselamatan perlu ada. Tetapi di sini banyak jalan keluar, masuk.

"Pergi sana keluar Keramat, sana pula ke Ampang. Jadi saya harap mereka yang membuat kawalan pandai untuk mengawal keselamatan di sini. Yang penting saya juga harapkan agar penduduk akan sepakat menjaga kawasan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, seorang suri rumah, Hasnah Abu Bakar, 50, berkata, dia yang baru tiba dari Kedah terkejut dengan berita yang menimpa jirannya.

Dia turut dinasihatkan oleh anaknya agar sentiasa berhati-hati.

Bagaimanapun, Hasnah berkata, untuk membuat kawalan keselamatan di kawasan sekitar Kampung Baru adalah sukar.

"Cuma saya harapkan agar penduduk sendiri perlu berhati-hati. Saya sendiri terkejut dengan kejadian yang terjadi semalam (kelmarin)," katanya.



Sebagai langkah keselamatan awal, pintu pagar perlu dikunci setiap masa bagi mengelak orang tidak dikenali masuk ke dalam rumah tidak kira pada waktu apa sekali pun.

P/S: Orang yang ketagihan dadah sebagai contoh syabu akan hilang rasa takutnya dan berkemungkinan akan melakukan tindakan radikal seperti perkara yang berlaku sebelum ini. Diharap adik Fifi akan pulih dari trauma yang menimpa dirinya.

2 ulasan:

  1. SALAM, KALO ORNG PKR YG HISAP SYABU..DEPA AKAN TUDUH KONSPIRASI UMNO.

    BalasPadam
  2. HEHEHEHEHE KLU DIORANG ISAP SYABU DIORANG AKAN MERAPU2

    BalasPadam