Rabu, 30 November 2011
Gempar !!! Adun DAP Rasis Celupar
Rasanya mulut adun DAP ni memang banyak yang celupar sikap rasis mereka makin menjadi-jadi. Itu baru memegang sedikit kuasa macam mana jika mereka menguasai negara ini?
PULAU PINANG 30 Nov. – Nasib dua wanita tempatan yang didakwa dilabel sebagai pengkhianat negara hanya kerana bersuamikan warga asing oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik baru-baru ini terus mendapat simpati pelbagai pihak.
Hari ini, lebih 300 orang dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyuarakan bantahan terhadap wakil rakyat itu.
Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia. Mereka menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng melucutkan jawatan Wei Aik yang juga setiausaha politiknya.
Ketua Wira Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, ini bukan pertama kali Wei Aik membangkitkan kemarahan rakyat. “Sudah banyak isu yang di bangkitkan oleh Wei Aik, malah dia bersikap double standard dan mengamalkan pentadbiran ala gangster.
“Sebagai seorang wakil rakyat, dia tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan yang dianggap menghina terhadap orang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Demonstrasi bermula dengan perarakan dari Jalan Penang kira-kira pukul 12.30 tengah hari menuju Komtar. Tindakan kumpulan tersebut menguasai sepenuhnya laluan sepanjang kira-kira satu kilometer menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar Komtar.
Di Komtar, mereka berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Wei Aik sambil melaung-laungkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Namun, Wei Aik enggan menemui mereka dan memorandum diambil oleh Pembantu Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz. Mereka kemudiannya bersurai selepas berhimpun kira-kira sejam.
Mohd. Rizuad dan lapan lagi ahli NGO bagaimanapun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan. Kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Tindakan Ringan (LSF) mengawal keadaan ketika perhimpunan dan perarakan itu berlangsung.
Pada 22 November lalu, Sarimah Packeer Mohd., 43, dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, mendakwa dihina sebagai pengkhianat negara oleh Wei Aik. Kata-kata kesat tersebut dilemparkan ketika Wei Aik meninjau serta menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran sederet rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara di sini.
Bagaimanapun, Wei Aik menafikan beliau menghina kedua-dua wanita berkenaan.
P/S: Tepuk dada tanya pada diri.
Selasa, 29 November 2011
Gempar !!! Nik Ajis dah jadi Nabi???
Pelik tetapi benar bila diri sudah terasa maksum inilah yang terjadi.
Dengan tanpa berasa berdosa orang diatas mengeluarkan kenyataan yang Nabi bersabda barangsiapa yang menyokong UMNO bukan dari kalangan umatnya?
Apakah ini?
Apakah dizaman Nabi telah wujud UMNO?
Bila ketaksuban melanda diri inilah yang terjadi. Diharap jabatan agama isalam dapat memandang serius perkara ini
P/S:Bertaubat la wahai saudara kamu telah jauh tersesat.

Eksklusif !!! Pengunaan dakwat kekal cara pengundian primitif
Penggunaan Dakwat kekal dalam penggundian merupakan cara primitif untuk mengundi. Pada awal dasar pengunaannya ialah untuk mengelakkan berlakunya pengundian dua kali atau lebih.
Tetapi adakah relevan penggunaan dakwat ini?
Penggunaan dakwat ini bermula di India apabila Syarikat Mysore Paints and Varnish Limited ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Maharaja Mysore Nalvadi Krishnaraja Wodeyar. Pada tahun 1962 syarikat tersebut telah dilantik untuk menghasilkan dakwat kekal bagi dimana ia pertama kali digunakan pada pilihanraya ke 3 negara India. Formula dakwat berkenaan dihasilkan secara rahsia oleh Makmal Fizik Kebangsaan India
Negara-negara yang menggunakan dakwat kekal
* Afghanistan
* Bangladesh
* Benin
* Burkina Faso
* Democratic Republic of the Congo
* Egypt
* Gambia
* India
* Indonesia
* Iraq
* Lebanon
* Mauritania
* Mexico
* Peru
* Philippines
* South Africa
* Sri Lanka
* Suriname
* Tchad
* Tunisia
* Uganda
* Zimbabwe
Tetapi baru-baru dakwat kekal didedahkan tidak lagi kekal seperti namanya.
KLIK SINI DAKWAT KEKAL TIDAK KEKAL
Penggunaan dakwat kekal bukan sahaja boleh dimanipulasi dengan mudah malah penipuan undi juga boleh berlaku
JADI....... Katakan tidak pada Dakwat Kekal
P/S: Kalau kerajaan menipu takde 5 negeri jatuh dekat Pakatan Haram..
Isnin, 28 November 2011
Panas !!! Menteri Besar Bengong sama kan projek MRT dengan Kondominum 35 tingkat
Naik meluat dengan kenyataan Menteri Besar Selangor yang dengan bongkaknya mengatakan padang Kompleks PKNS akan dibangunkan juga tanpa mengira akibat yang bakal dihadapi oleh rakyat khususnya kepada penduduk Kelana Jaya
Dimanakah janji-janji Kerajaan Selangor yang kononnya ingin menjaga kebajikan rakyat.Retoriknya negara berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Haram adalah mainan politik semata-mata
Keangkuhan Menteri Besar dengan menegaskan pembangunan akan dilaksanakan mencerminkan sifat diktator yang hanya mementingkan poket sendiri tanpa memikirkan perihal rakyat yang tidak mahu padang itu dibangunkan
Sekali lagi padang tersebut merupakan tempat riadah bagi penduduk sekitarnya kerana menempatkan padang bola, gelangang tenis, dan juga gelangang futsal. Adakah tidak logik jika Menteri Besar mengatakan projek tersebut adalah sama seperti projek MRT.
Projek MRT melibatkan kemudahan awam untuk kegunaan rakyat tetapi projek kondominium ini adalah unutuk penempatan dan hanya mampu dimiliki oleh gologan berada sahaja.
P/S: Mari kita sama-sama selamatkan padang ini dari cengkaman perasaan tamak haloba pakatan haram
Selasa, 22 November 2011
Gempar !!! Pelajar Malaysia di Indonesia di ugut bunuh !!!
Pahitnya untuk menelan ...kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.
Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmat—maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.
Setelah mendapat kecaman, pengguna twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.
Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.
"Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat—maswara telah memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini Selasa,” katanya.
Ludinata berkata, pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pada pagi tadi di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.
Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk tindakan selanjutnya.
"Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.
Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.
Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.
P/S: Adat ada menang ada yang kalah. Jgn jadi terlampau fanatik hingga lupa batas.
Mesir terus kacau bilau mana pergi pejuang revolusi Mesir??
Mesir terus dilanda musibah apabila selepas kejatuhan Hosni Mubarak akibat dari gerakan revolusi tahrir rakyat Mesir. Disangka terik sehingga petang rupanya hujan ditengahari begitulah perumpamaan yang dapat diperkatakan.
Dari sana tak pernah sudah dengan pergolakan. Manusia sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang dikecapi. Diharap rakyat Malaysia akan lebih mensyukuri nikmat keamanan yang telah Allah anugerahkan kepada Malaysia bumi bertuah. Jadikan lah negara bergolak itu sebagai contoh dan sempadan agar kita tidak terpengaruh dengan hasutan si penjahat yang berniat menghuru-harakan negara kita.
Perkara yang lebih buruk angka korban telah meningkat. 37 kematian direkodkan setakat ini dan lebih dari 1,000 orang cedera. Pelajar-pelajar Arab turut terlibat didalam rusuhan itu. Setakat ini, pelajar Malaysia disana tiada seorang pun yang menyertai rusuhan dan demonstrasi berkenaan tambahan pula keadaan huru hara itu agak jauh dari penempatan pelajar Malaysia.
P/S: Revolusi, Reformasi hanya retorik semata-mata
Isnin, 21 November 2011
Harimau Malaya menyatukan rakyat Malaysia
Semalam merupakan detik yang paling berharga buat skuad Harimau Malaya kerana menjuarai pingat emas sukan sea di indonesia. Hakikat ramai yang mengatakan bolasepak merupakan ibu segala pingat pada temasya sukan ini
Mari kita imbas kembali zaman ketika era bolasepak kita dahulu.Bolasepak kita pernah digeruni lawan sehingga kan kita merupakan harimau yang bakal mengganas jika berdepan dengan musuhnya dipadang yang di pimpin oleh lagenda bolasepak negara Allahyarham Mokhtar Dahari.
Selepas beberapa tahun ketika era 1990 hingga 2005 bolasepak negara dilihat begitu merudum dengan aksi yang begitu merosot bah kan tiada harapan diletakkan pada pasukan Malaysia kerana hanya kekalahan demi kekalahan yang ditatap ketika itu.
Tetapi pada awal 2006 bolasepak Malaysia mula menunjukkan taringnya apabila mula memaparkan semangat juang dan melawan yang tinggi dan telah membenam beberapa lawan dan musuh tradisi
Dan Segalanya bermula ketika sukan Sea di Laos apabila Malaysia menjuarai pingat emas dengan mengalahkan Vietnam. Ketika itu ramai yang telah yakin dengan pasukan harimau Malaya ini mampu mengorak langkah lebih jauh dalam arena bolasepak
Dan ianya bermula pada piala Suzuki AFF Cup 2010 apabila Malaysia menewaskan Indonesia dengan jaringan 4-2. Dengan kemenangan ini rakyat Malaysia telah yakin Harimau Malaya telah bangun dari tidur panjangnya.
Sekali lagi pada sukan Sea 2011 Harimau Malaya sekali lagi menewaskan Indonesia untuk menjuarai pingat emas.
P/S: Moga-moga satu hari nanti kita mampu ke Piala Dunia...
Khamis, 17 November 2011
Gempar !!! Projek parking pun gagal apek DAP cuba nak buat terowong pulak
Sekali lagi kerajaan Penang pimpinan Lim Guan Eng cuba membazirkan duit rakyat Penang selepas kegagalan tempat letak kereta bertingkat di Penang Hill
Petikan dari The Star Online:
Selepas kegagalan tersebut Ketua Menterinya cuba hendak membina terowong terusan laut yang berharga 8 billion ringgit
Petikan dari The Star Online:
P/S: Projek parking yang mudah pun banyak kegagalan apatah lagi projek bernilai billoion ringgit. Renung-renungkan dan selamat beramal
Petikan dari The Star Online:
Nothing seems right for car park
BELOW is a summary of findings on the Penang Hill multi-storey car park by the Penang State Inquiry Board.
The weaknesses
> At the design stage, the approved plan by the Penang Municipal Council (MPPP) did not comply with council guidelines requirements, namely the ramps’ gradient exceeded the requirement, the ramps turning radius was insufficient and there were traffic circulation conflicts. The project architect was responsible for these weaknesses.
> The tender drawing and plan were issued without approval.
> At the construction stage, physical commencement of work proceeded without the plan being approved, the documentation was not in order, the clerk-of-work was inexperienced, the dimension and design errors were identified but not rectified and the latest drawing was not transmitted to site for implementation.
Solution options
> To demolish, redesign, reconstruct the entire building; to localise demolition, redesign and reconstruct ramps only or to localise demolition on ramps only and replace with vehicular lifts.
> Carry out Actual Load Test for one to two months and install settlement markers to instil public confidence in the structure’s stability.
Recommendations
> Demolish, redesign and reconstruct the entire building to increase the number of parking lots from the existing 112 to more than 300 lots with split-level ramps.
> The new building can either be 18m (six floors with an estimated construction cost of RM7,500,000) or 24m (eight floors with an estimated construction cost of RM10,000,000) high.
> The demolition, redesign and reconstruction should take about 17 months to complete.
The Penang State Inquiry Board, comprising Penang chairman of the Malaysian Architects Association Lawrence Lim and Institute of Engineers Malaysia (northern branch) former chairman Lim Kok Khong, was headed by Prof Omar Munir from Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar). A total of 10 stakeholders were interviewed by the board since it was formed on Sept 29 to investigate the controversial car park. The post of chairman of the board appeared to be as ‘controversial’ as the issue it was investigating.
Prof Omar was the third chairman to hold the post in just three weeks. Prof Omar, a surveyor, took over the chairmanship on Oct 12, less than a month after Universiti Teknologi Petronas Assoc Prof Dr Arazi Idrus’s resignation on Oct 6, apparently due to the ‘heavy workload’ involved. Before Dr Arazi, former state Public Works Department (PWD) director Shahawai Awang had stepped down as chairman following his appointment on Sept 22, apparently to avoid a conflict of interest.
The terms of reference for the board were to identify the weaknesses in the implementation of the project and determine those responsible or the weaknesses, propose actions to be taken, and provide an independent view-point for solutions to rectify the problems.
Selepas kegagalan tersebut Ketua Menterinya cuba hendak membina terowong terusan laut yang berharga 8 billion ringgit
Petikan dari The Star Online:
KUALA LUMPUR: The Penang government will pay developers with prime land around the tourist belt area of Gurney Drive to construct three by-pass highways and a sea tunnel linking the island to the mainland.
Chief Minister Lim Guan Eng said the RM8bil project would be the state's biggest infrastructure exercise and is meant to resolve the island's severe traffic congestion problem.
The proposed traffic-alleviation projects are a 6.5km sea tunnel connecting Gurney Drive on the island to northern side of Butterworth, a 4.2km road from Gurney Drive to the Tun Dr Lim Chong Eu expressway by-passing the city centre, a 4.6km road linking Bandar Baru Air Itam to the same expressway and a 12km dual-carriage road from Tanjung Bungah to Teluk Bahang to pair with the existing coastal road.
“We estimate that the projects will cost RM5bil to RM8bil depending on the bids from prospective contractors,” he told a press briefing here yesterday.
He said the “competitive land swap” payment will be a win-win situation for both the state government and the developers.
“The state government does not have to pay money and the developer gets prime land that will triple in value after the projects take place,” Guan Eng said.
He added that developers could also propose to implement toll payments to recover costs.
A pre-qualification exercise will be issued Tuesday on the Penang government website for the projects and a briefing will be held in Penang on Nov 29 for interested bidders.
Lim explained that the projects would undergo a lengthy feasibility study and construction is only expected to commence in 2015.
“We target the completion to be in 2020, although it can be completed earlier,” said Lim.
P/S: Projek parking yang mudah pun banyak kegagalan apatah lagi projek bernilai billoion ringgit. Renung-renungkan dan selamat beramal
Panas !!! RM 100 ringgit sekolah suka-suka hati potong
Geram dan meluat apabila ada sekolah yang tidak amanah dalam mengagihkan peruntukkan bantuan persekolah kepada murid-murid sekolah.
Pelbagai alasan diberikan oleh pihak sekolah dan ada sesetengahnya memotong wang bantuan tersebut tanpa notis sehinggakan bakinya hanya tinggal 9 ringgit
Dipetik dari Harian Metro:
Sementara itu seorang bapa yang dikenali sebagai Along 50, dari Kemaman, berkata dia terkilan dengan tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan 9SMK) Binjai yang memotong wang dana bantuan persekolahan disalurkan Kementerian Pelajaran.
Menurutnya wang RM100 yang sepatutnya diperoleh hanya tinggal RM 9 ringgit dikembalikan pihak sekolah kepadanya dan tindakan itu sememangnya tidak wajar.
Pihak sekolah memotong wang bantuan itu berikutan anak saya mempunyai hutang yang belum langsai sebelum ini, katanya yang terkilan kerana tidak sempat melihat wang bantuan itu dan hanya diberikan sekeping resit pembayaran yuran persekolahan anaknya
Diharap pihak kerajaan dapat memantau sekolah-sekolah yang cuba menyeleweng dana ini kerana ini adalah amanah untuk anak-anak kecil ini bagi persiapan mereka unutk musim persekolahan yang baru
P/S: Pakatan Haram kata duit ni haram tapi tibai jugak.....
Rabu, 16 November 2011
Isu National Feedlot Corporation: Antara fakta, hakikat dan kebenaran Part 2
Sekarang masuk kepada bahagian kedua mengenai isu ini, mengenai salah satu isu yang kuat diputar belitkan oleh pakatan haram mengenai pembelian kondo 10 juta oleh NFC dan juga soft loan daripada kerajaan,
Pembelian kondo berharga 10 juta ringgit
Isu ini begitu kuat diputar belitkan oleh pakatan haram dengan mengatakan mengapa NFC membeli kondo untuk kerana pembelian kondo tersebut merupakan penyelewengan dana NFC
Berbalik kepada projek penternakkan feedlot tadi, projek ini merupakan projek yang mempunyai risiko yang amat tinggi berbanding dengan projek perumahan dan hartanah kerana projek ini berhubung kait dengan haiwan hidup (Livestock).Risiko yang bakal dihadapi oleh penternak ialah memastikan haiwan ini terus sihat tanpa dijangkiti sebarang penyakit
Bukan semua orang mamp menguruskan projek penternakkan mega ini dalam memastikkan ribuan ekor lembu dalam keadaan sihat kerana.
Sebab apa NFC beli kondo?
Seperti yang kita tahu, harga hartanah meningkat setiap tahun dan jika tahun ini kita beli sebuah bangunan dengan harga 10 ribu ringgit pada 2 atau 3 tahun akan datang harganya akan terus meningkat. Tujuan NFC membeli kondo tersebut adalah seperti insuran kepada NFC kerana projek livestock tidak boleh diinsuran kan
Jika berlaku bencana seperti wabak penyakit,banjir dan pelbagai lagi yang mengancam livestock ini NFC akan menanggung kerugian yang besar tanpa sebarang modal pusingan untuk memulakan semula projek ini.
Soft Loan dari kerajaan
Seperti yang diterangkan diatas tadi projek ini merupakan projek berisiko tinggi kerana melibatkan haiwan hidup (Livestok). Dan perlu diingat walaupun pinjaman ini perlu dibayar walaupun kadar yang ditetapkan rendah.
Perlu diingat projek ini masih belum beroperasi dengan kekuatan penuh kerana pembekal lembu kepada ladang satelit masih kurang dan projek ini merupakan projek jangka panjang bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat daging Halal lagi Toyiban
P/S: Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
Isu National Feedlot Corporation: Antara fakta, hakikat dan kebenaran Part 1
Pakatan haram masih lagi memutar alam kan isu National Feedlot Corporation berkenaan lembu yang tinggal dalam kondo lah dan bermacam lagi
Apa itu NFC?
National Feedlot Corporation ialah sebuah syarikat yang ditugaskan menyediakan bekalan daging segar dari segi pemasaran dan pembungkusan untuk pasaran Malaysia
Struktur Operasi.
Matalamat utama NFC ialah untuk menyediakan daging lembu yang dijamin kehalalannya dari segi hukum dan syarak (Halalan Toyiban). Daging import diluar negara terutamanya dinegara Eropah seperti UK daging lembu yang dihasil belum mencapai tahap halal yang diharapkan. Ini kerana, walaupun daging tersebut disembelih oleh orang islam yang bertauliah tetapi pemakanan lembu tersebut adalah sangat diragui
Apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.
Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-168; surah al-Maaidah, ayat ke-88; surah al-Nahl, ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69.
Mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu. Apa yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim.
Apakah Projek NFC adalah salah satu Projek utk mencapai "Fully Compliance" dengan tuntutan HALAL TOYIBAN untuk produk berasaskan daging lembu pun dispin bukan-bukan
Daging yg dimport adalah Halal dari segi penyembelihan saja....tetapi belum tentu TOYIBAN disebabkan kita tidak ada kawalan unttk makanan lembu...
Salah satu tujuan "Feed Lot" ialah utk memastikan setiap haiwan sebelum disembelih (sekurang2nya setahun) diberikan makanan bukan saja yg berkhasiat tetapi halal....so halal from the begining.....that is what is TOYYIBAN is all about...
Sebab apa daging import amat diragui kehalalanya
Pengalaman seorang rakan ke Australia untuk trip perniagaan
Saya pernah ke New Zealand & Australia untuk business trip....disana boleh dikatakan 100% rumah sembelihan di punyai oleh org Islam.....so HALAL...tapi Mat Salleh kawan saya bagitau....Sir, all the animals are being slaughtered according to the Muslim rites, but I cant guarantee you it is HALAL.....pasal apa dia kata mcm tu...pasal penyediaan daging selepas disembelih yang diragukan kerana Mat Salleh suka perap daging dengan wine atau lard (minyak babi) supaya bila di masak ianya lembut & sedap....
Jadi perkara utama NFC ialah menyediakan daging halal toyibban kepada rakyat Malaysia
P/S: Part 2: Kondo lembu dan risiko..
Panas !!! Sapa yang lagi rugi Lembu NFC ke atau Lembu Talam Corp
Pihak pakatan haram cuba menyoal tindakan pelaburan National Feedlot Corporation ke atas hartanah yang dikatankan bernilai 10 juta ringgit. Tetapi apakah kita sudah lupa apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor ketika mengambil alih Talam Corporation
UNTUK INFO SELANJUTNYA KLIK SINI
P/S:Mengata orang dia yang lebih...
UNTUK INFO SELANJUTNYA KLIK SINI
P/S:Mengata orang dia yang lebih...
Selasa, 15 November 2011
Hangat !!! Gelombang 1Malaysia resahkan Pakatan Haram
Gelombang 1Malaysia melalui transformasi yang dijalankan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mengusarkan dan meresahkan hati para pemimpin pakatan haram.
Ini berlaku apa bila wujud unsur-unsur memburukkan usaha transformasi yang giat dijalankan diseluruh Malaysia.
Apakah cubaan memburukkan 1Malaysia?
1. Larangan logo 1Malaysia di Selangor
Kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Menteri Besarnya cuba menyekat usaha transformasi di Selangor dengan menyekat logo 1Malaysia dari digunakan di Selangor sama ada pada premis perniagaan atau papan iklan
TETAPI...
Usaha tersebut ternyata gagal menyekat orang ramai terutamanya di Selangor dari menggunakan logo tersebut
Dan sekali lagi cubaan memburukkan 1Malaysia, kali ini Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi sasaran apabila Tony Pua dan Nurul Izzah mengatakan produk tidak berkualiti
BACA SINI
TETAPI...
Rakyat sudah bijak menilai yang mana buruk dan yang mana yang baik
Dan yang terbaru menu Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan banner menu 1Malaysia diturunkan
P/S:Pakatan haram takut dengan bayang-bayang sendiri...

Bila PAS jadi haiwan tunggangan DAP
BILA DAP MAKI MELAYU, PAS 10 KALI TAMBAH MAKI,
BILA DAP KATA MELAYU RASIS, PAS 10 KALI TAMBAH TOLONG MEYAKINKAN BAHAWA MELAYU ITU RASIS,
BILA DAP KATA PIHAK POLIS ITU BALACI UMNO, PAS PUN 10 KALI TAMBAH KEBENCIAN RAKYAT PADA POLIS,
BILA DAP KATA PIHAK SPR ITU PENIPU DAN MENDAFTARKAN PENDAFTAR HARAM, PAS 10 KALI PUKUL CANANG IKUT KATA SPR PENIPU,
BILA DAP KATA PIHAK SPRM MEMBUNUH BENG HOCK, PAS 10 KALI MEMBERI SOKONGAN DAN SANGGUP MEMASANG SEPANDUK, MENGGANTUNG GAMBAR SI MATI UNTUK SAMA BERSIMPATI,
BILA DAP BACA AYAT AL-QURAN, PAS 10 KALI KETAWA GEMBIRA KERANA KONON MEREKA DAH MINAT ISLAM,
BILA DAP MASUK MASJID, PAS 10 KALI BANGGA KERANA DAP TELAH DAPAT HIDAYAH,
BILA DAP MEMUSUHI JAIS KERANA SERBUAN MURTAD DI DI DMC, PAS 10 KALI BANGKIT MENENTANG DAN BERSAMA MEMPERSOALKAN TINDAKAN JAIS,
BILA DAP MENGHINA SULTAN DAN PEMIMPIN MELAYU ISLAM, PAS 10 KALI BERSUARA KONON DALAM ISLAM TIDAK ADA KATEGORI PANGKAT DAN KEDUDUKAN,
BILA DAP HINA DAN FITNAH KEDAI 1 MALAYSIA, PAS 10 KALI BERSETUJU DAN BERSEKONGKOL DENGAN FITNAH TERSEBUT.
BILA DAP PERSOALKAN KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU, PAS 10 KALI MENYOKONG KERANA DALAM ISLAM BANGSA ITU TAK PENTING!
BANYAK ISU YANG MENYENTUH SENSITIVITI AGAMA DAN BANGSA DIPERMAINKAN OLEH DAP. HATI UMAT ISLAM MELAYU AMAT TERLUKA DAN TERGURIS KERANA TINDAKAN CHINA DAP YANG SANGAT BIADAB DAN RASIS.
NAMUN...
BELUM PERNAH KITA MENDENGAR PAS MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGGURIS PERASAAN KAUM CHINA MCA. BELUM PERNAH KITA MENDENGAR CACIAN DAN HINAAN YANG SANGAT HEBAT PAS TERHADAP CHINA MCA BERBANDING HINAAN MAHA HEBAT PAS PADA ISLAM MELAYU UMNO.
BELUM PERNAH TERBUKTI BAHAWA DAP IKUT TELUNJUK PAS. TAPI SUDAH BANYAK TERBUKTI PARTI PAS DAN PKR MENJADI TUKANG MAKI DAP KEPADA BANGSA MELAYU ISLAM UMNO.
BENARLAH FIRMAH ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 120:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu
P/S: Fikirkan-fikirkan dan selamat beramal...
Isnin, 14 November 2011
10 Gangster berbahaya di dunia
Aryan Brotherhood (AB)
- Salah satu geng yg berada di penjara.Geng ini tidaklah sebesar geng penjara yang lain ( hanya 1% daripada populasi penjara tetapi saiz bukanlah ukuran kekuasaan geng ini.Malah, kumpulan ini dikenali kerana sekurang-kurangnya 26% daripada pembunuhan yang berlaku di penjara di seluruh Amerika Syarikat adalah disebabkan AB.AB berpecah kepada dua kumpulan, geng yang berada di penjara persekutuan dan geng yang berada di penjara kecil.Untuk menyertai AB, seseorang itu perlu menyerang dan membunuh banduan lain.Sesiapa yang cuba untuk meninggalkan kumpulan itu secara umumnya diserang atau dibunuh oleh ahli.AB dikenali sebagai jenayah terancang, peras ugut, pelacuran, pengedaran dadah, dan pembunuh upahan.
Mexican Mafia (La eMe)
- La eMe dibentuk pada 1950-an di Tracy California.La eMe terkenal dengan pengedaran dadah, peras ugut, dan pembunuhan.Peraturan La eMe termasuk tidak mendedahkan geng, tiada perbuatan homoseksual, mesti seorang yang berani, dan tidak boleh mengamalkan agama Kristian.Ahli-ahli yang dibebaskan dari penjara harus menghantar pendapatan mereka kepada ahli-ahli kumpulan peneraju yang masih berada di dalam penjara.
The Mungiki (Kenyan Mafia)
- Mungiki kebanyakannya ditemui di kawasan miskin di Kenya, terutamanya di Nairobi ( yang merupakan salah satu daripada bandar terbesar di Kenya ). Kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 1980-an dan telah berkembang, tetapi tidak banyak.Mungiki adalah geng anti kristian dan unsur-unsur barat yang lain yang melakukan jenayah di penjara, penipuan selain jenayah pemotongan kepala, pencacatan dan pemotongan paksa kelamin wanita.
Primeiro Comando da Capital (PCC)
- Ditubuhkan pada 1993 oleh lapan banduan.Sejak pertengahan tahun 2006, kumpulan itu telah melakukan kira-kira 300 serangan awam.Geng kebanyakannya dibiayai oleh ahli-ahlinya. Semua ahli perlu membayar yuran bulanan untuk berada dalam kumpulan itu, AS $ 27 jika ahli di dalam penjara, dan $ 270 jika ahli itu berada di luar penjara.Kebanyakan wang itu digunakan untuk membeli senjata dan ubat-ubatan.
Black Guerrilla Family (Black Family, Black Vanguard)
- Ditubuhkan pada tahun 1966 oleh seorang lelaki yang bernama George Jackson, di Marin County, California.Geng ini ditubuhkan untuk mengekalkan maruah orang kulit hitam di dalam penjara.Hari ini, geng ini mempunyai kira-kira 50,000 ahli kumpulan.Ahli baru mesti berkulit hitam dan dicalonkan oleh ahli lama.
La Nuestra Familia
- La Nuestra Familia adalah geng penjara Mexico Amerika yangberasal dari California Utara. Geng ini telah wujud sejak tahun 1968 dan sentiasa menjadi saingan Mafia Mexico.La Nuestra Familia dikenali kerana dadah antara penjara dan perdagangan seks.
Wanita tidak boleh menyertai kumpulan itu tetapi kadang-kadang digunakan untuk menyeludup dadah.
Texas Syndicate (Texas 7)
- Geng yang telah diwujudkan sebagai tindak balas kepada kumpulan-kumpulan lain sepert AB dan Mexico Mafia.Pada tahun 2000, kumpulan itu dikatakan mempunyai kira-kira 1,000 ahli di dalam penjara, dan kira-kira 830 di luar penjara. Syndicate Texas dikenali kerana pembunuhan, perjudian, pelacuran, peras ugut dan mengedar dadah.Ahli berbangsa Hispanic dan Caucasian.
Crips
- Crips telah dimulakan pada tahun 1969 oleh remaja berusia 16 tahun, Stanley Williams dan Raymond Washington.Hari ini, kumpulan itu dikatakan mempunyai lebih 300,000 ahli kumpulan di dalam dan di luar penjara. Crips dikenali dengan pemakaian warna biru.Geng ini menjalankan pembunuhan, rompakan, serta tawaran dadah.
Bloods
- Geng yang muncul pada tahun 1972 dan dikenali dengan pemakaian warna merah.Pesaing Crips yang menjalankan aktiviti-aktiviti jenayah dan penyeludupan dadah.
Mara Salvatrucha (MS-13)
- Kumpulan ini terdiri daripada Guatemalans, Hondurans, Salvador, dan lain-lain rakyat AmerikaTengah dan telah dimulakan pada tahun 1980-an.Geng ini telah tersebar ke Sepanyol,Amerika Syarikat, Great Britain, Jerman, dan juga Kanada. MS-13 terkenal dengan penyeludupan dadah, penjualan senjata api, kecurian, pembunuhan kontrak,penyeludupan manusia, dan serangan lain.
TAPI.....
Yang ni tak tahu no ke berapa di dunia
Undi Gangster
- Kumpulan ini sanggup membaling kerusi dan mengoyakkan kertas undi demi sebuah kemenangan sama ada secara halus atau terang-terangan....
P/S: Hahahahahahahahaha

Hot !!! Jalan dah macam bulan Khalid G rembat duit jalanraya
Pada 13 Mei 2011, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk projek pembangunan luar bandar yang dikenali sebagai ‘MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR: HASIL UNTUK RAKYAT’. Bunyinya macam bagus dan bunyinya macamlah hebat sangat.
Apa yang menarik ialah, peruntukan tersebut diambil dari bajet Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) iaitu GERAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN yang dislaurkan oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM23 JUTA SETIAP BULAN bagi tujuan membaikpulih dan menaiktaraf jalan-jalan raya di seluruh Selangor.
Selama tiga tahun, Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, langsung tidak mempedulikan tentang keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor biarpun setiap bulan bajet sebanyak RM23 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada mereka. Keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor, boleh disifatkan sebagai sangat terkebelakang. Apabila rakyat mulai bising kerana prasarana utama itu tidak diselenggara, jawapan yang sering diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat yang berkempen dan berceramah ke sana ke mari ialah, KERAJAAN PUSAT MENYEKAT saluran bantuan.
Padahal, berdasarkan laporan yang diterima, jumlah baki terkumpul MARRIS sehingga setakat ini adalah RM264,841,594.65!
Bajet RM100 juta untuk ’MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR: HASIL UNTUK RAKYAT’ yang diambil daripada MARRIS tidak dimasukkan dalam Bajet Negeri 2011 tetapi diletakkan sebagai Bajet Tambahan Kerajaan negeri bagi bulan Julai 2011.
Menariknya, bajet RM100 juta itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mempromosi Pakatan Rakyat dan tidak ada kena-mengena langsung dengan rakyat. Dengan membiarkan keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor dalam keadaan daif dan dipersalahkan pula Kerajaan Pusat, Khalid Ibrahim yang mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor berlagak seperti perompak yang melakukan rompakan secara penuh berhemah.
Apa hasil yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat menerusi ’MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR: HASIL UNTUK RAKYAT’ sehingga ke hari ini melainkan pengaktifan kempen dan ceramah, retorik serta polemik politik serta pembohongan yang tidak berkesudahan? Mengapa bajet yang sebegitu besar untuk jalanraya di seluruh Selangor, tidak mampu meningkatkan taraf dan penyelenggaraannya?
Bajet Tambahan Kerajaan Negeri bagi bulan Julai 2011 ini telah diluluskan selepas mesyuarat tertutup antara Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim serta seorang lagi individu yang namanya masih lagi rahsia!
Petikan dari: Sel13
Ahad, 13 November 2011
KDEB Rugi Khalid Gagap tahu mentadbir ke tidak ni?
Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kerugian lebih RM122 juta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menzahirkan berlakunya penyelewengan kuasa dan salah urus wang oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi AntaraPos.com berkata, hakikat apa yang diungkapkan selama ini oleh pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu ketelusan hanyalah ilusi politik semata-mata.
KDEB ialah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri Selangor yang selama ini mencatatkan aliran keuntungan berterusan sehingga 2008.
” Yang menambah kebimbangan saya pula ialah apabila KDEB menanggung kerugian RM122 juta lebih, iaitu duit yang terpaksa dibayar untuk subsidi air. Ini menunjukkan bahawa air percuma itu tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah kerajaan negeri berhutang mengenai subsidi air ini cukup membimbangkan tentang masa depan industri air di Selangor.
” Mereka sebenarnya mengamalkan dasar kronisme yang lebih teruk daripada Barisan Nasional dan memberikan kerja-kerja tanpa tender dan saya difahamkan juga kerja-kerja ini tidak disiapkan mengkikut spesifikasi yang ditetapkan,”katanya.
Khalid selepas mengambil alih Selangor melancarkan Program Air Percuma yang ditanggung oleh KDEB sehingga menyebabkan syarikat subsidiari milik penuh kerajaan Selangor itu mengalami kerugian.
Menurut laporan Ketua Audit Negara, program tersebut menyebabkan KDEB perlu menanggung kos sebanyak RM131.47 juta pada 2009 berbanding RM68.67 juta pada 2008.
“Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.
“Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta,” jelas laporan itu.
Malah menurut laporan itu lagi, pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak mengikuti kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi.
KDEB juga, jelas laporan itu, tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri serta pembayaran bonus yang tidak mengikut pekeliling ditetapkan.
Dipetik dari: Sel13
Edisi Khas: Selamatkan hak rakyat, Selamatkan Padang Warisan
Edisi kali ini berkisar tentang sebuah padang yang terletak di tengah-tengah kesibukkan kawasan Kelana Jaya iaitu Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.
Padang warisan ini yang telah berusia hampir 30 tahun telah melahirkan ramai jaguh-jaguh bolasepak negara dan padang ini juga menjadi simbol identiti kepada masyarakat Kelana Jaya.Tetapi akibat rasa tamak sesetengah individu yang tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat, ingin merobohkan dan membangunkan kawasan tersebut menjadi bangunan Apartment 35 tingkat dengan 7 blok kesemuanya.
Antara Kesan-Kesan buruk jika kawasan padang tersebut dimajukan.
Seperti yang sedia maklum, aliran trafik di Kelana Jaya pada ketika ini menerima jumlah trafik yang tinggi terutamanya pada waktu puncak antara 7 hingga 10 pagi dan 5 hingga 8 malam.
Jika bangunan Apartment ini siap dibina, akan berlaku pertambahan lima ribu penduduk dan perkara ini akan membuatkan kesesakkan di Kelana Jaya akan bertambah teruk dan berkemungkinan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) tidak dapat menampung pertambahan aliran trafik yang tinggi.
Nilai sentimental yang tinggi harganya
Nilai sentimental yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit adalah harga paling mahal perlu dibayar oleh PKNS jika mereka nekad unutk merobohkan padang ini. Lagenda bolasepak Malaysia Arwah Mokhtar Dahari pernah bersama PKNS dan pernah berlatih dan bermain di padang ini.
Diharap pihak Kerajaan Negeri Selangor memikirkan kebajikan penduduk Selangor dahulu sebelum memikirkan keuntungan seperti slogan kerajaan negeri yang selalu dilaung-laungakan iaitu Negeri Kebajikan. Jadi dimanakah tanggungjawab kebajikan kerajaan negeri Selangor selaku pemilik kepada PKNS dalam menjaga kebajikan rakyat negeri Selangor khususnya kepada penduduk Kelana Jaya. Jangan hanya pandai menabur janji tetapi tak ditunaikan.
Demi menyahut seruan kempen ini diharap pembaca dapat menyertai Online Petition KLIK SINI untuk sama-sama membantu membantah projek ini.
P/S:Majulah Sukan Untuk Negara
Khamis, 10 November 2011
Eksklusif !!! Fakta yang boleh buat Fuziah reaktor hilang arah..
Sebelum ini isu mengenai Lynas telah pun di terangkan secara menyeluruh oleh blogger Pro BN secara teknikal dan komprehensif. KLIK SINI
Dipetik dari Utusan Online: KLIK SINI
Membetulkan maklumat 'menyesatkan'
Oleh Prof Dr. Ismail Bahari
Prof Dr. Ismail Bahari ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri lebih 30 tahun.
TERLALU banyak maklumat salah yang boleh 'menyesatkan' pembaca yang saya dapati pada temu bual dengan seorang yang dikatakan sebagai 'pakar nuklear', seperti mana dilaporkan dalam akhbar terbitan parti pembangkang baru-baru ini.
Bukan tujuan untuk memperkecil-kecilkan kepakaran 'pakar nuklear' yang ditemu bual itu, tetapi untuk membetulkan daripada sudut fakta ilmiah semata-mata.
* Panel penasihat Agensi Tenaga dan Atom Antarabangsa (IAEA) yang membuat penyelidikan dan keputusan bagi projek Lynas Advanced Manufacturing Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan telah menyembunyikan maklumat tentang wujudnya bahan-bahan uranium dan thorium dalam projek tersebut.
Untuk penjelasan, panel IAEA ini adalah panel pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menaksir kesan dan risiko radiologi akibat pelaksanaan projek Lynas ini. Bermakna, mereka dipanggil untuk memberi pandangan bebas terhadap isu radionuklid semula jadi bahan-bahan uranium dan thorium.
Ini telah disebut dengan jelas dalam laporan panel pakar IAEA itu sendiri, agak pelik jika hal ini tidak disedari sekiranya laporan ini benar-benar dibaca dan difahami oleh 'pakar nuklear' berkenaan.
* Kadar bahan radioaktif dalam nadir bumi adalah rendah tetapi jumlah yang dibawa masuk besar.
Istilah tepat sepatutnya ialah kepekatan aktiviti bukan kadar bahan radioaktif. Jika kepekatan aktiviti radionuklid adalah rendah seperti diakui oleh 'pakar nuklear' itu sendiri, maka dosnya sudah pasti rendah.
Aras dos rendah kepada pekerja Lynas dan orang ramai sekitar kilang Lynas telah dilaporkan dalam Penaksiran Impak Radiologi (RIA) yang dibentangkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
Perlu ditekankan bahawa operasi Lynas tidak memekatkan kepekatan aktiviti thorium. Kepekatan aktiviti thorium dalam pekatan lantinid adalah sama dengan kepekatan aktiviti residu (iaitu sekitar 6 Bq g-1)
* Bahan buangan mengandungi uranium dan thorium dicampak ke dalam kawasan pembuangan seluas 48 hektar, kemudian menjadi pekatan yang menghasilkan gas radon selain habuk-habuk thorium dan uranium.
Sedangkan, 'bahan buangan' tidak dicampakkan ke dalam kawasan pembuangan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, disimpan sementara dalam sel yang direka dan dibina khas, selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf selamat.
Kaedah kejuruteraan yang digunakan ini serta sifat fiziko-kimia uranium dan thorium itu sendiri akan memastikan tidak berlaku penyebaran gas radon/thoron serta habuk mengandungi uranium dan thorium yang memudaratkan manusia.
Perlu ditekankan bahawa RIA ke atas projek ini mendapati potensi penyebaran gas thoron adalah sangat kecil dan sukar diukur. Perlu ditekankan juga persekitaran semula jadi sendiri mempunyai uranium dan thorium yang masing-masing membebaskan gas radon dan thoron.
* Betapa bahan uranium yang terdapat dalam projek Lynas ini adalah sama dengan yang digunakan dalam loji nuklear Fukushima di Jepun.
Sedangkan, ini adalah maklumat yang sangat tidak lengkap, menyesatkan malahan berbahaya. Memang U-238 terkandung dalam bahan proses Lynas adalah sama jenisnya dengan yang digunakan dalam reaktor nuklear di Fukushima tetapi kepekatan yang terdapat pada kedua-duanya adalah berbeza ' ibarat langit dan bumi'.
Uranium semula jadi (seperti yag digunakan oleh Lynas) terdiri daripada 0.7 peratus (%) U-235 dan 99.3% U-238.
U-235 adalah bahan belahan dalam bahan api nuklear yang sangat penting untuk memulakan tindak balas nuklear. Dalam bahan api nuklear kepekatan U-235 diperkaya menjadi 5%.
Dalam reaktor nuklear Fukushima yang menggunakan bahan api MOX atau campuran bahan belahan oksida, U-235 tidak digunakan dalam bahan api nuklear tetapi digantikan dengan Plutonium-239 (radionuklid ini tidak terdapat secara semula jadi dalam alam sekitar dan tidak ada dalam bahan pekatan yang digunakan Lynas).
Sepekara lagi, uranium bukan hanya ada dalam bahan api nuklear dan pekatan lanthanid Lynas (28 ppm) sahaja tetapi wujud dalam baja (boleh mencapai 400 ppm) dan arang batu (> 100 ppm).
Secara anologi, 'pakar nuklear' berkenaan seolah-olah menyatakan bahawa tanah di Pahang atau keseluruhan Malaysia mempunyai persamaan dengan reaktor nuklear di Fukushima hanya kerana ia mempunyai bahan uranium yang sama.
* Bahan buangan Lynas boleh mencemarkan air dan alam sekitar.
Sedangkan, hasil kajian RIA mendapati bahan buangan Lynas tidak mencemarkan air dalam alam sekitar. Sama seperti kilang-kilang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng, setiap pelepasan kilang ke persekitaran hendaklah mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan AELB.
* Gas radon akan terbebas ke udara. Partikel alfa yang dihidu juga boleh merosakkan sel tubuh dan kromosom manusia.
Sedangkan, maklumat ini tidak lengkap dan sekali lagi menyesatkan. Memang benar gas radon dihasilkan tetapi 'pakar nuklear' tersebut tidak pula menyatakan bahawa gas radon daripada thorium (lebih tepat disebut thoron) mempunyai jangka hayat yang sangat pendek, cuma 56 saat.
Ini bermakna dalam masa 56 saat gas thoron terbentuk dan dibebaskan ke udara, ia akan segera menyepai menjadi radionuklid pepejal yang jatuh ke bumi serta tidak membahayakan. Dengan kepekatan aktiviti yang kecil, kemungkinan thoron dihidu dan memudaratkan adalah sangat tipis.
Pakar Nuklear ini lupa atau sengaja lupa menyatakan bahawa risiko dikawal dengan Had Dos. Selagi Had Dos tidak dilampaui, risikonya boleh diterima. Had Dos ini digunakan kerana kita perlu ingat bahawa kita sentiasa terdedah kepada uranium dan thorium semula jadi.
Selagi ada uranium dan thorium, selagi itu kita terdedah kepada radon, thoron dan zarah alfa. Pendek kata kita tidak boleh kata kita tidak hendak didedahkan kepada radon, thoron atau zarah alfa atau sinaran sebab kesemua ini berada di mana-mana sahaja di muka bumi ini.
Sebaliknya, berdasarkan kepekatan aktiviti Th-232 yang ada dalam bahan mentah dan residu pemprosesan Lynas, serta sifat fizik gas thoron itu sendiri telah ditentukan secara saintifik tidak mampu mencemarkan alam sekitar sehingga ke tahap dikatakan berbahaya kepada manusia yang menghidunya.
* Pelan pelupusan sisa adalah tidak lengkap.
Sedangkan, sebagai ' pakar nuklear', beliau tentu tahu bahawa pelan pelupusan sisa bukan setakat melupus sisa dengan menanam, tetapi turut merangkumi penggunaan semula sisa tersebut dengan selamat. Dengan cara ini, isu pelupusan kekal mungkin tidak diperlukan.
Jika perlu dilupuskan, Lynas pula sudah mereka bentuk dan membina tapak pelupusan sementara yang mematuhi segala syarat dan kriteria pembinaan tapak pelupusan kekal (sungguhpun bukan matlamatnya untuk menjadikan tapak tersebut sebagai tapak pelupusan sisa kekal).
* "Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menolak industri ini kerana tidak ada level radiasi yang selamat".
Sebagai seorang pendidik dan penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri selama lebih 30 tahun (dan masih berkhidmat dengan selamat), saya amat terkejut dengan kesimpulan yang dibuat oleh 'pakar nuklear' itu.
Sama ada disedari atau tidak, beliau sebenarnya menyatakan bahawa kita boleh hidup dalam dunia yang bebas daripada dedahan sinaran atau radiasi. Bukan pakar nuklear pun tahu, ini tidak benar sama sekali. Sama ada kita hendak atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada sinaran dari bumi dan matahari.
Malah terdapat beberapa tempat di negara kita yang mempunyai aras sinaran semula jadi yang lebih tinggi daripada aras purata tanah- tanih Malaysia. Sila rujuk hasil kajian aras sinaran di kawasan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Pantai Pasir Hitam di Langkawi.
Begitu juga, cuba lihat di Ramsar, Iran; Kerala, India; Grand Junction, Colorado, Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain yang disahkan mempunyai aras sinaran semula jadi yang jauh lebih tinggi daripada apa yang bakal dibebaskan oleh Lynas.
Persoalannya, adakah penduduk di tempat-tempat tersebut semua cacat dan terencat? Malah, kajian ke atas penduduk di Ramsar, Iran mendapati penduduk di sana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada rakyat Iran di tempat-tempat lain.
Rujuklah dokumen ilmiah sebelum membuat pernyataan tidak tepat, salah dan mampu menyesatkan. 'Pakar nuklear' tersebut pernah belajar dan memperolehi ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Nuklear dan Fizik di Amerika Syarikat. Tidakkah beliau terdedah kepada sinaran semasa pengajiannya?
Tentulah ada. Maka, adakah beliau atau keluarga beliau mengalami apa-apa kecacatan akibat dedahan sinaran tidak kira rendah mana pun tahapnya?
Pakar Nuklear sepatutnya mendidik masyarakat tentang fakta sebenar sinaran dan kesannya, dan tidak menyesatkan masyarakat dengan maklumat yang tidak lengkap dan salah.
P/S: Berlawan dengan fakta bukan auta..
Hangat !!! Tony Pua kata kedai 1Malaysia Murah..
Kedai 1Malaysia menawarkan harga barangan yang lebih murah daripada pasaran dan perkara ini cuba dikonarkan oleh Tony Pua.Memang produk2 yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia murah, tapi tak semurah yang diperkatakan." Itu penjelasan Tony Pua. Murah tapi tak murah.
Artikel dari Umno Online:
KUALA LUMPUR 10 Nov – Products at Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) outlets are cheaper compared with similar branded products available in the market, said Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yesterday.
He said the government had kept to its promise in setting up these outlets to ease the people’s burden and dismissed allegations by the opposition that its products cost more.
He accused DAP national publicity chief Tony Pua of lying when he presented a list comparing the prices of 23 products at KR1M with those sold at the Carrefour hypermarket.
Ismail, who showed samples of the products used by Pua, said the comparison was unfair as the hypermarket has its house brand.
“When making comparison, make sure to compare an apple with an apple.
“You can’t compare KR1M prices to Carrefour’s house brands because our pricing benchmark is based on that of branded products.
“Compare products of similar quality and content. You can’t compare a package of Ceylon tea with black tea and say the Ceylon tea is more expensive.”
To date, there are 83 KR1M outlets nationwide with another 25 more outlets to be set up by year-end. Regular sundry shops and even petrol stations have also started stocking KR1M products.
Ismail said hypermarkets were encouraged to sell their products at a lower price.
Mydin Mohamed Holdings Bhd managing director Datuk Ameer Ali Mydin, who was present, said Carrefour has two house brands — the Carrefour brand, which was priced lower and whose quality was comparable with that of branded products, and Carrefour Big Saver, which was even cheaper but at a slightly lower quality.
Ameer gave a demonstration on the quality of some of the products on display to prove that the quality of KR1M products was on a par with some of the more expensive, well-known brands.
“KR1M sells quality products at lower prices. It is not a dumping ground for products of a lesser quality as alleged by certain quarters.”
Ameer also questioned Pua’s shopping.
He cited the 400g Ramly frozen minced beef which cost RM5.29 per packet, which Phua had compared with the one sold at KR1M, which cost RM4.89.
P/S: Asyik nak konar je......
Panas !!! Padang Nostalgia PKNS Kelana Jaya bakal pupus ditelan zaman
Padang yang menjadi simbol kepada kawasan Kelana Jaya lebih 30 tahun ini bakal diranapkan oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang tidak sedar bahawa padang ini memberi maknanya besar kepada sesetengah orang bah kan juga kepada penduduk Kelana Jaya khususnya.
Padang ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri kini sejarah itu bakal dimusnahkan oleh akibat kerakusan dan ketamakkan pemimpin kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Haram.
Petikan Akhbar Utusan Online:
PETALING JAYA 7 Nov. – Penduduk SS7 Kelana Jaya dekat sini menyuarakan kebimbangan ekoran cadangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan padang permainan di situ menjadi kawasan komersial.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukshar Md. Shaari berkata, majoriti penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dilihat akan memberi kesan negatif kepada persekitaran di situ.
“Rata-rata penduduk kecewa apabila janji PKNS semasa mereka mula membeli rumah dahulu semakin tinggal janji. Ini kerana, PKNS menyatakan kelengkapan beriadah seperti padang, taman tasik dan tadika akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
“Tetapi apa yang mengecewakan, sedikit demi sedikit janji itu musnah, tadika di SS5 sudah dijadikan kawasan perumahan. Malah, sebahagian taman tasik juga telah diambil ketika mahu membangunkan Plaza Kelana Jaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Padang berusia lebih 30 tahun yang pernah menjadi gelanggang perlawanan kriket Sukan Komanwel 1998 dan medan ‘melahirkan’ jaguh bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari dikhabarkan akan dibangunkan dengan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat.
Ia yang terletak di lokasi strategik dan berdekatan dengan sistem pengangkutan awam kini memiliki dua buah padang bola sepak, enam gelanggang tenis dan rumah kelab yang digunakan penduduk untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Tambah Zul Mukshar, pembinaan bangunan komersial itu juga dikhuatiri akan menambah kesesakan trafik yang sentiasa padat di Lebuh raya Damansara Puchong (LDP).
Sehubungan itu, beliau berharap PKNS dapat menimbangkan permintaan penduduk agar mengekalkan padang tersebut demi kepentingan masyarakat untuk beriadah dan menikmati persekitaran yang tenang.
“Kekalkan padang itu dan kami berharap PKNS yang berada di bawah kerajaan negeri janganlah terlalu bersaing dengan syarikat swasta yang hanya mementingkan keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan masyarakat,” katanya.
Pihaknya akan berterusan mengadakan bantahan dengan pelbagai cara termasuk mendapatkan sokongan semua pihak di dalam laman blog, Facebook dan sebagainya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, tema menjaga kehijauan dan kebajikan belia yang dilaung-laungkan kerajaan negeri hanya omong kosong.
“Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya prihatin dan menyahut kemahuan rakyat dan bukannya menyusahkan mereka semata-mata mahu mengaut keuntungan,” katanya.
Bila perkara sebegini terjadi pihak berkenaan mula menuding jari kepada kerajaan terdahulu
KENYATAAN MEDIA ADUN SERI SETIA NIK NAZMI NIK AHMAD
Ramai penduduk SS7 Kelana Jaya prihatin dengan cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS.
Cadangan ini mula dibincangkan di dalam perbincangan tidak formal dengan penduduk awal tahun ini yang turut dihadiri pegawai-pegawai PKNS.
Penduduk prihatin memandangkan Kompleks Sukan ini telah digunakan untuk aktiviti sukan dan masyarakat selama bertahun-tahun. Ramai jaguh sukan bola sepak, kriket dan ragbi dilahirkan di sini, malah perlawanan Kriket Sukan Komanwel 1998 juga dilangsungkan di sini.
Jelas sekali Kompleks Sukan ini mempunyai nilai komuniti dan sejarah yang cukup besar bukan sahaja bagi masyarakat setempat tetapi negara.
Apatah lagi, sebarang pembangunan akan mengeruhkan keadaan trafik kawasan ini yang sudahpun berada di dalam keadaan teruk dan akan menyaksikan beberapa projek kepadatan tinggi yang baru: Icon City, Paradigm dan lain-lain lagi.
Memandangkan cadangan terbaru ini hanya diutarakan ketika saya berada di luar negara, saya tidak dapat bertemu dengan penduduk ataupun menghadiri bantahan aman yang diadakan pada 16 Oktober 2011.
Bagi memahami cadangan ini, saya bertemu dengan pegawai-pegawai PKNS pada Isnin 17 Oktober. Pagi ini saya bertemu dengan AJK Selamatkan Padang Rakyat yang memimpin bantahan terhadap pembangunan semula ini.
Berikut merupakan fakta-fakta kes ini:
PKNS memohon geran untuk plot-plot tanah di Kompleks Sukan ini pada 2006 di bawah Kerajaan BN sebelum ini bagi membolehkan PKNS memajukan tanah ini secara komersial.
Ada tiga geran yang dikeluarkan kepada PKNS antara 2006 hingga 2008 untuk pembangunan institusi dan komersial.
PKNS kini telah membuat permohonan kepada MBPJ untuk membangunkan Kompleks Sukan ini yang kemudiannya menarik perhatian penduduk.
Saya akan menganjurkan dialog dengan penduduk SS7 tentang pembangunan semula Kompleks Sukan ini pada 10 pagi Sabtu 22 Oktober di Dewan Sri Nilam, Kompleks Sukan PKNS.
Saya berharap penduduk dapat hadir bagi menyuarakan pandangan mereka tentang projek ini.
Saya berjanji untuk berbuat apa sahaja bagi mencari penyelesaian terbaik bagi penduduk dan berharap PKNS yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengkaji semula cadangan ini dengan mengambilkira pandangan penduduk.
NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA, SELANGOR
19 Oktober 2011
Dakwaan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa padang berkenaan telah mendapat geran bagi plot-plot tanah berkenaan untuk pembangunan komersial pada 2006 dan jika benar 3 geran telah dikeluarkan untuk tempoh 2006 hingga 2008.
Ok jika benar kenapa kerajaan PR tidak membatalkan terus projek tersebut kerana bukan kerajaan BN yang menerajui Selangor sekarang.Sedangkan Projek Empangan Langat 2 yang lebih mustahak dan berkepentingan umum lagi boleh ditangguhkan oleh MB Khalid Ibrahim, inikan pula pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS.
Apapun tahniah kepada kepada penduduk Kelana Jaya yang terus menerus berjuang menyelamatkan Padang Nostalgia ini dari kerakusan individu tertentu.
P/S: Pernah main bola kat situ dulu....
Hot !!! DAP mahu pecat kakitangan awam jika berkuasa
DAP sudah mula menunjukkan taringnya walaupun masih belum berkuasa sepenuhnya ke atas negara ini dengan membuat kenyataan akhbar berikut.
Terjemahan dari Akhbar Berkenaan
Dan tiba-tiba......
Datang rakan seperjuanganya mereka cuba mengonar 360 darjah
P/S:Aisey DAP yang buat kenyataan UMNO yang kena. Dah tersampuk sindrom UMNO kot pakatan haram ni....hehehehe. Kepada penyokong pakatan haram dalam kerajaan tu jaga-jaga Cik Salmah (Skrip Sarip Dol)hehehehe
Petikan Dari : MyMassa dan AAKJ
Terjemahan dari Akhbar Berkenaan
Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)
Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee
‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’
31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.
“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.
Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).
Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
Dan tiba-tiba......
Datang rakan seperjuanganya mereka cuba mengonar 360 darjah
P/S:Aisey DAP yang buat kenyataan UMNO yang kena. Dah tersampuk sindrom UMNO kot pakatan haram ni....hehehehe. Kepada penyokong pakatan haram dalam kerajaan tu jaga-jaga Cik Salmah (Skrip Sarip Dol)hehehehe
Petikan Dari : MyMassa dan AAKJ
Rabu, 9 November 2011
Panas !!! Gay dan Lesbian mahu Merdeka? Apa kejadahnya ini..
Assalammualaikum readers,
Makin lama makin menjadi puak2 kafir laknatullah ni yerk! yang terbaru setelah BERSIH 2.0 gagal, timbul pulak SEKSUALITI MERDEKA version 2011..! jadah apakah ini wahai umat manusia..? Tak tahu? ok, mari saya terangkan.!
Apakah Itu " SEKSUALITI MERDEKA " ?
Seksualiti Merdeka 2011 dengan slogan "Queer Without Feer" dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia mulai 1-13 November 2011 di Galeri Annexe, Kuala Lumpur. Ia merupakan acara tahunan sejak 2008, dijayakan oleh artis, aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara acaranya ialah forum, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee mahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak menunaikan janjinya ketika berada di Australia. Najib berkata dalam akhbar Sydney Morning Herald pada 27 Oktober 2011 tentang Malaysia adalah negara demokrasi yang progresif dan bukannya penindas pelarian dan pencari suaka dan sepatutnya juga melindungi minoriti seksualiti.Mereka menuntut pengiktirafan kerajaan dan masyarakat Malaysia kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), bukan sahaja mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.
Pada 4 November, polis telah mengharamkan program ini kerana mempromosikan seks bebas, berkuatkuasa serta-merta berikutan bantahan meluas pelbagai pihak.
BANTAHAN :
Banyak pihak dari NGO Islam membantah penganjuran fiesta ini. Pada 2 Nov 2011, setiausaha Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Dr Mohd Roslan Mohd Nor membuat laporan polis di di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur. Tindakan penganjur, penaja dan penyokong hendak menjayakan "agenda gerakan homoseksual" di Malaysia sejak 2008 sebagai biadap.ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-Hidayah,Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM. Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyatakan pendirian tegas membantah LGBT.
LGBT sengaja mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta boleh mengancam ketenteraman dan kemanan negara. Mereka mencabar kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apabila Islam sebagai agama persekutuan, ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong. Artikel 25 Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam. Artikel tersebut—yang dipersetujui oleh semua negara Islam—menyatakan setiap polisi yang hendak dijalankan mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Syariah.
Pada 2 November 2011, Irwan Fahmi Ideris dari sayap pemuda Wira, Perkasa mahu Ketua Polis Negara menghentikan acara tersebut.Mereka mendesak Tan Sri Ismail Omar bertindak terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan selaku Presiden Majlis Peguam yang akan melancarkan program tersebut.
Pada 29 Oktober 2011, Setiausaha Agung Mapim, cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa Persatuan Kesedaran Komuniti tidak membincangkan LGBT di khalayak ramai. Kertas kerja bertajuk "Cedaw in Defending the Human Rights of Lesbians, Bisexual Women and Transgenders in Malaysia" akan dibentangkan Angela Kuga Thas manakala "A Cedaw Approach to Family Law in Advancing Equality and Non Discrimination" oleh Lalitha Menon. Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) yang telah diratifikasikan/diterima pakai oleh Malaysia pada 1995. Sejak 1995 Malaysia telah bersetuju tentang isu keganasan dihadapi wanita dalam bidang tenaga kerja, pelarian wanita dan bukan warganegara, orientasi seksual dan identiti jantina dan undang-undang keluarga di Malaysia.
Kelompok sekular Barat dan golongan liberal menjadi hamba kepada agenda asing dan ingin menjadikan masyarakat di negara seperti Malaysia sama dengan budaya hidup Barat. Mohd Azmi Abdul Hamid merupakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun). Naib Pengerusi Suhakam, Prof Khaw Lake Tee menjemput Mapim turut serta dalam diskusi meja bulat itu. Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah kecewa dengan Azmi dan menyifatkan beliau sebagai tidak matang, tidak rasional dan tidak toleransi.
Mungkin readers boleh berfikir secara matang niat sebenar PENGERUSI SEKSUALITI MERDEKA 2011 ini. Ingin saya bertanya, Untuk apakah kita mengadakan Pembebasan terhadap aktiviti LGBT ini..? untuk menunjukkan kita sebuah negara demokrasi..? biar saya terangkan sekiranya ini yang sedang anda mainkan untuk menjawab dan menyokong SM2011 ..
KUALA LUMPUR, 2 Nov — Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa berhenti daripada mengambil tindakan pendakwaan ke atas golongan minoriti seksual jika mahu Malaysia dihormati sebagai sebuah negara demokratik, kata Presidennya Lim Chee Wee.
Sehubungan itu Majlis Peguam juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengotakan kata-kata beliau berada di Australia baru-baru ini bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi yang progresif dan bukannya penindas kumpulan pelarian dan pencari suaka dalam membela nasib kumpulan minoriti seksualiti.
Di sebalik kontroversi terbaru berkaitan dengan penganjuran program tahunan Seksualiti Merdeka, Lim (gambar) berkata, Majlis Peguam sekali lagi bangga dalam menganjurkan usaha itu dengan bertemakan “Queer Without Fear”.
“Kami menganggap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai golonagn yang berhadapan dengan tindakan pendakwaan atas asas orientasi seksual dan identiti jantina,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, tidak dapat dinafikan bahawa ada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan orientasi seksual dan identiti gender anggota komuniti LGBT.
“Tetapi minoriti seksual ini, malah komuniti-komuniti minoriti yang lain perlu dilindungi,” kata beliau sambil menambah, kebebasan individu tidak bermakna jika mereka didampingi secara selektif ataupun bagi mereka yang bersetuju dengan pandangan majoriti.
Sehubungan itu Lim berkata Najib ada menulis dalam akhbar Sydney Morning Herald bahawa Malaysia bukan merupakan negara penindas atau negara yang ketinggalan sehingga dilihat sebagai negara mengambil tindakan pelarian dan pencari suaka.
“Majlis Peguam mahu PM Najib Razak melaksanakan pemikiran yang sama dalam menghormati komuniti LGBT di Malaysia,” kata Lim.
Tambah beliau, jika Najib dengan serius mahu meyakinkan khalayaknya di Australia dan juga di Komanwel malah di dunia pada amnya bahawa Malaysia merupakan sebuah negara progresif dan liberal, beliau seharusnya menamatkan penindasan dan pendakwaan ke atas minoriti seksual di Malaysia.
Lim berkata dalam tulisan berupa pendapatnya dalam akhbar itu, Najib juga mengatakan bahawa “kami ini masyarakat pelbagai budaya dan etnik yang mempunyai sejarah yang panjang dan bangga dengan keharmonian sosial dan mengalu-alukan kedatang orang luar.”
Bagaimanapan tegas Lim, komuniti LGBT dilayan seolah-olah “orang luar” meskipun mereka merupakan rakyat negara ini.
“Anggota LGBT di Malaysia berhadapan dengan pelbagai halangan termasuk kurangnya keselamatan peribadi ekoran tindakan pihak berkuasa sivil dan syariah, hidup dalam ketakutan akan didakwa atas perbuatan peribadi mereka,” katanya.
sumber artikel - SINI
Didalam artikel berkenaan, Majlis Peguam Negara mahu PM ( Datuk Sri Najib Tun Abd Razak ) mengotakan janji beliau semasa berucap di Australia baru-baru ini. Susulan adalah artikel berkenaan ;

Sila lihat main word yang saya highlight kan..
Demokrasi = apakah maksud sebenar PERDANA MENTERI kita..? adakah beliau juga menyokong SM2011 ini..?
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme(menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).
Jelas sekali maksud PM mengenai SM2011 secara demokrasi.. PM mahu rakyat kita bersuara berhabis-habisan untuk menentang SM2011 ini secara menyeluruh! mengapa saya berkata begitu? sila lihat dibawah ;
Elemen dalam demokrasi
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
* Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
* Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
* Rakyat diberi hak mengundi
* Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
* Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
* Kebebasan persatuan
* Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
* Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.
Lihat point yang terakhir, " Rakyat yg berpendidikan dan berpengetahuan tentang HAK ASASI MANUSIA dan bertanggungjawab sivik.! Jelas.. dalam sistem demokrasi, bukan pemerintah yang akan mengubal kuasa dan undang-undang. Tetapi RAKYAT.! seperti yang telah jelas dan nyata, Hampir seluruh rakyat Malaysia yang waras telah pun sebulat suara MEMPROTES agenda SM2011 dengan tujuan melanggar Hak ASASI MANUSIA dan tanggungjawab sivik.! Jadi disini, LIM CHEE WEE, anda check mate! hahaha
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!" Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!" Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu." Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu. Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. " - Asy-Syu'ara' : 165-174
p/s : ALLAH SWT telah pun berfirman wahai teman2 ku sekelian, Jgn lah kita menjadi FASIQ dengan hukum HAKAM ALLAH, bersatu lah menentang segala yang dilarang. Sesungguhnya jika kamu bersatu dengan "mereka" kamu adalah tergolong didalam orang2 yang melampaui batas..! Wallahualam bissawab..
Dipetik dari: AKU SRIKANDI MALAYSIA