Isnin, 21 November 2011

Harimau Malaya menyatukan rakyat Malaysia


Semalam merupakan detik yang paling berharga buat skuad Harimau Malaya kerana menjuarai pingat emas sukan sea di indonesia. Hakikat ramai yang mengatakan bolasepak merupakan ibu segala pingat pada temasya sukan ini

Mari kita imbas kembali zaman ketika era bolasepak kita dahulu.Bolasepak kita pernah digeruni lawan sehingga kan kita merupakan harimau yang bakal mengganas jika berdepan dengan musuhnya dipadang yang di pimpin oleh lagenda bolasepak negara Allahyarham Mokhtar Dahari.

Selepas beberapa tahun ketika era 1990 hingga 2005 bolasepak negara dilihat begitu merudum dengan aksi yang begitu merosot bah kan tiada harapan diletakkan pada pasukan Malaysia kerana hanya kekalahan demi kekalahan yang ditatap ketika itu.

Tetapi pada awal 2006 bolasepak Malaysia mula menunjukkan taringnya apabila mula memaparkan semangat juang dan melawan yang tinggi dan telah membenam beberapa lawan dan musuh tradisi

Dan Segalanya bermula ketika sukan Sea di Laos apabila Malaysia menjuarai pingat emas dengan mengalahkan Vietnam. Ketika itu ramai yang telah yakin dengan pasukan harimau Malaya ini mampu mengorak langkah lebih jauh dalam arena bolasepak

Dan ianya bermula pada piala Suzuki AFF Cup 2010 apabila Malaysia menewaskan Indonesia dengan jaringan 4-2. Dengan kemenangan ini rakyat Malaysia telah yakin Harimau Malaya telah bangun dari tidur panjangnya.

Sekali lagi pada sukan Sea 2011 Harimau Malaya sekali lagi menewaskan Indonesia untuk menjuarai pingat emas.

P/S: Moga-moga satu hari nanti kita mampu ke Piala Dunia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan