Rabu, 30 November 2011
Gempar !!! Adun DAP Rasis Celupar
Rasanya mulut adun DAP ni memang banyak yang celupar sikap rasis mereka makin menjadi-jadi. Itu baru memegang sedikit kuasa macam mana jika mereka menguasai negara ini?
PULAU PINANG 30 Nov. – Nasib dua wanita tempatan yang didakwa dilabel sebagai pengkhianat negara hanya kerana bersuamikan warga asing oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik baru-baru ini terus mendapat simpati pelbagai pihak.
Hari ini, lebih 300 orang dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyuarakan bantahan terhadap wakil rakyat itu.
Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia. Mereka menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng melucutkan jawatan Wei Aik yang juga setiausaha politiknya.
Ketua Wira Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, ini bukan pertama kali Wei Aik membangkitkan kemarahan rakyat. “Sudah banyak isu yang di bangkitkan oleh Wei Aik, malah dia bersikap double standard dan mengamalkan pentadbiran ala gangster.
“Sebagai seorang wakil rakyat, dia tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan yang dianggap menghina terhadap orang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Demonstrasi bermula dengan perarakan dari Jalan Penang kira-kira pukul 12.30 tengah hari menuju Komtar. Tindakan kumpulan tersebut menguasai sepenuhnya laluan sepanjang kira-kira satu kilometer menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar Komtar.
Di Komtar, mereka berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Wei Aik sambil melaung-laungkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Namun, Wei Aik enggan menemui mereka dan memorandum diambil oleh Pembantu Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz. Mereka kemudiannya bersurai selepas berhimpun kira-kira sejam.
Mohd. Rizuad dan lapan lagi ahli NGO bagaimanapun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan. Kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Tindakan Ringan (LSF) mengawal keadaan ketika perhimpunan dan perarakan itu berlangsung.
Pada 22 November lalu, Sarimah Packeer Mohd., 43, dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, mendakwa dihina sebagai pengkhianat negara oleh Wei Aik. Kata-kata kesat tersebut dilemparkan ketika Wei Aik meninjau serta menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran sederet rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara di sini.
Bagaimanapun, Wei Aik menafikan beliau menghina kedua-dua wanita berkenaan.
P/S: Tepuk dada tanya pada diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan