Khamis, 24 Mei 2012

Wajib Baca !!! Polis berkawal depan rumah ambiga akibat protes anti Bersih.. Ehh mana unit amal PAS?

Pihak polis telah mengadakan sekatan di jalan masuk utama ke rumah ambiga bagi mengawal kemasukkan NGO yang mengelarkan diri mereka Bersih 4.0

Dipetik dari Antara Pos

DAMANSARA: AntaraPos.com difahamkan pihak polis telah mula mengenakan sekatan di jalan masuk utama rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga pada jam 2 petang tadi bagi menghalang sebarang aktiviti yang telah dirancangan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti BERSIH 3.0.
Tinjauan krew pada sebelah pagi mendapati pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak meletakkan kon dan penghadang jalan untuk menghalang sebarang aktiviti awam di kawasan perumahan itu.
Langkah tersebut diambil berikutan cadangan sekumpulan 60 peniaga yang merancang untuk membuka gerai di hadapan rumah bekas Pengerusi Majlis Peguam itu.

Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Bersih 4.0 bertindak mengusulkan cadangan itu sebagai membantah kepada perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara tempoh hari yang didakwa telah mengakibatkan kerugian kepada perniagaan mereka.
Sementara itu perkembangan terbaru dari lokasi mendapati beberapa ahli jawatankuasa pemandu Bersih dilihat hadir di rumah  Ambiga termasuk Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, aktivis politik Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim.

Turut kelihatan hampir 20 orang penyokong-penyokong BERSIH turut hadir menyatakan sokongan terhadap bekas Pengerusi Majlis Peguam itu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dijadualkan mengadakan mesyuaratnya di kediaman Ambiga jam 3 petang ini.

Ehh2 polis yang jaga? Mana unit amal anjing pengesan ambiga?


Kan ker masa kat KL punya gagah rempuh polis takkan jaga rumah ambiga pun malas.. hehehe

P/S: Masa susah tau lak minta tolong polis.Nasib dah jadi tugas polis jaga keamanan awam.

0 ulasan:

Catat Ulasan